[ Chapter Thirty Five ]

106 17 0
                                    

" Taehyung, Jennie dekat mana sekarang ? " soal Jinhwan sambil melihat sekelilingnya jika terdapat apa-apa yang mencurigakan.

Taehyung mengesat air mata serta hingusnya yang mencurah-curah itu. Jarinya yang terketar-ketar itu ditunjukkan ke arah sebuah rumah usang.

Jinhwan membulatkan matanya lalu dia kembali memandang Taehyung.

" Taehyung ke yang bawa Jennie masuk rumah tu ? Jennie kata kamu berdua nak main dekat taman je..? " soal Jinhwan. Air mata sudah bergenang di tubir matanya.

Air mata Taehyung semakin deras mengalir. Kepalanya digeleng laju.

" Kalaulah Tae tak paksa Jennie teman Tae masuk rumah tu... " kata Taehyung perlahan sambil dia meramas rambutnya yang mulai serabut itu.

Jinhwan yang terasa geram itu pantas menumbuk pipi kanan milik Taehyung sehinggakan budak itu terjatuh mencium tanah.

" Sekarang Tae pergi panggil omma appa hyung dengan Tae and call polis. Cepat ! " arah Jinhwan membuatkan Taehyung terus berlari menuju ke rumah flat mereka.

Jinhwan menggepal penumbuknya lalu terus dia berlari masuk ke dalam rumaj usang itu. Diterjahnya pintu usang itu membuatkan Donny dan Ben terkejut dengan bunyi itu.

" Jennie ! " jerit Jinhwan dengan matanya yang membuntang luas melihatkan adiknya telah separuh bogel. Donny dan Ben juga telah separuh bogel kerana mereka tidak lagi memakai baju mereka.

" Eh budak ! Kau siapa ha ?! " soal Donny dalam nada yang tinggi. Jinhwan pantas berlari ke arah Jennie yang sedang menangis sendirian itu.

" Oppa... " rintih Jennie perlahan. Ben tersenyum sinis memandang Jinhwan.

" Oh.. Hyung budak ni rupanya. Patutlah nak tunjuk hero. " ujar Ben dengan senyuman sinisnya.

" Jennie-ah, jom keluar dari si- "

" Oppa ! " Jennie pantas menolak Jinhwan menjauhinya tatkala dia ternampak Ben sedang menghayunkan sebuah batang kayu kepada Jinhwan.

Terbuntang mata Jinhwan tatkala dia terjatuh ke tepi dan Jennie sudah rebah di lantai tatkala kepalanya dipukul kuat dengan kayu. Cecair merah mula mengalir keluar dari kepalanya.

" Andwae ! Jennie-ah ! " jerit Jinhwan lalu dia pantas menghampiri Jennie semula. Wajah Jennie dipangku di atas ribanya. Air mata mula mencurah-curah membasahi pipinya.

" Jennie-ah...ireona...jangan buat oppa macam ni...Jennie-ah... " rintih Jinhwan sambil perlahan-lahan menggoncangkan tubuh kaku Jennie itu.

" Aduh ! Drama lah pula budak-budak ni buat ! " ujar Donny disambut dengan gelak tawa dari Ben.

Jinhwan pantas cuba memapah Jennie untuk keluar dari situ tatkala Donny dan Ben sibuk bergelak ketawa.

" Argghh ! "

Perlahan-lahan tubuh Jennie terlepas dari dakapannya tatkala sebilah pisau telah menusuk ke dalam bahagian abdomennya.

Jinhwan perlahan-lahan rebah di atas lantai. Ben yang telah menusukkan sebilah pisau itu ke dalam badan Jinhwan tersenyum sinis. Lidahnya dijelirkan kepada Jinhwan.

" Kau fikir kau boleh terlepas macam tu ke ? Mentah. " ujar Ben buat kali terakhir sebelum Jinhwan menutupkan matanya.

End Flashback

" Lepas tu polis pun datang. Dia dapat tangkap Donny dan Ben tu masa mereka cuba masukkan dadah dalam badan Jennie. And then, Jennie kena amnesia sebab pukulan kuat di kepala. Jinhwan pula kehilangan banyak darah tapi nasib baik darah dia jenis AB so semua jenis darah boleh masuk. " terang Taehyung.

Jennie yang sedari tadi menjadi pendengar hanya membisu. Air mata sudah bergenang di tubir matanya.

Perlahan-lahan wajahnya diangkat memandang Taehyung yang juga sedang memandangnya.

" Jennie, saya serious sangat rasa bersalah lepas tu. Saya janji lepas ni saya akan jaga awak baik-baik. Saya minta maaf. " ujar Taehyung dengan sebaris senyuman.

Jennie menggeleng perlahan. Air matanya yang jatuh setitik itu dikesat secepat mungkin.

" Lepas apa yang awak dah cerita tu, macam mana awak boleh tersenyum lagi ? " soal Jennie terus mematikan senyuman yang terukir di wajah Taehyung itu.

Kepala Jennie sudah mula terasa pening. Pantas dia bangun dari duduknya lalu melangkah perlahan menuju semula ke dalam apartment tetapi lengannya sempat digenggam oleh Taehyung.

Jennie tertoleh ke belakang lalu Taehyung terus menariknya ke dalam dakapannya.

" Jennie, saya betul-betul minta maaf. Tolonglah bagi saya peluang untuk jaga awak. " pujuk Taehyung lagi.

Jennie menolak kasar bahu Taehyung sehingga dia terlepas dari dakapannya. Wajah Taehyung ditenung tajam.

" Awak tak perlu nak jaga saya. Tak perlu nak buktikan yang awak boleh jaga saya sebab yang jaga saya dari saya kecil selama ni ialah Jinhwan oppa.

Dan disebabkan saya buta dengan cinta awak, saya bergaduh dengan dia walhal saya sepatutnya berterima kasih pada dia. Terima kasih, Kim Taehyung sebab bercakap jujur. " balas Jennie lalu dia melangkah laju menuju ke lift.

Taehyung pula hanya memerhatinya dari jauh sehingga bayang-bayangnya hilang dari pandangan.

" Walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan jaga kau. Even dari jauh. Asalkan kau selamat. "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now