[ Chapter Ten ]

160 18 0
                                        

" Baiklah para pelajar sekalian, hari ini saya ada berita baik untuk kamu semua. " ujar Cik Taeyeon, guru mata pelajaran muzik.

Somi yang duduk di belakang Taehyung hanya memerhati wajah Taehyung sambil menongkatkan wajahnya. Keluhan dilepaskan dengan senyuman.

" Macam manalah dekat dunia ni boleh ada namja sehandsome kau..? ' desis hati Somi.

Ppap ! Ppap !

Somi mengelip-ngelipkan matanya memandang Cik Taeyeon sebaik sahaja dia tersedar dari lamunan. Sebaris senyuman dihadiahkan buat Cik Taeyeon yang sudah memegang rotan di tangannya.

" Jeon Somi, kalau awak datang kelas saya semata-mata nak mengusya orang, saya cadangkan untuk awak keluar sekarang. " ujar Cik Taeyeon lalu dia menjeling wajah Somi sekilas.

Somi memuncungkan bibirnya ke hadapan. Badannya dipeluk kemudian wajahnya ditundukkan ke bawah. Malu tambah geram !

" Okay, saya sambung. Berita baiknya ialah syarikat YG akan mengambil empat orang intern dari kolej kita. Jadi saya yang akan pilih pelajar-pelajar yang akan dihantar ke sana berdasarkan nyanyian anda. " terang Cik Taeyeon dengan senyuman.

Jungkook tersenyum lebar. Pandangan dialihkan pada Taehyung disebelahnya. Sengaja dia menolak perlahan siku Taehyung agar Taehyung memandangnya.

" Wae ? " soal Taehyung dengan kening yabg dinaikkan.

" Good luck. " ujar Jungkook separa berbisik. Taehyung mengangguk perlahan dengan sebaris senyuman di wajahnya.

" Okay. Kita mulakan dengan Kim Jiwon. " ujar Cik Taeyeon sambil memegang fail pelajar milik Jiwon.

Jiwon tersengih-sengih memandang pelajar yang lain. Langkah disusun laju menuju ke hadapan kelas.

" Ssaem, saya rap je boleh ? Sebab cita-cita saya nak jadi rapper buka singer. " pinta Jiwon sambil mengusap-usap belakang tengkuknya.

Cik Taeyeon memandang Jiwon dengan senyuman kemudian dia menganggukkan kepalanya.

Jiwon tersenyum lebar. Nafas ditarik sedalam mungkin kemudian pandangan matanya mula berubah menjadi lebih tajam.

Semua pelajar menepuk tangan mereka sebaik sahaja Jiwon selesai menyampaikan persembahan rap nya buat pertama kali.

Jiwon yang malu itu pantas menunduk 90 darjah kepada para pelajar serta Cik Taeyeon.

" Bagus, Jiwon. Awak boleh duduk. Sekarang giliran Park Jihyo pula. " ujar Cik Taeyeon kemudian dia mengambil fail pelajar milik Jihyo pula.

Jihyo pantas berjalan ke hadapan dengan senyuman lebar serta mata bulatnya yang comel. Nafas ditarik sedalam mungkin kemudian dihembusnya.

Para pelajar mula bersorak sebaik sahaja Jihyo mulakan nyanyiannya. Siapa sahaja tidak kenal Park Jihyo di kolej ini ? Seorang gadis yang mempunyai alunan suara yang sangat merdu serta lantang.

Cik Taeyeon kelihatan tersenyum lebar sebaik sahaja Jihyo selesai menyampaikan nyanyiannya. Bahu Jihyo ditepuk beberapa kali dengan senyuman.

" I've raised you quite well. " puji Cik Taeyeon memandangkan Jihyo sebenarnya merupakan anak saudara kepadanya.

Jihyo tersenyum bangga kemudian dia kembali duduk di tempatnya.

" Jihyo-ah, sejak bila suara kau jadi merdu sangat ni ? " soal Somi dengan mulut ternganga.

" Sejak lahir. " seloroh Jihyo disambut dengan gelak kecil Somi.

" Seterusnya, Jeon Jungkook. " panggil Cik Taeyeon lalu dia mula melihat fail pelajar milik Jungkook.

Jungkook melangkah dengan terujanya ke hadapan. Senyuman lebarnya jelas menampakkan dua gigi bunny nya yang comel.

" Dah sedia, boleh mulakan. " ujar Cik Taeyeon tanpa memandang ke arah Jungkook.

Jungkook merupakan pelajar dari bidang Computer Science jadi Cik Taeyeon tidak meletakkan harapan tinggi pada Jungkook kerana dia tidak pernah mendengar nyanyian darinya.

Jungkook mengangguk tanda faham lalu dia mula menarik dan menghembus nafasnya.

" Woah.. Daebak.. ! " ujar Cik Taeyeon sambil menepuk-nepukkan tangannya tatkala Jungkook selesai dengan nyanyiannya.

Jihyo memandang Jungkook dengan pandangan tidak puas hati tatkala hampir kesemua pelajar di kelas itu berdiri dan menepukkan tangan mereka buat Jungkook.

" Eleh, aku nyanyi lagi sedaplah. ' desis hati Jihyo dengan cebikkan.

Jungkook tersenyum bangga dengan pencapaian dirinya. Langkah disusun menuju ke tempatnya di sebelah Taehyung.

Tapak tangannya diangkat pada Taehyung kerana dia mahu membuat tepukkan high five.

Taehyung memandang wajah Jungkook yang bangga itu dengan senyuman kemudian dia menepuk tangan Jungkook.

" Yes ! Aku happy ! " ujar Jungkook jelas kelihatan keterujaannya.

" Okay, seterusnya Jeon Somi. " panggil Cik Taeyeon.

Belum sempat Somi hendak bangun dari duduknya, Jihyo terlebih dahulu memegang lengan Somi.

" Buat yang terbaik supaya Taehyung terpikat. " ujar Jihyo separa bisik.

Somi mengangguk laju. " Fighting ! "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang