Gerimis bertukar menjadi hujan lebat. Memerangkap aku dan Nina di bawah atap pondok perhentian bas yang sama. Dia menggigil kesejukan dek basah lencun. Kasihan? Mestilah perasaan tu ada tapi lepas aku ingat balik macam mana dia khianati aku, aku rasa kosong. Emosi mati.
"Aku rasa lepas ni kita takkan jumpa lagi, so aku nak beritahu kau semuanya."
Kalaulah hujan tak turun dengan lebat, dah lama aku tinggalkan tempat ni. Malas nak dengar penjelasan dia lagi. Cukup setahun aku cuba untuk pulihkan diri sendiri. Sekarang ni dia datang nak keruhkan lagi keadaan?
"Betul. Mama aku datang jumpa mama kau. Claim kau rampas tunang anak dia."
"Wow, thank you! Aku tak tahu pun benda tu. Terima kasih banyak tahu sebab beritahu aku." Aku mengeluh sinis, berpeluk tubuh.
"Tapi bukan aku!" Bentaknya, mengeluh berat. "Kau tahu tak kenapa aku layan kau dengan buruk mula-mula kita kenal? Sebab kau cerminkan diri aku. Setiap kali aku tengok kau, aku ingat status aku. Anak perempuan simpanan."
Mataku membulat. Merenungnya dengan tajam. M-macam mana dia tahu? Aku tak pernah beritahu sesiapa pun.
"Aku pernah terdengar mama kau cakap pasal kau. Pasal mak kau."
"You know nothing, Nina."
"Makin lama aku kenal kau, aku sedar yang kita tak ada beza. Status kita, itu bukan salah kita. Somehow aku rasa macam—macam aku nak protect kau, tapi aku gagal."
"Kalau kau minta aku jauhkan diri dari Aiman as a friend, aku boleh buat. Tapi kenapa—kenapa kau kena libatkan mama aku sekali?" Aku melontarkan pandangan ke lopak air pada jalan raya.
"Kau pernah jumpa Catherine? Perempuan yang ada kat hospital, malam aku—aku overdosed."
Catherine? Roommate dia?
"She's my sister. Was my sister." Nina menoleh ke arahku. "Sama macam kau nak bahagiakan mama kau walaupun dia layan kau dengan buruk, aku pun nak bahagiakan Catherine walaupun dia dan mama dia tak pernah anggap aku keluarga."
Nina menarik nafas dengan dalam. Matanya berkaca. Menyesali semua yang dia pernah buat. Menyesal tak pernah letakkan kebahagiaan diri sendiri sebelum orang lain. Aku tahu perasaan tu. Tahu sangat.
"Dulu Cath pernah datang ke rumah aku dan jumpa Aiman. Masa tu aku masih lagi dengan Aiman. Aku perasan Cath mula suka dengan Aiman. So I let him go." Nina memejam rapat matanya. "Lepas kitorang break, Aiman makin rapat dengan Cath. Aiman layan dia macam adik, tapi aku tahu Cath tak anggap macam tu. Then kau tiba-tiba muncul. Lepas Cath tahu Aiman dah ada girlfriend, dia—dia berkurung kat dalam bilik sebulan."
"So kau minta aku jauhkan diri dari Aiman." Aku mencelah.
Nina mengangguk. "Tapi kau makin rapat dengan Aiman. Akhirnya, Cath sendiri beritahu mama dia. Suruh mama dia jumpa dengan mama kau. Lepas aku tahu kau kena halau dari rumah sebab aku—sebab aku biarkan Cath makin tergilakan Aiman, aku rasa bersalah. I couldn't think straight. Aku cuma nak end semuanya." Nina mengeluh panjang. "Sha, aku minta maaf. Aku ikhlas nak berkawan dengan kau. Tak ada niat nak buat kau terluka, tak ada. Mungkin cara aku nak lindung orang yang aku sayang tu, salah. I'm so sorry."
"So sekarang, kau masih nak aku jauhkan diri dari Aiman?"
Nina mengerutkan dahinya. Kepala dia gelengkan. Menjelaskan keinginannya.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Novela JuvenilNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...