Bab 3

1.7K 190 8
                                    

Bas berhenti di hadapan pondok perhentian bas. Tak ramai penumpang hari ini. Senang sikit aku nak cari tempat duduk.

          Pandangan aku lontar ke luar tingkap. Hanyut dalam fikiran sendiri. Sekali-sekala tersentap bila guruh berdentuman tetapi setelah itu, keluhan demi keluhan aku lepaskan.

          Setengah jam perjalanan, sampai juga ke destinasiku. Bas berhenti di hadapan pondok perhentian bas berdekatan Con Café.

          Baru saja berdiri, aku terduduk semula apabila seorang jejaka berbaju stripes kuning dan putih lalu di sebelahku. Mahu turun di perhentian yang sama. Setelah dia hilang dari pandangan mata, barulah aku turun dari bas.

          Baru beberapa langkah daripada pondok perhentian bas, guruh berdentuman sekali lagi. Nampaknya, tak lama lagi hujan nak turun. Maka tote bag yang aku bawa pun aku jadikan perisai untuk melindungiku daripada gerimis yang menyembah bunyi.

           Tiba-tiba, sesuatu terkeluar dari dalam tote bag milikku dan jatuh ke lantai bertar. Badan aku bongkokkan, mencapainya.

            Sejak bila pula aku bawa payung? Patutlah beg aku tiba-tiba berat.

           Hujan kian lebat. Takut kebasahan, sekaki payung tadi terus aku buka. Cukup besar untuk aku seorang. Langkah aku teruskan ke Con Café.

          "Sha! Lewat balik. Kenapa masuk ikut dapur?" Sapa Kak Ainur.

          Aku mendongak memandangnya. Lantas senyumannya diganti dengan dahi berkerut seribu.

          "Ke-kenapa ni?"

          Mulut terkunci. Tak berdaya nak bersuara. Rasa macam nak heret diri masuk bilik.

          Kak Ainur menarik kerusi lalu memaksaku untuk duduk. Sementara dia pula bersandar pada kaunter. Berhadapan denganku.

          "Sha... ada masalah ke? Ceritalah dengan akak. Walaupun akak mungkin tak dapat nak tolong Sha, sekurang-kurangnya beban tu ringan sikit bila dah luahkan. Ceritalah dengan akak. Hm?"

          "Sha... tak cantik ke?"

          Air mata yang ku tahan sejak tadi tumpah jua akhirnya.

          "Sha tahu. Sha memang tak cantik. Sha pun tak suka tengok muka Sha kat cermin tapi kenapa dunia ni kejam sangat? Kenapa semua orang kena label Sha based on rupa Sha aje? I tried to be nice to everyone, belajar rajin-rajin tapi semua tu sia-sia. Sebab semua orang cuma pandang muka aje and if you're not pretty enough, you're not good enough."

          "Sha," Kak Ainur meletakkan kedua-dua tangannya pada bahuku. "dengar cakap akak ni. Rupa tak menjanjikan apa-apa. Ada aje dalam dunia ni yang berupa tapi lebih rela tak ada orang pandang dia. Semua orang dilahirkan berbeza. Ada kurang, ada lebihnya tapi percayalah, tak ada seorang pun yang layak digelar sempurna."

          "But for once, Sha pun nak rasa diri Sha ni enough. Enough untuk buat Khai happy, enough untuk buat mama happy, enough untuk buat Sha happy tapi semua tu—kenapa Sha tak boleh buat semua tu?"

          Kak Ainur menarikku ke dalam dakapan hangatnya. Aku membenamkan wajahku pada bahunya.

          Pertama kalinya dalam hidup, aku tak nafikan yang aku betul-betul tak okay.

+

Seminggu kemudian

Lenaku terganggu. Terduduk pada katil dengan dada yang naik turun dengan pantas. Jam di dinding aku kerling. Sudah pukul 9 pagi. Terlupa nak tetapkan penggera semalam.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now