" Taehyung-ah, duduklah. " pelawa Jiwon yang duduk berhadapan dengan Cik Taeyeon.
Taehyung menganggukkan kepalanya kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah Jiwon kemudian dia menumpukan perhatian sepenuhnya dengan apa yang Jiwon dan Cik Taeyeon mahu sampaikan.
" Kim Taehyung, disebabkan Jiwon ni tak habis-habis merayu dekat saya supaya beri awak peluang untuk menjadi intern di YG, saya ada something nak tanya awak. " ujar Cik Taeyeon dengan wajah yang seserius mungkin.
Taehyung mengelipkan matanya kemudian dia menoleh ke arah Jiwon di sebelahnya. Seriuslah Jiwon merayu bagai ?
" Kenapa awak nak sangat jadi intern di YG ? " soal Cik Taeyeon sambil mengetuk-ngetuk batang pensil tekannya di atas meja kaca itu.
Taehyung menelan liurnya yang bagaikan batu kerikil melalui kerongkongnya. Bukannya tiada siapa yang tahu tujuan sebenar dia.
Hanya untuk rapat dengan Kim Jennie. Ya, itu tujuan sebenarnya.
Takkanlah Jiwon tidak tahu akan tujuan sebenarnya sehinggakan Jiwon sanggup merayu pada Cik Taeyeon.
It's not a big deal though.
" Kim Taehyung, saya nak awak jawab soalan saya dengan jujur. Dan buat pengetahuan awak, Jiwon dah cerita semuanya dekat saya tapi saya panggil awak ni cuma untuk kepastian sahaja. " terang Cik Taeyeon lagi.
Taehyung mengangguk tanda faham. Wajah Jiwon dipandang sekilas sebelum dia kembali fokus pada Cik Taeyeon.
" Saya nak jadi intern di YG sebab saya nak tebus semula kesalahan yang pernah saya buat dekat seseorang. " jawab Taehyung diikuti dengan sebaris senyuman.
Cik Taeyeon dan Jiwon membulatkan mata mereka memandang Taehyung.
Ya, itu bukan alasan yang Jiwon katakan pada Cik Taeyeon sebelum ini.
" Taehyung-ah, apa kau cakap ni ? Hyung ingatkan Tae nak masuk sebab nak menyanyi tapi... "
" Tak. Bukan sebab Tae nak jadi penyanyi or whatsoever. Tapi sebab Tae nak tebus kesalahan Tae pada orang yang Tae sangat sayang. "
Cik Taeyeon menggelengkan kepalanya perlahan mendengarkan alasan yang diberi oleh Taehyung. Baginya alasan itu langsung tak masuk akal.
" Chakaman. Apa kena mengena dengan nak menjadi intern di YG and your problem with your friend ? " soal Cik Taeyeon sambil menaikkan kedua-dua belah tangannya tanda tidak faham.
Taehyung menarik nafas dan menghembus sebelum dia mula berbicara.
" Kaitannya ialah orang yang saya nak tebus kesalahan tu ialah K-Pop Idol di YG. " balas Taehyung tenang.
" Siapa ? " soal Jiwon dengan kening yang berkerut.
" Jennie. Kim Jennie from Blackpink. "
♡♡♡♡
" Tak sangkakan kita berdua dapat jadi intern dekat YG ? Oh my gosh mesti best giler nanti ! " sorak Jihyo sambil menepuk-nepukkan tangannya.
Somi tersenyum nipis. Entah mengapa dia tidak berapa gembira mendengarkan keputusan yang diumumkan oleh Cik Taeyeon sebentar tadi.
" Bukannya ada Taehyung pun.. ' omel hati Somi.
Bucu kertas kajang di tangannya itu tidak habis-habis dikoyaknya lalu dia mencampaknya merata-rata.
" Yah, Jeon Somi ! Kau berangan apa ?! " jerit Jihyo di telinga Somi.
Somi yang terkejut dek jeritan Jihyo itu mengusap dadanya perlahan. Tak guna punya member.
" Eish kau ni ! Panggil jelah aku elok-elok. Tak payahlah jerit-jerit. Kalau aku pekak lepas ni, kau tanggung. " marah Somi sambil menjeling Jihyo tajam.
Jihyo tersengih bak kerang busuk. Bahu Somi dicucuk-cucuknya.
" Somi-ah, asal kau macam sedih je ? Patutnya kau happy tau. " soal Jihyo sambil menongkatkan dagunya memandang Somi.
Somi melepaskan keluhan kecil. Badannya dipusing ke arah Jihyo kemudian kedua-dua belah tangan Jihyo dipegangnya. Wajahnya pula mula berubah bagaikan hendak menangis.
" Aku stress lah, Jihyo. Kau tau tak hari tu aku ada ajak Taehyung couple tau tapi dia tolak mentah-mentah je weh ! Pastu aku ingatkan dapatlah rapat dengan dia lepas masuk kelas muzik ni tapi dia pula tak terpilih jadi intern dekat YG.
Apa aku ni memang takde jodoh dengan Tae ke apa ? Dan kenapa dia langsung tak pandanga aku ? Apa kurangnya aku ni, Jihyo ? " bebel Somi panjang lebar.
Jihyo menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia kemudiannya melemparkan senyuman manis pada Somi.
" Aku ada plan untuk kau dapatkan perhatian Taehyung. " ujar Jihyo sambil menaikkan keningnya pada Somi.
Somi membuntangkan matanya pada Jihyo. Jelas kelihatan wajahnya teruja.
" Macam mana ? "
To Be Continued❤
![](https://img.wattpad.com/cover/187934087-288-k487981.jpg)
YOU ARE READING
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]