[ Chapter Thirty ]

114 15 0
                                    

" Sebenarnya, omma appa dan oppa dah bersetuju untuk jodohkan Jennie dengan Jiwon. Jennie ingat tak Jiwon ? Dia dulu salah seorang namja dalam group kugiran oppa. "

Ternganga mulut Jennie dan Jisoo mendengarkan 'surprise' yang dikatakan oleh Jinhwan itu.

Jennie mengelip-ngelipkan matanya sambil menggeleng perlahan. Tak mungkin parents dia akan jodohkan dia tanpa persetujuannya sendiri !

" Oppa, hal hal jodoh ni oppa tak boleh buat main-main tau. And kenapa tak bincang dengan Jennie dulu ? " soal Jennie dengan kening yang mulai berkerut.

Jinhwan melepaskan keluhan kecil. Jiwon pula sudah mengusap-usap belakang lehernya akibat terasa janggal yang amat.

" Omma dengan appa rasa ini keputusan yang bagus untuk Jennie. Lepas dah lebih enam tahun contract Jennie dengan YG, Jennie kena kahwin dengan Jiwon ni. " terang Jinhwan dengan wajahnya yang mulai berubah serius.

Jennie terdiam seribu bahasa. Apa ni ? Dah lah buat keputusan melulu tanpa pengetahuannya.

" Oppa, Jen tak nak kahwin lagi. Jen nak teruskan hidup sebagai K-Idol dulu. Jen muda lagilah oppa. Please lah. " ujar Jennie sambil menjeling tajam Jinhwan dan Jiwon yang duduk bertentangan dengannya.

Jinhwan berdehem kasar. Badannya dibongkokkan ke hadapan sedikit.

" Sementara jadi K-Idol tu, Jen bolehkan kenal-kenal dulu dengan Jiwon ? Apa masalahnya ? " soal Jinhwan dengan wajah yang semakin lama semakin ketat.

Jennie mendengus geram. " Oppa, daripada oppa sibuk nak jodoh-jodohkan Jen dengan manusia lain, apakata oppa sendiri cari jodoh oppa dulu ? Tolonglah stoplah. Jen muda lagi untuk semua ni. " ujar Jennie lalu dia mengambil sling bag nya.

Baru saja dia dan Jisoo bangun untuk pulang, Jinhwan terlebih dahulu memegang lengan Jennie.

" Habis tu sekarang Jennie nak siapa jadi boyfriend Jen ? Kim Taehyung tu ? Jen, oppa dah cakap banyak kali dah yang dia tu tak baik untuk Jen. " soal Jinhwan tanpa melepaskan genggamannya pada lengan Jennie.

Jennie terdiam mendengarkan nama Taehyung disebut. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu tentang perasaanya. Apa betul dia sudah jatuh cinta dengan Taehyung ?

" Oppa, lepaslah. Biar Jennie yang tentukan laluan hidup Jennie. " ujar Jennie perlahan.

Jinhwan melepaskan keluhan kecil. Perlahan-lahan dia melepaskan genggamannya pada lengan Jennie.

Sebaik sahaja Jinhwan melepaskan lengan Jennie, kedua-dua gadis itu terus berjalan menuju ke pintu keluar mall.

" Jennie ! "

Jennie pantas mengangkat wajahnya tatkala dia terdengar seseorang menjerit namanya.

Kim Taehyung.

Pantas dia berlari lalu terus sahaja dia memeluk tubuh Taehyung di khalayak ramai itu. Taehyung sendiri terkejut dengan tindakan berani Jennie.

Para pengunjung di situ tidak lepas dari menangkap gambar Jennie memeluk Taehyung.

Taehyung membalas pelukkan Jennie. Diusapnya lembut belakang badan Jennie. Jelas kedengaran esakkan tangisan Jennie di pendengarannya.

" Jennie-ah, what's wrong ? " soal Taehyung perlahan dengan suaranya yang deep.

Jennie hanya menangis sambil menggeleng perlahan kepalanya. Taehyung melepaskan keluhan kecil lalu dia mengukir sebaris senyuman.

♡♡♡♡

" Macam tu lah ceritanya. " ujar Jennie lalu dia terus menghirup jus tembikai yang tersedia di hadapannya itu.

Taehyung menganggukkan kepalanya tanda faham. Sekarang hanya tinggal Taehyung, Jimin dan Jennie sahaja di sebuah gerai makanan manakala Jisoo sudah dihantar pulang oleh bodyguard mereka.

" Tapikan kenapa awak tolak permintaan hyung awak ? Ke sebab awak betul-betul dah jatuh suka pada Taehyung ? " soal Jimin yang penuh musykil.

Jennie tergelak kecil mendengarkan soalan Jimin itu. Taehyung pula terus menumbuk perlahan bahu Jimin disebelahnya itu. Jelingan tajam dihadiahkan pada namja itu.

" Aku tanya je kan ? Kau gelabah sangat apahal ? Ke kau memang dah jatuh suka gila-gila dekat Jennie ? " soal Jimin sambil mengecilkan matanya memandang Taehyung.

" Yah ! Apa masalah kau ha nak sibuk hal orang ? " marah Taehyung sambil mencuit-cuit peha milik Jimin.

Jimin menjuihkan bibirnya bagaikan ikan. Merajuklah tu dengan Taehyung.

" Tapikan kenapa Jiwon hyung langsung tak bersuara eh ? Ke dia pun ada crush dekat...Jennie ? " tebak Taehyung sambil menongkatkan dagunya di atas meja.

Jennie mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Jimin pula terdiam mendengarkan soalan dari Taehyung itu.

" Kalau Jiwon hyung pun ada crush dekat Jennie, kau kena hati-hatilah Taehyung. " nasihat Jimin sambil menepuk-nepuk bahu Taehyung.

" Hurm.. Dah jomlah. Kita hantar Jennie balik dorm dia. " ajak Taehyung sambil mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.

Jimin dan Jennie bangkit dari duduk mereka serentak.

" Jom. "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now