"Aira tak suka kalau abang rapat dengan dia. Aira tak suka tengok muka dia hari-hari, so of course I do have a say in this!"
Jadi... perempuan yang Aira tak suka rapat dengan Aiman tu bukan Nina?
"Kak Iesha boleh buat ex dia jealous, abang pula boleh buat that girl stay away from you. Fair, kan?"
'That girl', perempuan yang Aira maksudkan tu Aina?
"Look at them. Aiman dengan Aina. Sesuai sangat, kan?"
"Aku dengar Aiman rapat dengan budak bahasa tu sebab dia nak buat Aina jealous. Betul kut?"
Rapat dengan aku sebab nak buat orang lain cemburu? Dari awal lagi sepatutnya aku dah tahu, orang macam Aiman, ramai peminat, educated, sempurna—orang macam dia mesti dah berpunya. Tapi kenapa aku tak pernah pertimbangkan pilihan tu? Kenapa aku rasa dia—niat dia cuma nak tolong aku?
Tapi tak apalah. Dulu aku pergunakan dia. Guna gambar dia sesuka hati aku. Guna nama dia untuk buat Khai cemburu. Sekarang ni, dia pula buat macam tu. Kira kami serilah. 1-1, kan?
"Sha? Sha?" Kak Ainur menggoyangkan bahuku, menyentapku dari lamunan sendiri. "Sha okay tak ni?"
Kak Ainur menalakan pandangannya pada apron yang aku genggam. Warna buku jari luntur, berubah pucat. Aku segera melepaskan apron tadi. Meletakkannya pada kaunter.
"Itu... Aiman, kan? Kawan Sha." Tanya Kak Ainur.
"H-ha'ah." Nafasku tertahan. "Kak, Sha nak naik dulu. Sha ada kerja nak siapkan."
"Eh, S-Sha! Sha!"
Aku meneruskan langkahku. Tak endahkan Kak Ainur yang memanggil namaku. Pintu menuju ke tangga aku buka. Lutut terasa lemah. Akhirnya terduduk pada anak tangga.
Aku meraup kasar rambutku. Keluhan sinis terlepas tak kira betapa aku cuba untuk menahan.
I should've known. Orang macam aku tak layak berkawan dengan orang macam dia.
+
Pintu rumah agam keluarga Wong terbuka luas, mengundang tetamu masuk. Kebetulan aku mahu ke ruang tamu, menatang dulang berisi kuih-muih untuk tetamu dari dapur tapi langkahku terencat di ruang masuk utama rumah. Tatkala seorang gadis berbaju kurung melangkah masuk dengan ucapan salam.
Aina.
Seakan sedar aku sedang memerhatikannya, dia melontarkan senyuman manis ke arahku. Bibirku statik. Entah rasa apa yang bersarang di hati sehinggakan nak balas senyuman dia pun aku tak ingin. Walhal dia tak ada buat apa-apa salah pun kat aku.
Why am I being like this?
"Kak Aina!" Aira yang membantuku menjamu tetamu dengan kuih-muih lantang memanggil nama itu. Dia meletakkan dulang tadi pada meja, bersebelahan dengan tangga sebelum berlari, menarik gadis tadi ke dalam pelukannya. "Rindunya dengan akak!" Kata Aira.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...