" Annyeong, Jendeuk ! Esok kami datang semula ya bawa awak balik. " ujar Jisoo sambil melambai-lambaikan tangannya pada Jennie.
Jennie tersenyum sebaris sambil membalas lambaian Jisoo itu. Tidak lama kemudian, bayang-bayang Jisoo, Rosè dan Lisa pun hilang dari pandangannya.
Jennie menarik selimutnya sehingga ke paras pinggang akibat kesejukkan. Telefon pintarnya yang sedari tadi terletak elok di dalam laci meja itu diambilnya lalu dia terus membuka aplikasi WhatSapp.
TaeTae ♡
Annyeong..Taehyung-ah..
Jen nak minta maaf pasal petang tadi. Jen tak patut halau Tae dari sini. Jen sepatutnya dengar apa yang Tae nak cakapkan dekat Jen.
I'm so sorry, Tae. Please forgive me.
Jen terlalu ikutkan perasaan geram tu bila Jen dah ingat balik semuanya.
I'm so sorry.
Tae..?
Tae dah tak nak baca mesej Jen ke ? Tae marah sangat-sangat dekat Jen ke ?
Kim Taehyung..
Hurm..
Takpela kalau Tae tak nak maafkan Jen tapi Jen nak Tae tahu yang Jen sayang sangat dekat Tae.
I Love You.
Last Seen 8.01p.m.
Jennie melepaskan keluhan kecil. Sejak petang tadi, Taehyung langsung tidak menghantar pesanan teks atau menelefonnya. Padahal semalam dia tidak habis-habis menghantar pesanan teks meminta maaf.
Tetapi Jennie biarkan sahaja. Sakit hatinya bila teringatkan sejarah silam tetapi dalam sakit itu terselit juga sayangnya pada Taehyung.
" Jen minta maaf, Tae.. '
♡♡♡♡
" Taehyung-ah, kau serius lah nak buat macam ni ? Eh, kenapa kau tak try pujuk dia lagi ? Tak tengok handphone kau ? Mana tau dia ada mesej kau ke apa ke. " soal Jimin resah tatkala Taehyung membuat keputusan drastik tanpa berfikir.
Jihoon dan Jiwon pula sekadar memerhati sahaja. Nak backup Jimin, takut Taehyung mengamuk pula nanti habis pecah satu block ni. Nak backup Taehyung, nanti Jimin pula merajuk tak nak kawan. Jadi pilihan yang tinggal adalah diam.
Taehyung menggeleng laju. " Aku dah buat keputusan muktamad dah. Aku sendiri dengar Lisa cakap yang Jennie dah tak nak tengok aku. Aku tau dulu aku dah buat dia sedih dengan kewujudan aku so untuk buat dia happy adalah lenyapkan diri aku dari pandangan dia. " balas Taehyung sambil mengemas baju-baju miliknya.
Taehyung telah membuat keputusan untuk belajar bersama dengan abang saudaranya, Kim Namjoon di London sehingga dia menamatkan pelajarannya tahun ini. Parents Taehyung pula tidak melarang jadi memang Taehyung sudah bertekad untuk berpindah.
Jimin berdecit sambil meramas rambutnya. " Handphone kau mana handphone ? Meh aku tengok entah-entah dia ada mesej kau ke apa. Meh sini. " ujar Jimin sambil menghulurkan tangannya pada Taehyung.
Taehyung mengeluarkan handphonenya dari poket seluar lalu diserahkan pada Jimin. Ternganga luas mulut Jimin melihatkan handphone milik Taehyung yang skrinnya sudah berkecai itu.
" Taehyung-ah, kau buat apa sampai handphone kau berkecai ni ? " soal Jimin sambil membelek-belek telefon pintar milik Taehyung itu.
Taehyung mengeluh kecil lalu dia terduduk di birai katil. " Aku frust sangat tadi sampai aku pergi campak handphone aku dekat jalan. Tup tup ada lori lalu ha habislah handphone aku dilanggarnya. " cerita Taehyung lalu dia mengangkat bahunya pada Jimin.
Jimin menggelengkan kepalanya dengan mulut yang masih melopong. Tidak sangka dia biarkan sahaja Iphone miliknya berkecai begitu sahaja.
" Taehyung-ah, kau sampai hati eh nak tinggalkan kitorang bertiga. Dah lah hari tu kau gaduh ngan Jiwon hyung sampai dia keluar pastu kali ni kau pula nak keluar sebabkan Jennie.
Taehyung-ah, aku taknak sebab perempuan, kita berpecah belah. " ujar Jimin perlahan lalu dia terduduk di atas lantai. Kakinya disatukan lalu dia menyembamkan wajahnya pada lututnya. Menangis.
Taehyung tersenyum kecil. Dia bangkit dari duduknya lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Jimin pula. Bahu Jimin dipeluknya erat kemudian Jiwon dan Jihoon turut terduduk di situ.
" Jimin-ah, aku bukan nak pun berpecah macam ni tapi ni pilihan yang terbaik. Lagipun ada berapa bulan je lagi sebelum kita graduate. Bila dah graduate nanti, aku janji aku akan bawa korang semua makan makanan mahal-mahal. Okay ? " pujuk Taehyung dengan sebaris senyuman.
Sebenarnya dia pun berat hati untuk meninggalkan kawan-kawan serta keluarganya di Korea tetapi dia juga tidak mahu Jennie berasa sedih atau terseksa setiap kali dia berada dekat dengannya.
Jimin mengangkat wajahnya memandang Taehyung lalu dia memeluk Taehyung erat.
" Kau dah macam adik-beradik aku dah. Nanti jangan lupakan aku tau, aku sayang kau. "
To Be Continued❤
ANDA SEDANG MEMBACA
#4 from afar [ C ]
Fanfic" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]
![#4 from afar [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/187934087-64-k487981.jpg)