" Somi-ah, kau tengok tak forum sekolah semalam ? Kau okay tak ? Apa yang Jiwon dah buat dekat kau sebenarnya ? " soal Nayeon kerisauan sebaik sahaja Somi melangkah masuk ke dalam dorm mereka.
Somi yang sudah seharian tidur di rumah ibu bapanya itu memandang Nayeon pelik. Forum sekolah ? Kenapa dengan forum tu ?
" Ani. Aku tak tengok pun. Ada apa-apa yang menarik ke dekat forum tu ? " soal Somi sambil membersihkan make up di wajahnya.
Nayeon memandang Somi dengan mulut yang ternganga. Pantas dia mengambil telefon pintarnya lalu dia membuka laman forum kolej mereka.
" Somi-ah, tengoklah ni. " ujar Nayeon sambil menunjukkan telefon pintarnya kepada Somi.
Mata Somi membuntang luas memandang tajuk utama artikel di forum itu. Laju sahaja dia menggelengkan kepalanya.
" No no no ! Jiwon tak cabul aku lah ! Dia cuma teman aku menangis di tasik tu je. Dia tak buat apa-apa pun dekat aku. " ujar Somi sambil menggelengkan kepalanya.
Nayeon memandang Somi dengan kening yang berkerut. Tidak mungkinlah. Habis siapa yang menyebarkan berita palsu ini ? Sampaikan Jihyo pun mengaku kenyataan yang disampaikan di dalam artikel itu.
" Somi-ah, cuba cerita perkara sebenar dekat aku. " ujar Nayeon lalu dia mengambil kerusinya untuk duduk berhadapan dengan Somi.
Somi mengeluh berat. Tangan Nayeon dipegangnya lalu dia mula bercerita.
Flashback
" Argh ! Bodohlah kau ni, Jeon Somi. Kau tak nampak ke dia memang tak sukakan kau from the first place ? Dia tak pernah pun perasan tentang kewujudan kau lah ! " jerit Somi sendirian di belakang kolej mereka, berhadapan dengan tasik.
Somi terduduk di atas rumput lalu dia menyatukan kedua-dua belah kakinya dan menangis. Sepuas-puasnya.
Tatkala angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke arahnya, dia mengusap-usap lembut lengannya yang kesejukkan.
" Bodoh, Somi. Kenapalah kau ikut cakap Jihyo untuk pakai baju tak cukup kain ni ? Huh. " omel Somi sendirian.
Tiba-tiba dia dapat rasakan terdapat seseorang meletakkan jaket padanya. Pantas sahaja Somi mengangkat wajahnya lalu dia ternampak wajah Jiwon yang tersenyum bunny ke arahnya.
" Pakailah. Sejuk kat sini. " ujar Jiwon dengan senyuman lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Somi.
Somi mengangguk perlahan lalu dia menyarungkan jaket milik Jiwon itu ke tubuhnya.
" Gomawo. " ucap Somi kemudian dia kembali termenung memandang tasik yang luas itu.
Jiwon menghembus nafasnya perlahan kemudian dia menoleh memandang Somi.
" Kau ni betul-betul ke sukakan si Taehyung tu ? " soal Jiwon tanpa kias.
Somi tersentak mendengarkan soalan dari Jiwon itu. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.
Jiwon tersenyum nipis. " Nampaknya kau kena move on lah. Kau dah tak ada peluang. " ujar Jiwon lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah tasik.
Kali ini, Somi pula yang menoleh memandang Jiwon dengan seribu tanda tanya di wajahnya.
" Apa maksud kau yang aku dah takde peluang ? Tae-Taehyung dah ada orang lain, ke ? " soal Somi perlahan dengan matanya yang semakin kuyup. Sedih. Patah hati.
Jiwon mengangguk perlahan. " Sadly to say, yes. Taehyung dah sukakan orang lain dan bukan senang untuk dia jatuh cinta. Kau tau tu kan ? So aku nasihatkan kau untuk move on lah. " balas Jiwon sambil menepuk-nepuk bahu Somi.
Somi menundukkan wajahnya. " Siapa perempuan bertuah tu ? " soal Somi.
" Jennie. Kim Jennie dari kumpulan Blackpink tu. Taehyung dan Jennie tu kawan masa kecil jadi tak hairanlah kalau Taehyung boleh tersuka pada Jennie. " balas Jiwon.
Somi mengangakan mulutnya memandang Jiwon. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Okay sekarang siapa yang bertuah sebenarnya ?
Taehyung yang bertuah sebab dapat meraih hati seorang K-Idol ?
Atau...
Jennie yang bertuah kerana dapat menangkap hati jejaka idaman ramai ?
" Patutlah dia langsung tak pandang aku. " ujar Somi lalu air matanya kembali mengalir buat kesekian kalinya.
Jiwon yang melihat itu melepaskan keluhan kecil. Kepala Somi dipegang lalu diletaknya pada bahunya.
" Aku ada bahu untuk kau nangiskan. " ucap Jiwon membuatkan Somi lebih kuat menangis.
Dan disebalik sebuah pokok besar di situ, Jihyo menyaksikan semuanya lalu dia menangkap gambar Jiwon dan Somi dari belakang.
Flashback End
" Macam tu lah ceritanya. Serius, Jiwon langsung tak ambil kesempatan dekat aku even aku pakai baju tak cukup kain time tu. " terang Somi sambil mengangguk laju bagi mengiyakan kata-katanya itu.
Nayeon menekup mulutnya. Matanya terkebil-kebil memandang Somi.
" Kau tau tak semalam Taehyung, Jimin, Jihoon dan Jiwon gaduh besar pasal artikel ni ? " soal Nayeon dengan mata yang membulat.
Somi turut membulatkan matanya lalu dia terus menarik lengan Nayeon agar dia bangun dari duduknya.
" Nayeon-ah, kita kena betulkan keadaan ! "
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]