[ Chapter Twenty Five ]

125 16 0
                                    

" Tempat ni sebenarnya kawasan taman permainan kita masa kita kecil-kecil. Nampak tak rumah flat tu ? " soal Taehyung sambil jarinya menunjukkan ke arah barisan rumah flat di bahagian bertentangan taman sakura itu.

Jennie mengangguk laju.

" Tu lah rumah kita dulu. Dulu kita berjiran je. Dari kita baby sampailah kita darjah tiga, memang setiap masa kita luangkan bersama-sama. " sambung Taehyung dengan senyuman nipis.

Dia rindukan kenangan dahulu. Di mana dia menjaga Jennie dengan amat berhati-hati. Di mana semuanya masih normal. Di mana semuanya bahagia tanpa ada sebarang cacat cela langsung.

Taehyung melepaskan keluhan berat. Kemudian dia mengukir senyuman nipis buat Jennie dihadapannya.

" Taehyung-ah, bila awak nak cerita benda yang betul dekat saya ? " soal Jennie sambil mengecilkan kedua-dua belah matanya memandang Taehyung.

Taehyung mengelip-ngelipkan matanya. " Cerita sebenar apa ? " soal Taehyung sambil mengusap-usap belakang tengkuknya.

" Cerita kenapa awak rasa bersalah dekat saya sampai sanggup cari saya. Macam mana saya boleh kena amnesia dulu ? Awak tau tak, sejak saya sedar balik, takde sesiapa pun pernah ceritakan dekat saya tentang awak.

Cerita macam mana saya boleh ada amnesia pun takde siapa beritahu. Please, tell me the truth. " pujuk Jennie sambil memegang lengan Taehyung.

Taehyung menundukkan wajahnya lalu dia melepaskan keluhan berat. Sudah dia agak yang Jennie akan menanyakan soalan itu padanya.

Perlukah dia ceritakan semuanya pada Jennie ?

Tidakkah Jennie akan membenci dirinya jika Jennie tahu akan kebenarannya ?

" Kim Taehyung. Waeyo ? Ceritalah. " pujuk Jennie sekali lagi.

Taehyung mengukir sebuah senyuman manis buat Jennie kemudian dia menggeleng perlahan.

" Jen tak perlu tahu lagilah semua tu. Nanti Jen pening kepala pula sebab paksa diri tu ingat balik. Tae akan tolong Jen ingat balik semuanya perlahan-lahan, okay ? " cadang Taehyung dengan senyuman.

Jennie mengeluh kecil. Macamlah dia tidak dapat jangka apa yang akan Taehyung jawab.

Dari dulu sampai sekarang, semua orang akan mengelak dari menjawab soalan Jennie jika dia bertanya tentang amnesia yang dihidapinya dahulu.

" Okay then. " balas Jennie dengan sebaris senyuman.

" Jom, saya hantar awak balik. Dah malam dah ni. " ajak Taehyung sambil menghulurkan tangannya kepada Jennie.

" Jom. "

♡♡♡♡

Taehyung memandang seraut wajah Jennie yang sedang tidur di sebelahnya itu. Perlahan-lahan senyuman manis mula terukir di wajah tampan itu.

" Aku rindu sangat dekat kau. Aku tak nak hilang kau dah. ' desis hati Taehyung.

Rambut Jennie yang menghalang wajahnya itu diselak ke tepi. Wajah mulus Jennie itu dibelainya lembut.

Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Jennie kemudian...

Bibir kedua-dua mereka bertembung. Cukup lama membuatkan Jennie tersedar dari tidurnya.

Perlahan-lahan Taehyung menjarakkan bibirnya dengan bibir Jennie. Sebaris senyuman diukir buat Jennie.

" Dah sampai. " ujar Taehyung perlahan dengan suaranya yang dalam.

Jennie mengangguk perlahan. Pipinya yang memerah itu dipegang. Malu !

Sling bag nya diambil lalu dia membuka pintu kereta itu.

" Jennie-ah ! " panggil Taehyung membuatkan Jennie kembali tertoleh ke belakang.

" Have a sweet dream, baby. " ucap Taehyung lalu dia mengenyitkan mata belah kanannya pada Jennie.

Jennie tersenyum malu. Rambutnya diselak ke tepi. " You too. " balas Jennie kemudian dia berlari anak menuju ke lift di bangunan apartment itu.

Sebaik sahaja dia masuk ke lift, Jennie menjerit kecil. Kedua-dua belah pipinya yang memerah itu dipegang erat.

" Oh My Gosh ! Dia kiss aku ! Oh My Gosh ! Hot nya dia... ! " jerit Jennie sendirian sambil terlompat-lompat di dalam lift itu.

Taehyung tersenyum kecil mengenangkan ciumannya dan Jennie sebentar tadi.

Ting ! Ting !

Telefon pintarnya yang terletak di dalam poket seluar itu dibawa keluar kemudian dia membuka aplikasi WhatSapp.

Terdapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenalinya.

Unknown Number

Kim Taehyung-ssi, sila datang ke restoran makanan laut di jalan Cheonnamdong sekarang.

Saya ada something yang perlu dijelaskan pada awak.

Who's this ?

Bila dah sampai nanti, you'll know.

Datang secepat mungkin.

Please.

Okay.

Last Seen 8.30p.m.

Taehyung menghembus nafasnya lalu dia kembali memandu menuju ke restoran makanam laut yang dikatakan oleh orang itu.

" Siapa ni ? Apa yang dia nak jelaskan ? "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now