[ Chapter Twenty Two ]

126 16 0
                                    

" Hyu-hyung.. hyung tak apa-apa ke ? " soal Jimin sebaik sahaja kelihatan tubuh Jiwon melangkah masuk ke dalam dorm mereka.

Taehyung yang baru selesai membalas mesej Jennie itu menutup handphone nya lalu dia memeluk tubuhnya memandang Jiwon dengan muka ketat.

Jihoon pula sudah terduduk di atas katilnya sambil menundukkan wajahnya. Takut jika berlaku pertengkaran.

" Apa maksud chim ? Hyung okay jelah. " balas Jiwon dengan sebaris senyuman.

Jimin menganggukkan kepalanya perlahan kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada Taehyung yang masih bermasam muka.

" Hyung ada apa-apa ke nak cerita dekat Tae ? " soal Taehyung dengan suaranya yang dalam. Sungguh menggerunkan.

Jiwon memandang Taehyung sekilas lalu dia mengambil tempat di meja belajarnya.

" Nak cerita apa ? Tak ada apa-apa yang perlu Tae tau. " balas Jiwon kemudian dia membuka komputer ribanya.

Terus dia membuka laman forum kolej mereka bagi melihat gosip-gosip terbaharu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihatkan satu artikel tentang dia telah mencabul Jeon Somi.

" A-apa ni ? Siapa yang buat artikel ni ?! " soal Jiwon sambil matanya fokus membaca isi-isi artikel tersebut.

Jihoon mengambil bantal busuknya lalu dipeluknya kuat. Tak lama lagi bergaduh lah tu.

" Tae tak sangka hyung akam buat perkara keji macam tu. " sindir Taehyung sambil menjulingkan matanya ke atas.

Jimin memegang bahu Taehyung sambil membuat isyarat mata kepada namja itu. Kepalanya digeleng perlahan. Dia kenal sangat dengan Taehyung.

Taehyung ni jenis yang akan menegakkan keadilan bagi wanita. Sejak kecil lagi dia bersikap sedemikian. Apabila mendengar berita bahawa ada orang yang dia kenal telah dicabul atau dirogol, memang dia akan mengamuk.

Tidak kiralah dia rapat atau tidak dengan perempuan itu, dia paling pantang jika ada kaum lelaki melakukan perkara yang keji seperti sedemikian.

" Taehyung-ah, kau rasa hyung akan buat ke perkara-perkara macam tu ? Ha ? Tae pandang hyung hina macam tu ke ? " soal Jiwon sambil merenung tajam wajah Taehyung.

Taehyung tersenyum sinis. Kemudian dia membalas renungan tajam Jiwon itu.

" Tak mustahil hyung akan buat macam tu. Dengan pakaian yang dipakai oleh Somi petang tadi, tak mustahil hyung tak 'turn on', kan ? " soal Taehyung semula dengan senyuman sinis di wajahnya.

Jimin menepuk bahu Taehyung perlahan sambil menggelengkan kepalanya. " Taehyung-ah, hajima. " ujar Jimin dengan riak resah.

Jiwon tergelak kecil dengan kepala yang digelengkan.

" Kau fikir aku akan buat ke benda keji macam tu ha ?! Aku pun ada maruahlah ! " marah Jiwon sambil menghentak meja belajarnya.

Jihoon yang sedari tadi menundukkan wajahnya terus mengangkat wajahnya dek kerana terkejut dengan jeritan kuat Jiwon itu.

" Hyung kena bertanggungjawab dengan apa yang hyung dah buat ! Hyung bukan saja dah memalukan diri hyung tapi hyung pun dah memalukan Tae, Chim dan Hoon. Hyung sedar tak ?! " balas Taehyung.

Jiwon mengelipkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang baru dikatakan oleh Taehyung sebentar tadi.

" Kim Taehyung ! Aku, Kim Jiwon takkan buat perkara keji macam tu lah ! Aku ni dididik oleh omma aku baik-baik dah ! Lagipun, artikel tu mana ada bukti kata aku cabul betina tu ! " marah Jiwon. Naik turun dadanya menahan amarahnya daripada meletus.

Jihoon yang menyasikkan pertengkaran mereka itu sudah mula bergenang air mata. Dia tidak pernah melihat Jiwon dan Taehyung bergaduh di hadapannya. Lagi-lagi sampai menjerit begini.

" Mende macam ni tak perlukan bukti dah ! Park Jihyo, kawan Somi sendiri dah beri keterangan dekat ruang komen. Apa yang hyung dah buat sebenarnya ?! Hyung hilang akal ke apa ?! " soal Taehyung dengan nada yang tinggi.

Jiwon mengambil sebuah pasu bunga lalu dilemparnya mengena dinding sehingga pasu tersebut pecah.

" Hajima ! " jerit Jimin seraya berdiri di tengah-tengah kedua-dua namja itu.

Jiwon menggeleng perlahan. " Dah empat tahun kita tinggal satu dorm, tak cukup ke selama empat tahun tu kau bina kepercayaan kau dekat aku, ha ? " soal Jiwon perlahan.

Dia tidak sangka yang Taehyung akan menuduhnya melulu sebegitu padahal petang tadi baru sahaja dia mengeji Jeon Somi di kafeteria.

Taehyung menundukkan wajahnya. Kemudian dia mengangkat semula dengan gelengan perlahan.

" Aku dah mula tak kenal kau, hyung. " balas Taehyung perlahan.

Jiwon tersenyum nipis. Air mata sudah mula bergenang di tubir matanya. Beg sandangnya diambil lalu dia mengisi kesemua bajunya di dalam beg itu.

" Kau sendiri cakap aku dah memalukan kau. Dah memalukan Chim dan Hoon, kan ? So aku rasa takde point dah aku tinggal sama dorm dengan korang. Aku akan blah dari sini. Thanks untuk kenangan selama empat tahun ni, Kim Taehyung, Park Jimin, Park Jihoon. " ucap Jiwon kemudian dia melangkah keluar dari dorm itu.

" Hyung ! "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now