Bab 15

1.4K 179 10
                                    

Bahuku dicuit dari belakang. Mata kuyuku melirik ke tempat duduk barisan belakang, di mana Nina dan minionsnya duduk. Habis hilang kantuk aku bila nampak dia menjeling.

          Eh, tak! Bukan kecut perut. Terkejut.

          "Nak apa?" Aku terus ke titik utama, terburu-buru untuk keluar dari situ.

           "Kau... tak ada group lagikan untuk assignment tu?" Tanya Zul sambil menongkat dagu.

           Cukup sekali aku mengangguk.

           "Nak tak join group kitorang?" Soal Leena, matanya bersinar dengan harapan.

           Join diorang?

           Aku mencuri pandang ke arah Nina yang berpura sibuk mengemas alatan tulisnya pada meja. Aku mengaku yang bibir dia memang berat nak senyum dengan aku, tapi sejak kebelakangan ni, aku rasa 'dinding' dia macam dah 'cair' sikit. Tapi kenapa hari ni dia macam... dingin semacam?

            Takkanlah sebab Aiman kut? Betul ke dia suka kat Aiman?

            "Hello?" Zul memetik jarinya di depan mataku, tetapi suara nyaringnya yang mengejutkanku. "Kau nak join ke tak?" Dia mengulang semula soalan yang dia ajukan tadi.

           Sekali lagi aku mengangguk. Aku pun tak ada kumpulan lagi walhal semua orang dah ada kumpulan masing-masing. Ikutkan hati, nak aje buat secara individu tapi aku sedar, universiti ni bukan bapa aku punya. Kenalah ikut peraturan.

           "Okay, nice! Kitorang nak pergi cafe kat depan tu. Lebih cepat kita start, lebih cepatlah assignment kita siap. So, on tak on?"

           "Sekarang?" Soalku, teragak-agak.

           "Iyalah, sekarang! Takkan esok?" Balas Leena, nampak sangat dia meluat.

           Eleh, tadi dia juga yang teruja sangat nak pelawa aku ikut kumpulan diorang!

           "Oh... okey." Aku menggaru kepala.

          Harap-harap, tak adalah bala datang menimpa aku hari ni.

+

Leherku panjang bak zirafah. Dari melangkah keluar dari dewan sampailah ke kafe berdekatan kampus, mataku tidak berhenti melilar. Fokus menyiapkan tugasan lari entah ke mana apakala diri sibuk mencari batang hidung seseorang.

          Sekali-sekala, aku melihat skrin telefon. Mengharap ada pesanan ringkas yang muncul, barulah aku boleh duduk dengan tenang. Tapi dia nak call aku macam mana? Nombor telefon aku pun dia tak tahu.

          Bam!

          Nina menghempaskan pen di tangannya pada buku, memeranjatkan kami semua. Alih-alih, dia mencodak. Memandang tajam, tepat ke arahku yang duduk bertentangan dengannya.

           "Can you focus?" Dia menggetap gigi.

           Aku membuka mulut untuk membalas tetapi realiti menyapaku. Sedar yang memang salah aku, aku terus mematikan niat tadi.

          "Sorry." Ucapku, ikhlas.

          Zul yang duduk bersebelahan denganku, menyiku lenganku. Aku menjongketkan kedua-dua kening. Tertanya-tanya.

          Dia membesarkan matanya. Macam dah  nak tercabut dari soket mata dah aku tengok. Budak ni dah kenapa? Buang tabiat ke apa? Ingat buat mata bulat-bulat macam tu, nampak comel ke?

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now