[ Chapter Thirteen ]

152 20 0
                                    

" Taehyung-ah ! " panggil Somi sambil berlari anak menuju ke arah Taehyung yang sedang berjalan ke arah perpustakaan itu.

Taehyung memberhentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang. Kelihatan wajah Somi sedang tersenyum menghiasi penglihatannya.

" Taehyung-ah, awak nak ke mana ? " soal Somi sambil mengetap bibirnya.

Taehyung memandang ke kiri dan ke kanannya. Kemudian dia kembali memandang Somi.

" Ni laluan sehala untuk ke perpustakaan je so.. " balas Taehyung dengan wajah poyonya.

Somi tergelak malu. Dia mengusap belakang tengkuknya sambil tangannya sebelah lagi menggenggam erat hujung skirtnya.

Malu.

" Ada apa awak nak jumpa saya ni ? " soal Taehyung memecah kesunyian antara mereka berdua.

" Erm.. Esok awak free tak ? Saya nak ajak awak pergi ke perpus- "

" Tak. Maaf. "

Taehyung terus berjalan masuk ke dalam perpustakaan, meninggalkan Somi sendirian di luar itu.

Keluhan dilepaskan lalu dia mencebik. Langkah diatur laju bagaikan sedang berkawad menuju ke kantin untuk bertemu dengan Nayeon dan Jihyo.

♡♡♡♡

" Okay, saya dah ada keputusan tu di tangan saya. As you guys know, hanya empat orang sahaja dari kolej ni yang akan pergi ke YG Entertainment. Apa yang mereka suruh kamu buat, saya tak tahu tapi kamu akan dapat pengalaman baru di sana nanti. " terang Cik Taeyeon sambil berjalan ke hulu ke hilir dengan fail di tangannya.

Jungkook menarik nafas kemudian dihembusnya. Taehyung memandang ke arah Jungkook yang bagaikan amat gemuruh itu.

" Gwaenchana ? " soal Taehyung prihatin.

Jungkook mengangguk laju sambil menaikkan ibu jarinya pada Taehyung. Taehyung turut mengangguk kemudian mereka berdua kembali fokus pada Cik Taeyeon.

" Pelajar yang pertama ialah Park Jihyo. "

" Yes ! "

" Pelajar yang kedua ialah Jeon Jungkook. "
Jungkook menoleh memandang Taehyung dengan senyuman lebar di wajahnya.

" Aku dapat ! "

" Pelajar ketiga Kim Jiwon. "

" Oh yeah ! "

Taehyung menarik nafasnya dalam. Dapatkah dia menjadi intern di YG Entertainment ?

Somi memandang wajah Taehyung di hadapannya. Kenapa Taehyung bagaikan sangat gementar sekarang ? Dia nak sangat ke jadi intern di YG Entertainment ?

" Pelajar yang terakhir ialah Jeon Somi. "

Taehyung mengangkat wajahnya. Wajah Cik Taeyeon dan Somi dipandangnya bersilih ganti.

Tak mungkin.

" Buat pelajar yang lain, saya minta maaf sebab kamu tak terpilih. Boleh cuba apabila dapat peluang di syarikat lain pula nanti ya. Okay, boleh bersurai. " ujar Cik Taeyeon lalu dia mula mengemas barangannya.

Taehyung menggeleng perlahan. Tidak percaya dengan keputusan yang dibuat oleh Cik Taeyeon sedangkan dia rasa dirinya layak menjadi intern di YG Entertainment.

" Taehyung-ah, hyung minta maaf. Hyung ingatkan Tae pun akan terpilih juga tapi.. "


" Diam. "

Taehyung terus mengambil beg sandangnya lalu dia beredar dari kelas muzik meninggalkan Jiwon dan Jungkook dengan perasaan serba salah.

Taehyung meramas rambutnya kasar. Satu-satunya peluang untuk dia rapat semula dengan Jennie telah lenyap begitu sahaja.

Tak mungkin.

" Arghhh ! "

♡♡♡♡

" Yah, korang dah tengok ke profile pelajar dari kolej Seoul High ? Dua yeoja dua namja tau. Rare. " ujar Jisoo sambil meneliti profile pelajar milik Jihyo, Jungkook, Jiwon dan Somi.

Lisa menggeleng laju kemudian dia merampas fail yang berada di tangan Jisoo.
" Yah Lalisa ! " marah Jisoo sambil menarik rambut Lisa.

" Ah appo ! Mian mian ! Kita tengoklah sama-sama ! " pohon Lisa sambil memegang tangan Jisoo yang menarik rambutnya. Sakit !

" Shhh. Ni hospital lah. " tegur manager oppa sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir.

Jisoo memberhentikan kelakuannya kemudian dia merampas semula fail pelajar itu dari tangan Lisa. Jelingan maut dihadiahkan pada gadis Thailand itu.

" Alah... Lisa nak tengok juga... " omel Lisa sambil menggesel-geselkan kepalanya di bahu Jisoo.

Jisoo tersenyum kecil. " Arrasseo arrasseo, tengoklah. " balas Jisoo sambil menghulurkan fail pelajar itu kepada Lisa.


" Kamsahamida ! "

Jennie perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Ditenyeh-tenyeh sebentar matanya akibat lampu bilik yang agak terang itu.

" Eo ? Unnie. Nak makan ? " soal Rosè sebaik sahaja Jennie membuka matanya.

Jennie menggeleng laju. Sejak dia dimasukkan ke hospital, Rosè tidak habis-habis menyuruhnya makan. Hancur segala diet yang diamalkannya.

" Unnie tak laparlah. " ujar Jennie sambil menghadiahkan sebaris senyuman pada Rosè. Takut jika gadis itu terasa hati.

" Arrasseo. " balas Rosè kemudian dia kembali fokus pada telefon pintarnya.

Jennie mengambil telefon miliknya yang terletak di atas rak kemudian dia melihat jam di telefon itu.

" Chaeng-ah, bila unnie boleh keluar ? " soal Jennie dengan wajah bosannya.

" Lepas checkup pagi esok. "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now