Aku merenung pintu masuk. Berharap aku dapat melihat Aiman lagi, tetapi sunyi. Loceng pintu tak lagi bergemerincing.
"Bila awak balik sini?" Aina meraih tanganku, menyentapku dari lamunan sendiri.
Mama menepuk bahuku, meminta diri untuk memberi ruang kepadaku dan Aina. Setelah mama hilang di sebalik pintu ke dapur, aku kembali memandang Aina.
"Baru aje. Aina seorang aje ke? Aiman mana? Tak date ke hari ni?" Usikku, sengaja.
"Date? Dengan Aiman?" Seorang jejaka menghampiri kami dari tangga. Keningnya berkerut. "Kenapa pula dengan Aiman?" Soal Daenish.
Oh, Daenish pun masih tinggal kat sini rupanya.
"Er, Ish kata tadi banyak lagi barang kat atas belum pack, kan? Pergilah buat cepat." Gesa Aina, menggelabah.
Eh, diorang kenal satu sama lain ke?
Daenish merenung tajam wajah Aina. Bibir dimuncungkan. Merajuk entah kenapa. Aku semakin hairan dengan kelakuan mereka berdua yang mesra lain macam.
Akhirnya, jejaka itu mengaku kalah dan mengatur semula langkah ke tingkat atas. Nak berpindah agaknya. Sebab itulah kena kemas barang. Setelah Daenish pergi, Aina mengajakku untuk duduk.
"Awak dah break dengan Aiman ke?" Aku memberanikan diri dan bertanya.
Aina tertawa kecil. "Nak break apanya? Kitorang bukannya pernah bercinta. Saya..." Aina mengerling ke arah tangga dan tersenyum sendirian. "Saya dengan Daenish."
"T-tapi, masa birthday awak, Aiman yang bawakan kek. Nyanyikan lagu untuk awak."
"Actually, Daenish yang plan semua tu. At first, Daenish nak dia yang bawakan kek tapi dia injured sebelah tangan dia kat tempat kerja. So, Aiman yang take over. Tapi Daenish pun ada kat sebelah saya masa tu. Awak tak nampak dia ke?"
Daenish yang tolong aku lekatkan semua belon huruf masa tu. Tak mustahil dia betul-betul ada kat sebelah Aina. Mungkin... aku terlalu fokus dengan Aiman sampaikan tak sedar pasal benda lain.
"Saya ada buat korang salah faham ke?" Tanya Aina, menggigit bibir.
"Hm?"
"Lepas aje saya tiup lilin, Aiman cari awak tapi dia tak jumpa. Daenish kata masa Aiman masuk tu, awak masih ada kat kaunter. Tiba-tiba awak hilang macam tu aje." Jelas Aina. Dia sendiri kehairanan.
Salah faham? Kalau ada pun, buat apa nak kenang? Benda dah jadi.
"Tak adalah." Jawabku, malas nak mengucar-kacirkan perasaan orang lain. "Awak dengan Daenish, dah lama ke?"
Aina tersipu malu. "Lama jugalah. Bila teringat balik macam mana saya boleh kenal dia, haih! Tak sangka betul saya boleh tersuka kat dia."
"Kenapa pula?"
"Sebab dulu, dia tu stalker saya." Bisik Aina.
Stalker? Aiman pun sangkakan aku stalker dia dulu.
"Aina, Daenish kat atas ke?"
Dup dap dup dap.
Jantungku berdetak dengan laju. Sangat laju. Kalau dulu sebab aku gemuruh, insecure dengan diri sendiri bila dekat dengan dia. Takut orang akan judge aku. Tapi sekarang... it feels like butterflies in my stomach. Macam... ada beban yang aku tanggung, terangkat dari bahuku. Hanya dengan mendengar suara itu.
"Ha'ah. Ada kat atas." Jawab Aina.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Novela JuvenilNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...