Aku tunduk memandang lantai tangga yang diperbuat daripada marmar asli itu. Mengetap bibir. Takut akan kritikan daripada semua yang hadir di situ. Apalagi yang mereka akan katakan malam ini? Semestinya bukan sesuatu yang tak pernah aku dengar sebelum ini.
"If I have her face, aku rasa aku dah lama bunuh diri weh!"
"Aku rasa aku lebih layak kut dengan Khai daripada Si Gemuk tu."
"Aduh, rosak pemandangan!"
"Dahlah hari terakhir sekolah. Gambar tak cantik pula. Kita Photoshop ajelah dia. Kalau muka dia tak ada, tak adalah gambar kita sekelas jadi hodoh macam ni."
"Kau tak nak try makan pil untuk tinggi ke? Kalau kau nak, aku boleh sponsor. Aku bukanlah apa. Cuma sedihlah nampak kau ni, ketinggian terbantut. Kesian dengan Khai sebab dapat girlfriend pendek macam kau. Kau tak kesian kat dia?"
Jariku menggenggam erat lengan kemeja Khai. Setiap hinaan, setiap kutukan yang aku hadap sepanjang hidup aku, semuanya datang. Terngiang-ngiang di telinga. Membuat dada terasa sesak. Bagaikan nak rebah saat itu jua.
"Sha," Bisik Khai. "Listen well."
Aku cuba untuk merungkaikan bisikan yang memenuhi segenap ruang. Apa yang menyapaku, membukakan mataku seluasnya.
"Siapa tu? Ya Allah, cantiknya dia!"
"Baju dia weh, isn't that tailored? Jealousnya aku! Kalau kat badan aku, mesti tak sesuai. Kat badan dia, elok aje."
"Girlfriend baru Khai ke? Seriously? Such an upgrade. She's prettier than Hazel."
"I would die for that face. Cantiknya dia."
"Walaupun tak tinggi mana, she actually looks cute. Petite, I guess?"
"Pandai Khai pilih."
Aku memandang wajah-wajah di hadapanku satu-persatu. Masih meragui apa yang aku dengar.
"Saya pun dengar benda yang sama juga—and they're not lying." Bisik Khai lagi dan kami tiba di anak tangga terakhir.
Aku masih terkejut dengan pujian semua orang. Ada juga yang menyapaku. Siap tersenyum lebar lagi seakan-akan Nurul Iesha yang berdiri di hadapan mereka ialah orang yang berbeza. Takkanlah tak ada sesiapa yang kenal aku? Langsung tak ada?
"Saya nak pergi tadah telinga, dengar orang nyanyikan Selamat Hari Jadi. I'll come back in a sec, okay?" Beritahu Khai. Sebelum berlalu pergi, dia sekali lagi menghadiahkan senyuman kepadaku.
Para gadis yang ada di situ merapatiku. Menyerangku bertubi-tubi dengan soalan mereka. Siapa aku, siapa aku kepada Khai, di mana aku beli gaun baldu merah yang aku kenakan malam itu dan banyak lagi soalan yang aku sendiri tak berdaya nak jawab.
Aku lega—lega yang aku letakkan diri aku sebelum orang lain. Lega yang buat pertama kalinya, aku pentingkan diri sendiri.
+
Dingin malam menyelimutiku. Baru tahu, jadi tumpuan ramai lebih memenatkan walaupun atas hal yang positif. Sengaja mengelak orang ramai, duduk bersendirian di luar rumah Khai.
Walaupun rumah Khai tak adalah sebesar istana, halaman rumahnya agak luas. Kebetulan pula aku terjumpa taman rahsia di sebalik garaj. Di halaman belakang, jauh dari penglihatan orang lain.

YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...