Bab 2

1.9K 179 2
                                    

"Alamak, dah lambat, dah lambat!"

Aku berlari sepantas kilat dengan sepasang kaki yang pendek. Aku punya tergesa-gesa ni, sampaikan rambut yang aku sanggul kemas tadi dah jadi ponytail. Melantun-lantun ke atas, ke bawah macam ekor kuda.

Ini semua Khai punya pasal. Penat aku tunggu di depan pondok bas dekat kafe, dia langsung tak datang. Ingatkan rajuk tu dah hilang. Aku tak nak bayarkan minuman dia aje pun. Bukannya aku duk pergi dating dengan jantan lain.

Itu pun nak merajuk, isy!

"Mak cik, tumpang lalu!" Aku menyapa mak cik cleaner yang sibuk mop lantai.

"Eh, dik! Lantai tu—"

Gedebuk!

Aku tergelincir lalu jatuh terjelopok pada lantai yang basah. Nasib baik tak menggelongsor sampai tiang kat depan tu. Kalau tak, habis hidung aku. Makin pesek pula jadinya.

"Ah, sakitnya." Aku mengusap punggungku.

Rasa nak menangis pun ada. Dahlah ramai orang. Bunyi aku terjatuh pun kuat pula tu. Macam ada pembesar suara pula kat lantai ni.

Mataku menangkap sepasang kasut Converse hitam berhenti di hadapanku. Perlahan-lahan, kepala aku dongakkan. Pandangan mata kami bertemu.

Eh, ini bukan Mamat Cina yang bayarkan minuman Khai kelmarin ke? Aduh, dia buat apa pula kat sini? Dia ingat muka aku ke apa?

Dia memandangku dengan pandangan yang dingin. Mulutnya berkunci. Bisu. Seakan dia sedang memikirkan sesuatu.

Biar betul dia ingat kat aku? Macam mustahil aje. Iyalah. Tengok muka aje, dah tahu dah dia ada ramai peminat. Aku? Peminat sekecil zarah pun tak ada. Dahlah hodoh, tak ada peminat pula. Takkanlah dia ingat muka aku?

"Weh, kau dah kenapa rushing sangat?" Tegur seorang gadis.

Kalau tak silap aku, dia selalu duduk kat baris belakang aku dalam kelas. Pelajar course Languages and Linguistics. Kitorang berdua sama-sama ambil Bahasa Sepanyol—tapi tak pernah pula bertegur sapa sebelum ni. Rasanya... orang panggil dia Nina sebab muka dia ada iras muka Mizz Nina kut. Sikitlah, ada iras sikit aje.

Mamat Cina yang berdiri di hadapanku terus mengalihkan pandangannya. Langkah dia teruskan. Membuktikan yang dia langsung tak cam muka aku.

Alhamdulillah.

"Aku dah lambat dah ni. Takut prof marah." Jawabku, mencapai begku yang terlontar jauh.

Haih, tak sampailah pula nak capai! Lengan pendek sangat.

"Class cancelled. Lain kali, ambil tahu pasal benda-benda macam ni. Tak adalah malukan diri sendiri." Katanya.

Bunyi kasut bertumit tinggi berlalu pergi menyapa gegendang telingaku. Bukan nak bantu orang berdiri ke apa. Setakat datang nak tengok, nak hina, nak kutuk orang aje, baik tak payah datang. Elok gelakkan aje orang dari jauh.

Terpaksalah aku bantu diri sendiri bangun balik. Berdiri di atas kaki sendiri. Beg yang terlontar jauh aku capai. Terkena tanah pula sebab mendarat sebelah pasu bunga yang dah pecah. Habis kotor beg aku. Dahlah warna beige. Sekarang dah jadi macam aiskrim coklat vanilla dah.

Aku mendongak, mahu melihat Nina yang mengutukku tadi. Secara tidak sengaja, terpandang pula jejaka berkemeja Navy Blue yang membelakangiku. Dia pegun di tengah-tengah laluan pelajar.

Tiba-tiba, dia menoleh ke belakang. Keningku terjongket ke atas. Hairan bila melihat Mamat Cina yang sama rupa-rupanya masih lagi di situ. Dia memandang ke arah aku. Sekejap saja. Setelah itu, dia meneruskan langkahnya dan menghilang.

Pelik.

+

Kelas dibatalkan. Satu-satunya plan aku hari ni, dibatalkan. Sebab jarang sangat prof batalkan kelas, aku pun tak tahu macam mana nak luangkan masa hari ni.

Eh, kejap! Kalau tak silap, hari ni Khai tak ada kelas. Bolehlah ajak keluar jalan-jalan hehehe.

Nombor telefon Khai aku dail pantas. Sekejap saja berdering, panggilan terus dijawab. Senyumanku melebar bila mendengar suaranya di hujung talian.

Haih, nampak sangat angau!

"Buat apa tu? Masih merajuk lagi ke?" Usikku, menahan tawa.

Sangkaku, mulutnya sudah muncung sedepa. Masih lagi dengan rajuknya.

Sungguh aku silap. Wajahnya tiada kerutan langsung. Malahan, senyumannya lebar sekali tatkala memandang gadis berambut ikal mayang di hadapannya. Gadis yang semestinya bukan aku.

Hati menyuruhku berlalu pergi setelah mata menyaksikan kemesraan mereka berdua, tidak jauh dari tempat aku terpaku tetapi kakiku mengatur langkah longlai. Mendekati mereka berdua yang tampak sungguh bahagia di mata semua.

"Kenapa awak call saya ni?" Soalnya dari hujung talian.

Kakiku berhenti melangkah. Senyuman yang tadi menghiasi bibir, kegembiraan sementara yang Dia pinjamkan, rasa sayang yang sudah lama bertahan, lesap semuanya.

Panggilan aku matikan. Keningnya terangkat sebelah. Skrin telefon dia renung dengan tanda tanya.

"Ingatkan nak ajak awak keluar." Aku bersuara.

Khai menoleh ke sisi. Matanya terbeliak melihatku hanya beberapa langkah saja dari tempat mereka berdua. Gadis di hadapannya juga turut sama memandangku. Keliru dan mungkin juga tertanya-tanya siapa aku.

Cantik. Patutlah Khai pilih dia. Hujung rambut sampai hujung kaki, tiada cacat celanya. Sempurna luarannya.

Aku menalakan semula pandanganku ke arah Khai yang mati kata. Nafas panjang aku helakan.

"But it looks like awak tengah busy." Sambungku.

"S-Sha." Dia cuba untuk meraih tanganku.

Aku berundur setapak ke belakang. "This whole time, I have so many things to say to you. I imagined how it'd be kalau suatu hari nanti awak dah jumpa someone better tapi bila hari tu dah tiba, I—I don't even know what to say." Aku mengeluh sinis.

"Okay, fine. You're right. I'm meeting someone else, so what? Kau nak buat apa kalau aku betul-betul mainkan kau? Better you turn around and then act like kau tak pernah nampak pun semua ni—tapi kalau kau nak end everything right here, right now pun aku tak kisah." Khai maju selangkah ke hadapan. "Tapi boleh ke kau survive tanpa aku?" Dia tersenyum sinis.

Mestilah. Kau boleh hidup tanpa dia—kan?

Kalau boleh, cakaplah. Beritahu dia. Beritahu dia yang kau tak perlukan dia.

Khai tertawa. Menggelengkan kepalanya melihat diriku yang membisu.

"Sha, Sha. Kesianlah aku kat kau ni." Dia berpura mengeluh. "You know what, lepas aku fikir-fikir balik, better kita stop ajelah. Bosanlah dengan kau. Nothing exciting anymore." Sambungnya lagi.

Aku memejam mataku serapatnya. Bunyi tapak kaki berlalu pergi bergaung di telinga.

Mungkin aku boleh hidup tanpa dia tapi untuk bahagia tanpa dia—mustahil.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now