Bab 4

1.7K 171 1
                                    

Kalendar yang duduk pada meja belajar aku renung. Pen di tangan jatuh ke bawah. Mendarat pada lembaran kertas putih suci yang belum ternoda oleh dakwat hitam.

Nombor 23 kelihatan jelas di mataku yang kabur. Anak mataku jatuh pada contengan doodle di sekeliling sepasang nombor itu. Satu perkataan membawa seribu duka;

Happy Anniversary.

Nafas panjang aku hela. Pertukaran gas di alveolus berlaku tapi mengapa dada terasa sesak bagai terperangkap dalam ruang vakum.

Dua bulan lalu, mata tak pernah berhenti tadah air mata tapi tak apa. Hutan hijau pun perlukan hujan sekali-sekala. Kalau langit cerah sentiasa, jadi gurunlah alamatnya. Kalau hujan menyembah tanah, tak mahu—flasidlah sang bunga.

Begitu juga manusia. Andai hari-hari dilalui hanya penuh dengan tawa, manakan dapat mengenal erti dewasa. Bukankah pengalaman yang mematangkan kita? Dan sebaik-baik pengalaman, pengalaman pahitlah yang paling berjasa dalam mematangkan kita.

Setelah berbulan masih berpegang teguh pada janji palsu yang pernah dia tabur, banyak hal yang aku sedar—tetapi, ada satu hal yang aku tak boleh nak faham.

Time heals everything.

Apa sebenarnya yang tiga perkataan itu cuba sampaikan? Apa yang masa sembuhkan? Hati yang terluka? Perasaan yang terguris? Apa dia sebenarnya?

Sembuh? Apa pula yang dimaksudkan sembuh? Macam mana aku nak tahu sama ada aku betul-betul dah sembuh atau sekadar berpura menyibukkan diri?

Kalau betullah masa boleh menyembuhkan segalanya, kenapa aku yang di sini, merenung ke udara dengan perasaan yang aku sendiri tak dapat nak jelaskan? Tak sedih tapi tidak juga gembira. Sesuatu di antara keduanya—mungkin?

Ding ding!

Telefonku berdering sesaat. Aku kenal sangat dengan bunyi itu. Lantas tangan mencapainya dan membuka ruang pemberitahuan. Ya, sangkaanku betul. Itu bunyi yang aku tetapkan khas untuk setiap kali Khai memuat naik sesuatu pada pentas sosial medianya.

Aku tergamam. Lidah kelu. Keliru bila melihat foto yang dimuat naik oleh Khai. Selama kami bersama, tidak pernah walau sekali pun dia memuat naik gambar kami bersama, bahkan setiap kali aku mahu mengabadikan saat kami bersama pada sekeping gambar, acap kali dia mengelak tetapi kini—

Khai: Evening tea with babe

—dia siap memuat naik foto gadis yang berdiri di tempatku. Tak lain, tak bukan, penggantiku.

Marah. Aku rasa macam nak melenting. Nak tengking perempuan tu. Bukan sebab dia pemilik hati Khai, watak yang bukan untuk aku pegang—tapi sebab dia bodoh. Bodoh tahap dewa.

Terang lagi bersuluh, Khai sendiri mengaku yang dia hanya memainkan hati perasaanku saja. Perempuan itu—dia dengar semuanya dengan telinga sendiri tapi kenapa dia masih mahu bersama Khai? Tak takutkah esok hari nanti tiba gilirannya untuk dimainkan?

          Tapi... ada juga rasa dalam hati yang berharap sangat Khai dengan dia, taklah serius mana. Ada juga rasa dalam hati yang berharap semua ni hanya rancangan Khai untuk buat aku cemburu dan esok hari, dia akan kembali. Menyedihkan, bukan?

          Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk. Kak Ainur menjengukku sambil membawa kotak lutsinar dan gelas berisi kopi ais. Dia meletakkan kedua-duanya pada meja belajarku.

           "Akak belanja." Katanya.

           Aku menguntumkan senyuman. Mengucapkan kalimat terima kasih. Lama aku menyendiri, tapi Kak Ainur tak pernah lupa untuk jaga aku. Kelmarin dia bawakan makanan dari kedai mamak seberang jalan. Petang ni, dia bawakan caramel flan dengan kopi ais pula. Beruntung betul aku sebab dapat kenal orang yang baik hati macam Kak Ainur ni.

          "Sha tengah buat apa?" Kak Ainur melabuhkan punggung pada katilku.

          Kerusi beroda tempat aku duduk, aku pusingkan ke kiri. Menghadap Kak Ainur.

          "Tengah baca nota aje." Jawabku.

          Kak Ainur menganggukkan kepala. "Untunglah Sha. Reti cakap Bahasa Sepanyol. Esok lusa, bolehlah bawa klon Enrique Iglesias mai sini." Dia ketawa mengekek.

           "Biarlah klon Enrique Iglesias, klon Maluma ke—datang sini, kalau hati sangkut kat orang lain, tak jadi juga." Aku tersenyum kelat.

          "Sha... betul-betul suka kat dia?"

          "Entahlah." Aku tunduk memandang tangan yang aku rehatkan pada riba. "Mungkin sebab dia lelaki pertama yang notice Sha, sudi berkawan dengan Sha walaupun ada niat lain. Even dia dah layan Sha dengan buruk sekali pun, Sha rasa... tak tahulah nak jelaskan macam mana."

          "Macam inilah, apa kata Sha cuba untuk rebut hati dia balik?"

          "Masalahnya, sebelum ni Sha pernah ke menang hati dia? Dah terang lagi bersuluh, selama dengan Sha, dia—dia cuma berlakon aje! Nak rebut hati dia macam mana?"

          "Sha, Sha dengan dia lama tahu? Setiap hari, Sha makin kenal dia. Kak Ainur rasa sekarang ni, Sha dah tahu dah apa hobi dia, makanan kegemaran dia dan termasuk benda kecil yang tak penting pasal dia. Sha tahu semuanya. Samalah macam dia. Kak Ainur yakin, dia pun dah tahu banyak benda pasal Sha. Mesti ada suatu saat, dia betul-betul ikhlas dengan Sha. Mungkin senyuman, mungkin pujian."

           Kak Ainur menarik tanganku. Digenggamnya erat sambil menatap mataku.

           "Kalau betul pun dia berlakon, mustahil dia tak pernah rasa suka kat Sha. Mustahil rasa ikhlas tu tak pernah singgah." Sambungnya pula.

           "Macam mana... Sha nak rebut hati Khai balik?"

           "Haa, bab tu kena tanya Acik Google. Kak Ainur tak arif sangat rebut-rebut hati orang ni. Rebut makanan orang, retilah!" Kak Ainur tertawa lalu bingkas bangun dari katilku. "Akak nak sambung kerja. Dah, tak mahu sedih-sedih." Pipiku diusapnya.

           "Terima kasih sebab belanja Sha makanan. Macam tahu-tahu aje Sha tengah lapar." Aku senyum menampakkan barisan gigiku yang tak berapa nak rata.

           "Sama-sama." Balas Kak Ainur lalu beredar.

Aku kembali ke akaun Instagram Khai. Merenung foto gadis yang dimuat naiknya. Caption foto itu menaikkan lagi tahap geram.

"Just wait. Aku akan rebut hati kau balik!"

Butang home aku tekan lalu ke laman utama Google. Jari menari pada papan kekunci seperti penari tango.

"How—to—win—my—ex—back—"

Search!

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now