[ Chapter Fifteen ]

142 18 0
                                    

" Hyung ! Yah, hyung ! Hyung nak ke mana ?! Hyung ! " jerit Jihoon sambil berlari anak mengejar Taehyung yang sudah laju ke hadapan.

Taehyung berpusing-pusing sedari tadi mencari bilik pesakit seseorang. Langsung tidak dilayannya suara Jihoon yang terpekik terlolong memanggil namanya itu.

Taehyung memberhentikan langkahnya di hadapan sebuah bilik. Sebaris senyuman terukir di wajahnya.

Jihoon yang baru tiba di sebelah Taehyung itu termengah-mengah mencari nafas. Penat woi kejar budak ni !

" Hyung... ke-kenapa hyung perlu ja-jalan laju sa-sangat ? Penat tau ta-tak ! " marah Jihoon sambil memukul lengan Taehyung sekuat yang dia mampu.

Tapi yang peliknya...

Taehyung langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi

Tapi....

Dia tersengih sesorang.

Adakah ini dinamakan dengan angau cinta ?

" Hoon nak lawat siapa dekat hospital ni ? " soal Taehyung tanpa menoleh ke arah Jihoon.

Jihoon mencebik. Dia buat tak tahu je bila Jihoon dah kepenatan mengejar dia tadi. Ey !

" Hoon nak lawat chingu Hoon. Tapi dia dekat tingkat bawah. Bukan tingkat ni. Hoon dah cakap dah salah tingkat ta- "

" Hoon pergi sendiri. "

Mulut Jihoon ternganga memandang Taehyung. Tak salahkan apa yang dia dengar tadi ? Taehyung suruh dia pergi sendiri ? Seriously ?

" Hyung, apa ni ! Hyung janji nak temankan Hoon ! " rengek Jihoon sambil menumbuk-numbuk lengan Taehyung dengan bibirnya yang dijuihkan.

Taehyung akhirnya menoleh memandang Jihoon. Tangan Jihoon yang asyik menumbuknya itu dipegang lalu diletakkan ke tepi.

" Hyung ada hal kena settle kan. Hoon pergilah sendiri, okay ? " pinta Taehyung dengan sebaris senyuman.

" Mana bo- "

" Awak. "

♡♡♡♡

Jennie membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Matanya ditenyeh kemudian dia memandang ke kiri dan ke kanannya.

Tiada sesiapa.

Keluhan dilepaskan. Pastinya ahlinya sedang sibuk menjalankan jadual mereka. Jennie menggeleng perlahan. Kan lagi best kalau dia pun boleh turut serta.

Ting !

Jennie mneggapai telefonnya yang terletak di dalam laci rak bersebelahannya. Aplikasi WhatSsap di buka lalu dia menekan nombor Jinhwan yang menghantar pesanan teks padanya.

Jinani Oppa ♡

Jennie-ah, Jennie dekat mana ?

Dalam bilik pesakit ni lah.

Wae ?

Turun kejap. Oppa ada dekat kafeteria ni.

Oppa ada something nak cakap dengan Jen.

Something ?

Penting sangat ke ?

Pasal apa ?

Jen datang jelah. Baru Jen tahu apa yang oppa nak cakap.

Turun cepat.

Please.

Oppa nak cakap pasal namja tu..

Kan ?

Erm..

Ish ! Jen turun jelah sekarang !

Arrasseo arrasseo.

On the way.

Last Seen 8.25 a.m.

Jennie menurunkan kakinya lalu dia menyarungkan sepasang selipar pada kakinya. Selipar berwarna hitam bercorak bunga mawar itu menjadi pilihannya.

Jennie memegang batang panjang yang menyalurkan air ke dalam badannya itu lalu ditolaknya menuju ke pintu keluar.

" Hyung, apa ni ! Hyung janji nak temankan Hoon ! "

Jennie menghentikan langkahnya. Siapa pula tu ? Setahunya bilik ini telah ditempah khas untuk dia sahaja.

" Hyung ada hal kena settle kan. Hoon pergilah sendiri, okay ? "

Jennie tersentak mendengar suara itu. Ya ! Suara namja itu ! Dia cam suara itu ! Pantas dia menolak daun pintu itu lalu terserlah lah wajah namja yang menegurnya tempoh hari serta seorang lagi namja di sebelahnya.

" Awak. "

Taehyung dan Jihoon menoleh ke arah Jennie serentak. Kedua-dua mereka terdiam memandang Jennie. Jihoon pula sudah ternganga manakala Taehyung mengekalkan wajah sempoinya.

" Heol. Kim Jennie from Blackpink ! " ujar Jihoon teruja sambil menepuk-nepuk tangannya tak ubah macam singa laut.

Jennie tersenyum kecil sambil mengangguk perlahan. Matanya masih melekat pada Taehyung. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang memandangkan wajah tampan itu.

" Hoon-ah, tolong pergi lawat chingu Hoon sekarang. Hyung ada hal ni. " pinta Taehyung sambil menolak bahu Jihoon agar namja itu segera beredar meninggalkan ruang untuk dia dan Jennie berbual.

Jihoon hanya tersengih memandang Jennie. Cantiknya gadis itu apabila berjumpa depan-depan ! Walaupun wajahnya pucat, tetap kelihatan kecantikannya.

" Hyung, nanti tolong dapatkan autograph Jennie untuk Hoon tau ! Annyeong, Jennie ! " ucap Jihoon sambil melambaikan tangannya pada Jennie.

Jennie tersenyum kecil melihatkan gelagat Jihoon. Comel.

" Hai, Mandeuk. "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now