[ Chapter Thirty Three ]

106 14 0
                                        

" Ceritalah cepat. Sejuk dekat sini. " ujar Jennie sebaik sahaja dia tiba di hadapan Taehyung yang memakai coat setebal-tebalnya itu.

Taehyung menelan liurnya. Wajah Jennie ditenung lama.

" Kalau aku cerita ni.. Aku akan hilang kau lagi.. ke ? ' desis hati Taehyung. Wajahnya ditundukkan kemudian dia kembali memandang Jennie dengan sebaris senyuman di wajahnya.

" Sebelum Tae cerita, Tae nak tanya Jen something dulu. Jujur dalam hati Jen, Jen suka tak dekat Tae ? " soal Taehyung dengan senyuman.

Jennie memandang Taehyung dengan wajah yang agak terkejut serta gementar. Dia melihat sekelilingnya sekira ada sesiapa yang sedang merakam atau mengambil gambar mereka.

Jennie melepaskan keluhan kecil. Wajah Taehyung dipandang lalu dia mengukir sebaris senyuman.

" Ha'ah, Jen dah sukakan Tae. Kenapa ? " balas Jennie berbalik soalan. Wajahnya ditundukkan memandang tanah akibat malu dengan confession nya sebentar tadi.

" Tae harap lepas Tae cerita semua ni, perasaan Jen terhadap Tae takkan berubah. Sebab Tae sayang sangat
dekat Jen. " ujar Taehyung perlahan membuatkan Jennie terasa pelik.

Apa yang dia takutkan sangat ?

" Huh... Macam ni ceritanya.. "

Flashback

" Taehyung-ah ! " laung Jennie sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah milik Taehyung.

Keluarga Jennie dan Taehyung merupakan jiran semasa mereka kecil.

Daun pintu dibuka lalu terserlah wajah sugul Taehyung di hadapan pintu itu. Dia menyandarkan badannya pada dinding sambil wajahnya memandang ke bawah.

" Taehyung-ah, mianhae. Jen bukan tak nak join Tae pergi rumah hantu tu tapi rumah tu seramlah. " ucap Jennie sambil menggoyang-goyangkan lengan milik Taehyung.

Taehyung menjuihkan bibirnya ke hadapan. Merajuk dengan Jennie.

Ini kerana di seberang jalan itu terdapat sebuah rumah agam usang yang bersebelahan dengan taman permainan.

Rumah agam usang itu dikatakan sangat berhantu jadi Taehyung yang meminati paranormal itu mahu sangat menjenguk rumah itu. Diajaknya Jennie tetapi gadis itu terlampau takut untuk menemaninya.

" Taehyung-ah...janganlah macam ni. " ujar Jennie kemudian dia mencucuk-cucuk pipi milik Taehyung.

Taehyung menghembus nafasnya perlahan. " Jen, jomlah pergi. Please. Sekejap je. " ajak Taehyung buat kesekian kalinya.

Jennie pula mengeluh kecil. Mana tidaknya gadis yang berusia 9 tahun itu takut untuk ke rumah usang itu ? Sedangkan manusia yang sudah dewasa pun terjerit-jerit ketika masuk ke rumah hantu inikan mereka.

Jennie memandang wajah monyok Taehyung buat kesekian kalinya. Rasa bersalah pula jika dia tidak menuruti permintaan Taehyung.

" Arrasseo arrasseo. Jen teman Tae. Tapi sekejap je eh ! " balas Jennie sambil mengeluarkan jari kelingkingnya kepada Taehyung.

Taehyung tersenyum lebar kemudian dia terus merangkul jari kelingking milik Jennie dengan jarinya.

" Cakaplah dekat omma appa Jen yang kita pergi main dekat taman. Tae pergi ambil lampu suluh sekejap. " ujar Taehyung lalu dia terus berlari masuk ke dalam rumahnya.

Jennie mengangguk perlahan lalu dia turut masuk ke dalam rumahnya. Tiada sesiapa di rumah itu kecuali Jinhwan dan pembantu rumah mereka.

" Jinan oppa, Jen nak keluar main dekat taman dengan Taehyung sekejap tau. " ujar Jennie sambil cuba mencari lampu suluh di dalam rak milik appa nya.

Jinhwan yang sedang menonton televisyen itu mengangguk perlahan. " Balik sebelum dinner tau. " nasihat Jinhwan.

" Erm. " balas Jennie lalu dia melangkah keluar dari rumah semula.

Kelihatan Taehyung sudah tersenyum sumbing di hadapan rumahnya dengan memegang sebuah lampu suluh di tangannya.

" Khaja ! "

♡♡♡♡

Klak !

" Omo ! Taehyung-ah, Jen takutlah. " ujar Jennie tatkala dia terdengar bunyi pintu itu terbuka. Taehyung memegang tangan Jennie lalu dia tersenyum padanya.

" Gwaenchana. Tae kan ada. Tae akan jaga Jen punya. Tae janji. " balas Taehyung lalu dia memimpin Jennie masuk ke dalam rumah usang itu.

Jennie hanya membuntuti Taehyung tanpa bersuara langsung. Mulutnya ditekup kemas agar dia tidak terjerit.

Tatkala mereka sedang berjalan, Jennie dapat rasakan bahwa ada seseorang sedang mengekori mereka dari belakang. Tetapi bila dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa pun. Pelik.

" Omo ! Jen, tengok botol-botol tu. Eee, botol apa tu ? Banyak pula tu. " soal Taehyung sambil jarinya menunjukkan ke arah beberapa botol serta alat penyuntik yang bersepah di atas lantai itu.

Terbuntang luas anak mata Jennie melihatkan botol-botol serta alat penyuntik itu. Terketar-ketar tangannya memegang tangan Taehyung.

" Taehyung-ah... rumah ni bukannya seram sebab berhantu... Tapi... ada penagih dadah dekat sini. "

To Be Continued❤


#4 from afar [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang