[ Chapter Thirty Seven ]

108 15 0
                                    

" Kim Taehyung, I love you. " ujar Somi dengan senyuman.

Taehyung terdiam mendengarkan luahan Somi itu. Somi menundukkan wajahnya kemudian dia membelai lembut jari jemari milik Taehyung.

" Somi, apa kau cuba buat sebenarnya ni ? " soal Taehyung perlahan.

Somi mengukir senyuman nipis kemudian dia mengangkat wajahnya memandang Taehyung semula.

" Sebenarnya saya ingat dulu yang saya cuma ada crush saja dekat awak. Bila saya ajak awak couple, awak tolak. Memang saya sakit hati dan sejak tu saya cuba nak rapat dan kenal awak dengan lebih dalam supaya awak akan perasan kewujudan saya.

Bila saya cuba buat awak impress dengan gaun putih yang saya pakai tu, awak langsung tak pandang saya dan awak siap kutuk saya lagi. Saya sakit hati sangat Taehyung. And then, masa Jiwon cuba pujuk saya, dia ada kata yang awak sukakan K-Idol.

Kim Jennie. Kan ? Time tu baru saya tau taste awak terhadap perempuan macam mana sebenarnya. Jiwon suruh saya move on dan saya cuba tapi... saya memang tak boleh Taehyung !

Time tu baru saya sedar. Sebenarnya saya bukan setakat sukakan awak. Bukan setakat ada crush dekat awak tapi saya cintakan awak. Tolonglah, saya harap awak sedar akan cinta saya terhadap awak. " luah Somi panjang lebar.

Taehyung mengelip-ngelipkan matanya memandang Somi. Terdiam seribu bahasa dia tatkala Somi meluahkan isi hatinya.

Taehyung mengeluh kecil. Kepalanya digeleng perlahan.

" Aku minta maaf, Somi tapi aku memang tak sukakan kau. Aku sukakan Jennie. Dari kecil aku sukakan dia. " ujar Taehyung cuba mempertahankan sayangnya terhadap Jennie.

Somi menggeleng laju. Tangan Taehyung diangkat pada dagunya.

" Awak cakap awak sukakan Jennie, tapi deep dalam hati awak cuba awak tanya sendiri. Adakah awak cintakan Kim Jennie ? " soal Somi pula membuatkan Taehyung ragu-ragu dengan dirinya.

Taehyung termenung jauh. Wajah Jennie pagi tadi terbayang-bayang di mindanya. Kata-kata Jennie pula masih terngiang-ngiang di pendengarannya.

Ya, dia mengaku dia sukakan Jennie sangat-sangat. Tapi adakah suka itu cukup untuk naik ke tahap cinta ? Dia sendiri ragu-ragu dengan dirinya.

" Lepaslah, Somi. Aku nak melawat Jennie. " ujar Taehyung setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

Somi perlahan-lahan melepaskan tangan Taehyung. Segenap wajah Taehyung ditenungnya. Dia nampak yang Taehyung sangat-sangat sayangkan Jennie cuma dia pun sayang akan Taehyung sehingga terlampau berat baginya untuk melepaskan jejaka itu.

Tatkala Taehyung bangun dari duduknya dan sudah bersedia untuk mengatur langkahnya, Somi sekali lagi bersuara.

" Kim Taehyung, awak maybe sukakan dia dan sayangkan dia. Tapi awak rasa dia akan ada perasaan yang sama ke terhadap awak ? Dia tu idol, Taehyung.

Ramai orang taruh harapan dekat dia. Bukan setakat fans biasa tapi kemungkinan akan ada idol namja yang menaruh hati pada Jennie juga cuma awak tak tahu. Saya harap awak dapat pertimbangkanlah cinta saya pada awak. "

♡♡♡♡

" Gwaenchana. Tae kan ada. Tae akan jaga Jen punya. Tae janji. "

" Taehyung-ah... Taehyung dah janji akan jaga Jennie kan... Janganlah buat macam ni.. "

" Tipu ! "

" Jennie ! " Jinhwan pantas mendapatkan Jennie tatkala adiknya yang sudah pengsan 4 jam itu tiba-tiba sahaja menjerit perkataan 'tipu'.

Jennie membuka matanya dengan nafasnya yang naik turun. Entah mengapa dia tiba-tiba terasa tercungap-cungap walhal dia baru sahaja sedar dari pengsan. Dahinya pula tidak lepas dari peluh yang mencurah-curah.

" Jennie-ah, gwaenchana ? Kenapa Jen tiba-tiba je menjerit tadi ? " soal Jisoo yang berada di sebelah Jennie dari mereka tiba hinggalah sekarang.

Jennie menarik nafas sedalam mungkin kemudian dihembusnya perlahan. Peluhnya yang mencurah itu dilap menggunakan tisu yang berada di meja kecil bersebelahan dengannya.

" Jinan oppa, Jen dah ingat semuanya. Semuanya. " ujar Jennie sambil menekankan perkatan semuanya itu dengan air mata yang bergenang di tubir matanya.

Jinhwan mengeluh kecil kemudian dia memeluk Jennie erat. Dikucupnya dahi Jennie lalu dia mengusap-usap belakang badan Jennie. 

" It's okay, Jen. Tu semua sejarah lama. Oppa tahu Jen sayang dekat Taehyung tapi oppa tak nak Jen jadi macam oppa dulu. Taehyung dah cuba tebus kesalahan dia pada Jen jadi apakata Jen beri dia peluang ? " soal Jinhwan dengan nada yang lembut.

Jennie melepaskan pelukkannya lalu dia mendongak memandang Jinhwan.
" Oppa yakin ke dia dapat bahagiakan Jen ? Oppa yakin ke dia dapat jaga Jen ? Oppa yakin ke tentang semua tu ? " soal Jennie dengan air mata yang jatuh setitik demi setitik.

Jinhwan terdiam mendengarkan pertanyaan Jennie. Wajah Jennie diusap lembut kemudian dia kembali memeluk adiknya itu.

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now