Gelak ketawa orang yang duduk bersebelahan denganku membuatkan aku menoleh ke arah mereka. Mata Leena sudah berair. Zul pula asyik menuding sesuatu pada skrin telefonnya, ketawa mengekek.
Orang lain menjeling ke arah mereka dua. Konsentrasi mengulang kaji nota masing-masing terganggu. Aku faham perasaan tu. Jengkel, meluat, rasa nak gila pun ada bila si Zul dengan Leena dah bersatu. Gelak tawa diorang, macam tak ingat dunia.
Tapi... itu dulu. Masa tu, aku duduk seorang-seorang. Zul dengan Leena duduk sebaris di belakangku. Kadang-kadang, aku terasa bila dengar diorang ketawa. Selalu bersangka buruk, ingatkan diorang ketawakan aku selama ni. Rupanya, hobi Zul tengok meme kat Pinterest. Ajak Leena sekali.
Sekarang, mana aku pergi, diorang berdua ada. Nina pun sama. 23 tahun aku hidup, aku baru tahu erti persahabatan. Aku baru tahu perasaan ada kawan. Ada kawan nak ajak berborak, ajak keluar sama-sama pergi makan, pergi shopping. Aku harap sangat apa yang aku ada sekarang, akan kekal sampai bila-bila.
Buk!
Nina menghempas begnya pada meja. Mendengus kasar sambil meletakkan kepalanya pada permukaan meja. Zul dan Leena saling berpandangan, kemudian memerhatikan Nina.
"Macam mana dengan blind date kau?" Bisikku.
"Nina pergi blind date?!" Suara garau Zul bergaung di dalam dewan.
"Diamlah!" Nina melempar sticky note yang telah aku renyuk, tepat ke dahi Zul. "Nak mati ke?" Gigi dia ketap.
Zul menjuihkan bibirnya, mengajak Leena kembali ke hobi mereka. Melayari aplikasi Pinterest untuk mencari meme yang menghiburkan. Aku kembali fokus kepada Nina.
"Ceritalah." Gesaku, tertanya-tanya.
Nina menyandar pada bangku. "Dia baik, sopan. Muda dua tahun dari aku tapi mature."
"So? Jadilah ni?"
"Kau tahu tak dia kata apa kat aku? Dia sebenarnya dah berpunya tapi kalau aku nak kat dia, dia boleh break dengan girlfriend dia. Gentleman, my ass." Nina membenamkan mukanya pada tapak tangan. "I hate boys!" Rengeknya.
Aku menepuk bahunya. Menggelengkan kepala. Ada juga spesies manusia macam tu. Nasib baik baru girlfriend, kalau tadi dia kata sanggup ceraikan bini. Hmph! Memang bangang abadi namanya!
+
Aku terkejut melihat Con Café dihias dengan fairylights, riben dan belon berwarna biru dan putih. Semua pekerja sibuk menyusun kutleri, membersihkan meja dan lantai untuk majlis yang akan berlangsung.
Kelibat Kak Ainur yang sedang mengarahkan pekerja lain kelihatan. Memandangkan Kak Ainur dah lama kerja kat sini, semua pekerja memang dengar cakap dia. Tak ada pun yang iri hati.
"Kak, ada party ke?" Soalku.
"Ha'ah. Ada orang book."
"Oh. Nak Sha tolong apa-apa tak? Sha pun tak ada kelas hari ni."
"Kalau macam tu..." Kak Ainur menghulurkanku belon-belon berbentuk huruf yang sudah diikat bersama. "Nah! Sha tolong lekat kat sana. Kat dinding belakang main table tu." Jarinya menuding ke arah meja utama.
"Oh, okay."
Aku terus beredar ke tempat yang Kak Ainur tuding tadi. Tapi... tak sampailah pula. Menjongket pun tak sampai. Lompat lagilah tak stabil. Kalau aku panjat kerusi ni—eh, tak bolehlah! Pekerja lain dah bersihkan.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Fiksi RemajaNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...