[ Chapter Five ]

216 22 0
                                        

" Jennie..? "

Jennie yang memegang lengan Jisoo itu pantas menoleh memandang empunya suara yang memanggilnya sebentar tadi.

Senyuman dihadiahkan kepada Taehyung yang sedang duduk di sebuah kerusi kecil yang terletak di luar restoran itu.

" Ya saya ? Erm, awak ni blink ke ? " soal Jennie dengan senyuman yang menampakkan giginya. Jisoo di sebelahnya turut memandang Taehyung dengan senyuman.

Taehyung mengelip-ngelipkan matanya. Blink ? Blink your eyes ? Blink apa ?

" Err.. nak blink apa ? Blink mata ? " soal Taehyung dengan kening yang berkerut.

Jennie dan Jisoo memandang wajah satu sama lain dengan mulut yang sedikit ternganga. Betulkah apa yang baru mereka dengar ?

Jennie kemudiannya mengalihkan pandangan semula kepada Taehyung dengan senyuman paksa.

" Takde apa-apalah. " ujar Jennie lalu dia dan Jisoo berjalan bersama-sama masuk ke dalam restoran. Langkah mereka diatur menuju ke Lisa dan Rosè yang sudah membelek-belek menu di tangan mereka.

Taehyung tersenyum kecil. " Hai Jennie. Mesti kau dah tak ingat aku, kan ? " bisik Taehyung sendirian. Wajahnya ditundukkan lalu dia memandang semula wajah Jennie di dalam restoran.

" Taehyungie, jomlah balik. Aku dah kenyang gila-gila ni ! " ujar Jimin sebaik sahaja dia melangkah keluar dari restoran itu sambil mengusap-usap perutnya yang sudah membulat.

" Jiminie, kau tak nampak ke ada Blackpink dekat dalam tu ? " soal Taehyung sambil memuncungkan bibirnya ke arah Blackpink yang sedang bergurau senda sementara menunggu pesanan mereka tiba.

Jimin mengalihkan pandangannya ke arah beberapa orang gadis yang dikenali sebagai Blackpink itu di dalam restoran.

" Ha pastu kau nak aku buat apa ? " soal Jimin dengan wajah bosannya.

Taehyung menjeling Jimin sekilas. " Kita tunggulah dorang keluar. Boleh minta autograph ke ambil gambar ke apa ke. " balas Taehyung sambil matanya masih lagi merenung wajah Jennie.

Jimin menggeleng laju. " Jomlah balik cepat. Tadi kau juga yang risau takut dorm kena kunci lah apalah. Ni tetiba kau nak tunggu lagi lama pula. Eee, takde kerjalah. Jomlah, balik ! " bebel Jimin sambil menghentak-hentakkan kakinya.

Taehyung berdecit memandang Jimin. Matanya dikecilkan lalu dia menatap wajah Jimin di hadapannya.

" Lepas ni aku tak nak teman kau makan dah ! Bukan setakat makan je, main game, study, main bola, semua aku tak nak teman dah ! Aku tunggu kau punya lama tadi pastu aku minta kau tunggu dorang makan sekejap je pun kau dah merengek. Inilah namanya kawan. " bebel Taehyung pula berserta dengan cebikkan di wajahnya.

Jimin membuntangkan matanya memandang Taehyung. Lantas dia melabuhkan punggungnya di sebelah Taehyung lalu lengan lelaki itu dipeluknya erat.

" Aigoo, Taehyung-ah. Janganlah macam ni. Kau kan bestfriend aku. Hehehehe. " ujar Jimin dengan senyuman sehinggakan matanya mengecil.

Taehyung langsung tidak memandang wajah Jimin di sebelahnya. Alah, acah-acah merajuk lah.

" Ok la ok la kita tunggu sampai Blackpink tu habis makan lepas tu kita ajak selfie. Eh ? Deal ? " soal Jimin sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Taehyung.

Taehyung memandang Jimin dengan sebaris senyuman di wajahnya. Salaman tangan Jimin disahutnya riang.

" Deal ! "

♡♡♡♡

" Unnie, namja dekat luar tu kenapa tadi ? " soal Lisa sambil anak matanya melirik keluar melihat kelibat Taehyung.

Jennie mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu. Jisoo turut mengangguk mengiyakan balasan Jennie.

" Tapi unnie macam kenal je dia. Muka dia macam familiar tapi tak ingatlah siapa. " balas Jennie kemudian dia menongkatkan dagunya di atas meja.

" Alah, tak perlulah fikir pasal dia. Entah-entah sasaeng fans ke ? Kan ? " tebak Rosè yang sedang menjamah french fries itu.

" Chaeng-ah, tak baiklah main serkap jarang macam tu.  Entah-entah dia salah seorang blink ke ? " tebak Lisa pula.

Jisoo menggeleng laju mendengarkan perkataan Blink dari mulut Lisa itu.

" Aniya aniya. Dia tak tahu pun blink tu apa. Dia ingat blink tu kelip mata tau ! " ujar Jisoo disambut dengan gelak tawanya.
Lisa menekup mulutnya bagaikan tidak percaya. Pandangan dialihkan pada Jennie di hadapannya.

" Unnie, entah-entah tu chingu lama unnie, ha ! "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang