" Jeon Somi ! "
Somi terus mengalihkan pandangannya ke bahagian belakang tatkala dia terdengar satu suara garau menjerit namanya.
Hendak meletus jantungnya tatkala gerangan yang menjerit namanya sebentar tadi ialah Kim Taehyung.
" Tae-Taehyung-ah... saya... " tergagap-gagap suara Somi tatkala dia cuba menerangkan apa yang berlaku kepada Taehyung.
Taehyung pantas berlari meninggalkan beg galasnya untuk mendapatkan Jennie yang masih dalam kesakitan itu. Dibantunya Jennie untuk bangun kemudian dia memakaikan Jennie coat miliknya.
" Jennie, awak buat apa dekat sini ? " soal Taehyung perlahan. Jennie memandang wajah Taehyung dengan air di mata lalu dia terus memeluk tubuh namja itu.
Taehyung terdiam melihatkan aksi Jennie itu. Dipeluknya tubuh kecil Jennie lebih erat kemudian dia kembali memandang Somi dihadapannya.
" Taehyung saya ta- "
" Kau diam ! Aku dah cakap dekat kau kan yang aku tak sukakan kau. Apa susah sangat ke kau nak faham bahasa, ha ? Kenapa kau cederekan Jennie ? " soal Taehyung dengan nada suara yang tinggi.
" Kenapa ?! "
Somi terdiam mendengarkan herdikkan Taehyung itu. Sungguh menyeramkan. Dia memandang wajah Nayeon di sebelahnya dengan harapan Nayeon akan membantunya.
" Erm.. Taehyung-ah, Somi bukan sengaja pun tertolak Jennie.. " ujar Nayeon perlahan kerana takut dia pula yang akan dimarahinya.
Taehyung mendengus geram. " Sekali lagi aku nak cakap, Jeon Somi. Aku cintakan Kim Jennie dan dia satu-satunya yeoja yang ada tempat dalam hati aku selain dari omma dan dongsaeng aku.
Kau faham ? Aku cintakan dia sangat-sangat sedangkan aku tak pernah ada secubit pun rasa suka dekat kau. Sekarang kau tau kan mana tempat kau pada aku ? " soal Taehyung dengan nada geram. Cuba menahan dirinya dari memarahi Somi.
Somi menganggukkan kepalanya tanda faham. Payungnya diambil lalu dia dan Nayeon pantas beredar dari situ.
Taehyung melepaskan keluhan kecil. Dipapahnya Jennie menuju ke kafeteria kerana Jennie sudah pun basah lencun.
♡♡♡♡
" Jennie-ah, kenapa awak datang sini ? " soal Taehyung sambil meletakkan secawan hot coklat di hadapan Jennie.
Jennie mengambil cawan itu lalu dipegangnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya yang sudah kesejukkan." Awak tak suka ke saya datang jumpa awak ? " soal Jennie semula.
Taehyung menggeleng laju. " Bukan tu maksud saya. "
Jennie tergelak kecil sambil menganggukkan kepalanya. Wajahnya diangkat agar dia dapat bertentang mata dengan Taehyung.
" Taehyung-ah, saya nak minta maaf sebab marah dan halau awak hari tu. Saya tak maksudkan pun. Saya dah cuba mesej dan call awak tapi awak tak balas. Kenapa ? " soal Jennie dengan kening yang berkerut.
Taehyung tersenyum sumbing sambil mengusap-usap belakang tengkuknya. " Erm.. Handphone saya rosak sebab tu saya tak dapay balas mesej awak. Mian. " jawab Taehyung dengan senyuman petaknya.
Jennie menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia menghembuskan nafasnya kemudian dia kembali memandang Taehyung.
" Taehyung, saya dah sedar yang saya sayangkan awak sangat-sangat. Please jangan tinggalkan saya lagi. Awak janji nak jaga saya, kan ? "
Taehyung terdiam mendengarkan soalan Jennie itu. Bagaimana ? Dia sudah pun beli tiket kapal terbang yang akan berlepas dalam tiga jam setengah sahaja lagi. Takkankah dia akan sia-siakan duitnya begitu sahaja ?
Lagipun Namjoon kata dia sudah pun daftarkan Taehyung di sebuah kolej yang berdekatan dengan studio rakamannya.
" Saya minta maaf Jennie tapi saya kena pergi ke London. Saya akan menetap di sana sampailah saya habis belajar. " terang Taehyung dengan hati yang berat.
Sungguh sekarang dia rasa serba salah untuk meninggalkan Jennie kerana dulu dia ingatkan Jennie sudaj tidak mahu berjumpa dengannya sebab itulah dia buat keputusan untuk meninggalkan Korea.
Jennie tersenyum kecil walau hakikatnya hatinya sangat sedih apabila Taehyung menyatakan bahwa dia akan berpindah.
" Takpe.. Awak pergilah. Saya akan tunggu awak balik sini. " ujar Jennie dengan senyuman lebar.
Taehyung perlahan-lahan mengukir senyuman mendengarkan kata-kata Jennie itu.
" Erm, jomlah. Saya hantarkan awak ke airport. "
♡♡♡♡
Sepanjang perjalanan ke airport, Jennie dan Taehyung masing-masing mendiamkan diri. Sepatah katapun mereka tidak suara kan apatah lagi Jisoo yang duduk bersendirian di bahagian belakang.
Setibanya di airport, Taehyung mengeluarkan beg galasnya dari bonet kereta lalu dia melangkah masuk ditemani oleh Jennie.
Sesekali Taehyung melirik ke arah jam di tangannya. Ada 30 minit sahaja lagi sebelum dia akan berlepas.
" Kim Taehyung. " panggil Jennie kemudian dia terus memeluk Taehyung erat. Air matanya yang ditahan selama perjalanan mereka tadi terus dihambur keluar.
Taehyung tersenyum kecil lalu dia membelai lembut rambut Jennie. Air matanya turut bergenang tetapi dia tahan sedaya upaya agar ia tidak menitis.
" Kim Taehyung, bawalah saya pergi sekali. " rintih Jennie tatkala dia bertukar pandangan dengan Taehyung.
Akhirnya air mata Taehyung tumpas. Taehyung membongkokkan sedikit badannya agar setaraf dengan Jennie kemudian dia tersenyum.
" Saya janji akan balik secepat mungkin, okay ? Saya dah kena pergi ni. Babaii. " ujar Taehyung lalu dia mengucup lembut dahi Jennie.
Jennie perlahan-lahan melepaskan pelukkannya lalu dia melambaikan tangannya pada Taehyung dengan wajah yang sudah banjir dengan air mata.
Taehyung mengambil beg galasnya lalu dia melangkah menuju ke tempat yang sepatutnya.
" Kim Taehyung, I Love You !! "
To Be Continued❤
Next Chapter > Epilogue
YOU ARE READING
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]