" Ji-Jiwon hyung... " terkejut Jimin dan Taehyung sebaik sahaja ternampak tubuh Jiwon yang sedang terbaring di atas katilnya itu.
Terkebil-kebil mata kedua-dua mereka melihatkan Jiwon yang sedang bermain telefon pintarnya itu bagaikan tiada apa yang berlaku antara mereka sebentar tadi.
Jihoon yang tidak tahu apa-apa itu pula sibuk menyiapkan assignmentnya menggunakan komputer peribadi milik Jiwon.
" Jihoon mesej hyung petang tadi kata yang Taehyung nak hyung tinggal sini balik. So, hyung pun terus jelah datang sini lepas keluar dengan chingu hyung. " terang Jiwon tatkala Jimin dan Taehyung belum sempat mengacukan soalan kepadanya.
Jihoon memandang kedua-dua Jimin dan Taehyung sambil membuat tanda 'peace' .
Taehyung hanya memandang Jiwon dengan hujung anak matanya. Beg sandangnya dicampaknya ke atas katil lalu dia terus melabuhkan punggung di atas kerusinya.
" Siapa chingu hyung yang hyung maksudkan tadi tu ? " soal Taehyung sambil memeluk tubuhnya.
Jimin turut menghampiri Taehyung lalu dia menyandarkan badannya pada dinding di sebelah Taehyung.
" Buat apa Tae nak tahu ? "
" Kenapa Tae tak boleh tau ? "
Jihoon menelan liurnya yang terasa bagaikan batu kerikil melalui kerongkongnya. Bukankah mereka mahu berbaik ? Kenapa macam akan tercetusnya pergaduhan buat kali kedua ? Atau ini cara mereka meminta maaf ?
Jiwon menutup telefon pintarnya lalu dia memasukkannya ke dalam poket seluarnya. Keluhan kecil dilepaskan.
" Fine. Hyung keluar dengan Jinhwan tadi. " balas Jiwon sambil memeluk tubuhnya memandang Taehyung.
" Apa yang hyung bualkan dengan Jinhwan hyung ? " soal Taehyung buat kesekian kalinya.
" Tae kenapa Tae tanya banyak soa- "
" Jawab jelah ! "
Jiwon tersentak mendengarkan suara Taehyung yang meninggi padanya. Jihoon yang sedari tadi menjadi pemerhati pantas menutup komputer peribadi milik Jiwon itu lalu panjat naik ke atas katilnya.
" Huh.. Sebab Jinhwan nak jodohkan hyung dengan Jennie. Dongsaeng dia. Family dia semua nakkan hyung jadi suami kepada Jennie. " jawab Jiwon.
Taehyung menggempal kedua-dua belah penumbuknya. Wajah Jimin dipandang sekilas sebelum dia kembali memandang Jiwon.
" Dan kenapa hyung tak tolak permintaan tu ? Ke hyung suka dekat Jennie ? " soal Jimin tiba-tiba. Dia bersuara demi Taehyung yang sudah tidak dapat menahan amarahnya itu.
" Hyung dah cuba tolak. Tapi mereka paksa juga. Hyung ikutkan sajalah lagipun hyung tahu yang Jennie takkan pilih hyung. " balas Jiwon perlahan.
Sebaris senyuman nipis mula terukir di wajahnya. Jimin memandang Jiwon dengan mata yang dikelip-kelipkan.
Penumbuk Taehyung juga perlahan-lahan dilepaskan dari genggaman.
" Ma-maksud hyung ? " soal Taehyung dengan mata yang dikecilkan.
Jiwon tergelak kecil. Dia bangkit dari duduknya lalu dia mengatur langkahnya menghampiri Taehyung.
Bahu Taehyung ditepuknya beberapa kali dengan senyuman.
" Dalam hati dia dah ada orang lain. " balas Jiwon sambil mengenyitkan matanya pada Taehyung.
" Mwo ? Ji-Jiwon hyung gay ke dengan V hyung ? " soal Jihoon tiba-tiba sambil menutup badannya dengan bantal.
Jimin menggapai hanger yang berdekatan dengannya lalu melemparkannya kepada Jihoon tetapi sempat namja itu mengelak.
" Orang dewasa tengah bercakap, kau diam. " marah Jimin sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya tanda senyap. Jihoon mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
" Taehyung-ah, jangan sia-siakan peluang yang Jennie dah bukakan untuk kau. Dia betul-betul suka kau tu. " ujar Jiwon perlahan.
Taehyung tersenyum nipis. Sia-sia. Senyumannya mati mendengarkan perkataan itu. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan kenangan silamnya bersama Jennie.
Rambutnya diramas kasar. " Kalau Jennie tiba-tiba teringat pasal kejadian amnesia dia...macam mana ? " soal Taehyung sambil menyandarkan badannya pada kerusi itu.
Jiwon dan Jimin mengambil kerusi mereka lalu diletaknya berhadapan dengan Taehyung.
" Tak aku tak faham sekarang. Apa yang kau takutkan sangat pasal kejadian amnesia Jennie tu ? " soal Jimin sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
" Tulah. Hari tu Tae kata dekat Jennie semua tu bukan salah Tae, kan ? So kenapa Tae nak takut kalau tu bukan salah Tae ? " soal Jiwon pula.
Taehyung melepaskan keluhan kecil. Sebenarnya, ia memang salah dia mengapa Jennie menghidap amnesia. Dialah penyebab Jinhwan kehilangan banyak darah dahulu dan Jinhwan hampir mati tetapi nyawanya masih panjang.
Oleh sebab kejadian itulah, Jinhwan amat membenci Taehyung dan cuba sedaya upaya untuk melindungi Jennie daripada Taehyung.
" Sebenarnya... memang semuanya salah Tae pun. "
To Be Continued❤
ANDA SEDANG MEMBACA
#4 from afar [ C ]
Fanfic" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]
![#4 from afar [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/187934087-64-k487981.jpg)