" Jennie. "
Jennie terus mengangkat wajahnya memandang empunya suara yang memanggilnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam dorm.
Kim Jinhwan.
Air mata Jennie mula tumpas. Sudah lama dia menahan air matanya dari menitik. Pantas dia menghampiri Jinhwan lalu memeluknya.
" Oppa... gomawo sebab selamatkan Jen dulu. Gomawo sebab oppa sanggup membahayakan nyawa oppa untuk selamatkan Jennie. Jen minta maaf sebab dah layan oppa dengan sangat kurang ajar sejak kebelakangan ni. " ujar Jennie dalam dakapan Jinhwan.
Jinhwan tersenyum kecil. Rambut panjang Jennie itu diusapnya lembut lalu dia mengucup dahi Jennie.
" Jen tak perlu berterima kasih pada oppa. Memang dah tanggungjawab oppa sebagai abang untuk menjaga adiknya. Dan Jen tak perlu minta maaf sebab Jen tak tau pasal semua tu kan ? Jen tak ingat apa-apa so tak perlu risaulah Jen. " balas Jinhwan dengan suaranya yang perlahan.
Jennie tersenyum mendengarkan kata-kata Jinhwan. Kepalanya terasa semakin lama semakin pening. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukkannya lalu dia rebah di atas lantai.
" Jennie ! " panggil Jinhwan membuatkan Jisoo, Rosè dan Lisa pantas keluar dari bilik mereka.
" Unnie ! " ujar Rosè dan Lisa lalu kedua-dua mereka terus menghampiri Jennie yang tidak menyedarkan diri di pangkuan Jinhwan itu.
" Saya call kan ambulans. " ujar Jisoo lalu dia pantas mendail nombor kecemasan di telefon pintarnya.
Jinhwan menampar lembut pipi Jennie. Dia menggeleng kecil.
" Jennie, dah dah lah buat oppa risau macam ni... "
♡♡♡♡
" Taehyung-ah, macam mana ? Apa reaksi Jennie ? " soal Jimin sebaik sahaja Taehyung membuka pintu dorm mereka.
Taehyung menggeleng perlahan. Keluhan berat dilepaskan lalu dia merebahkan dirinya di atas katil.
" Dia marah aku. Memang patut pun aku kena marah sebab memang salah aku. " balas Taehyung dalam nada yang agak perlahan.
Sebuah bantal diambil lalu dia menutup wajahnya menggunakan bantal itu.
Jimin dan Jihoon saling bertukar pandangan antara satu sama lain. Rasa kasihan pula dengan Taehyung.
" Dah lah Hoon. Cepat siapkan assignment tu. Hyung nak guna laptop pula lepas ni. " ujar Jimin sambil menepuk bahu Jihoon perlahan.
Jihoon mengangguk tanda faham lalu dia kembali menyiapkan kerjanya. Sedang dia sibuk melayari internet, tiba-tiba satu artikel muncul entah dari mana.
" Hyung hyung ! " panggil Jihoon sambil menepuk-nepuk muka meja belajarnya itu.
Jimin pantas menghampiri Jihoon lalu kedua-dua mereka fokus memandang skrin laptop itu.
" Yah, Kim Taehyung ! Baik kau pergi hospital sekarang. Kim Jennie dimasukkan ke dalam wad sekali lagi. " ujar Jimin sambil menggoyang-goyangkan lengan Taehyung.
Taehyung pantas mencampakkan bantalnya ke tepi lalu dia menggapai jaket serta kunci keretanya semula.
" Aku pergi dulu. Papehal call lah nanti. " ujar Taehyung lalu dia terus melangkah keluar dari dorm.
Sedang dia berjalan menuruni anak tangga, fikirannya tidak habis-habis teringat akan kata-kata Jennie pagi tadi. Keluhan dilepaskan. Kalaulah dia boleh putarkan masa. Pasti dia tidak akan meninggalkan Jennie sendirian.
" Kim Taehyung. "
Taehyung memberhentikan langkahnya sebaik sahaja namanya dipanggil oleh seseorang. Wajahnya diangkat memandang empunya suara yang memanggilnya tadi.
Jeon Somi.
Taehyung menjulingkan matanya ke atas. " Kau nak apa ? Tepilah. Aku nak cepat ni. " ujar Taehyung dengan wajahnya yang malas.
Somi tersenyum kecil. " Saya nak cakap sikit dengan awak. " ujar Somi perlahan.
Taehyung berdecit. Kepalanya digeleng laju. " Sorrylah aku kena cepat. " ujar Taehyung.
" Taehyung-ah, please. Sekejap je. Lepas tu saya janji takkan kacau awak dah. " ujar Somi mematikan langkah Taehyung.
Taehyung mendengus geram. Wajah Somi di hadapannya itu dipandang sekilas.
" Cepatlah sikit. " ujar Taehyung.
" Jom, pergi kafeteria. " ajak Somi lalu dia cuba memegang tangan Taehyung tetapi sempat Taehyung menepis tangannya lalu dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket jaket yang dipakainya.
" Takyah nak pegang-pegang. " ujar Taehyung kasar. Taehyung mendahului langkah mereka ke kafeteria kerana dia ingin bergegas menuju ke hospital.
Taehyung terus mengambil tempat di sebuah bangku lalu Somi melabuhkan punggung disebelahnya.
" Ha apa kau nak cakap ? Cepat sikit boleh ? " gesa Taehyung tanpa memandang wajah Somi langsung.
Somi melepaskan keluhan. Tangan Taehyunh itu dipegangnya tanpa Taehyung sedari. Hendak dia melepaskan genggaman tetapi tidak berhasil kerana Somi menggenggam terlalu kuat.
" Jeon Somi, lepaslah. " arah Taehyung sambil merenung tajam wajah Somi di sebelahnya.
" Kim Taehyung, I love you. "
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]