Catherine membuntuti setiap langkahku. Aku cuba untuk tidak mengendahkannya walaupun orang ramai mula memandang kami dek dia tak berhenti memanggil namaku.
Lepas saja aku beritahu yang aku sudah berpunya, dia naik angin. Tiada lagi sikap manjanya. Sejujurnya, aku lebih suka bila dia baran. Kalau manja, aku meluat pula. Geli geleman.
"Sejak bila you ada girlfriend?!" Catherine menolak pintu kereta yang baru aku buka. "Jawab, Aiman!" Desaknya.
"Apa kaitan dengan kau? Aku dengan kau kawan aje tahu. Kau tak layak nak soal aku pasal benda macam ni. Jaga hal sendiri, cukuplah."
"No!" Catherina menggetap giginya. "I suka kat you!"
Aduh! Tak cukup dia buat aku tak selesa dengan ikut aku ke hulu, ke hilir, sekarang ni dia confess pula.
"Aku tak suka kau." Aku menjongket bahu selamba.
"Aiman!" Bentaknya, semakin hilang kawalan. "Siapa dia? Dia lagi cantik dari I ke? Lagi kaya dari I?" Senyuman sinis terbit di bibirnya.
Amboi, nak bandingkan diri dengan orang lain pula.
"Kau betul-betul nak tahu?"
Catherine berdiam diri. Memasang muka tidak pedulinya.
"Satu, dia comel. Dua, dia tak kaya, tapi reti berdikari. Tiga, dia baik." Aku menurunkan tanganku. "Cath, aku boleh bagi kau seribu alasan kenapa aku suka dia. You can't win. So stop."
"You fikir I akan biarkan you dengan dia bahagia ke?"
Aku meleraikan tawaku. "Kau ingat aku takut ke dengan kau? Kalau aku tak end up dengan dia pun, aku takkan pernah pilih kau. Even though aku dengan kakak kau dah lama over. Aku still respect dia. Aku takkan senang-senang nak pindah dari dia, pergi adik dia. Keep that in mind, Catherine."
Aku membuka pintu kereta. Masuk ke dalam dan memasang tali pinggang keledar. Tidak mengendahkan Catherine yang mengetuk cermin keretaku. Meminta untuk aku keluar.
Haih, buat serabut otak aje!
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...