Wong_A.: Stay with me.
Mataku berkaca melihat caption di bawah foto yang dia muat naik. Mengetap bibir. Genggamanku pada telefon pintar di tangan semakin kuat. Warna buku jari pudar sekelip mata.
Derapan langkah Aiman memberitahuku dia semakin dekat. Sepasang sneakers kelabu menghalang jalanku. Hembusan nafas sayup-sayup kedengaran. Dia mengeluh panjang tetapi bukan kerana terbeban—lebih seperti lega.
"Delete it." Aku bersuara, masih tunduk memandang skrin telefon.
Aiman diam tidak berputik. Hanya hembusan nafas lembutnya meniup ubun-ubun rambutku. Aku mendongak. Pandangan setajam bilah pisau.
"Aku kata, delete sekarang juga." Ulangku dengan nada yang lebih tegas.
"No." Balasnya sepatah. Tangan diselukkan ke dalam kot putihnya. "Aku tak nak."
"So what?! Kau ingat kalau kau post macam tu, claim aku, aku akan terhegeh-hegehlah dengan kau?!"
"Yang terhegeh-hegeh tu aku. Bukan kau."
"Kau nak apa sebenarnya?! Kalau kau nak sangat buat Nina makin jauh dari kau, banyak lagilah perempuan lain yang nak tolong kau! Kau tinggal petik jari, sepuluh datang! So please, berhenti kacau aku."
"Aku tak pernah cakap pun aku nak buat Nina jauh dari aku."
Aku dilanda keliru setelah mendengar jawapannya. Bagaikan ada perasaan aneh yang datang menerpa. Perasaan yang selama ini hanya pernah aku rasakan terhadap Khai. Perasaan sama yang timbul setiap kali aku melihat Khai dengan Hazel.
Aku... cemburu?
"Kalau kau masih nak dengan dia, end this. Pergilah balik dengan dia."
Sangkaku, dia akan menafikan kata-kataku dan naik angin. Tiba-tiba, tawanya pecah, melantun pada dinding di haluan yang panjang dan sunyi itu.
Aku hanya memandangnya dengan alis berkerut. Berteka-teki sendiri. Tertanya-tanya apa yang lawak sangat sampaikan dia ketawa macam orang histeria. Kena sampuk ke apa?
"Kau jealous ke?" Soalnya, masih ada tawa bersisa.
"No way!"
"Yeah, right." Mata dijulingkan naik ke atas, mengejekku.
"Whatever. Just—delete it."
"Stay with me." Ujarnya, tersenyum kelat.
"Kenapa kau—nak sangat berkawan dengan aku? Aku tak fahamlah."
"Sebab..." Ada jeda yang panjang di antara bicara. Aku perasan dia teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya. "...saja."
"Saja? Itu jawapan kau? Memang taklah aku nak stay dengan kau!"
Dia mendengus. "Fine. Sebab aku—aku... ah!" Aku hampir melatah bila dia naik geram, menggenggam rambut sendiri. "Kau nak terima aku atau tak?"
Soalan apa pula ni? Dah macam proposal pula.
"Tak."
"Okay." Dia mengangguk. "Aku kejar kau."
"Hah?"
Lengan panjang Aiman menghayun beg hitam di tangannya. Masuk semul ke dalam makmal dan tinggalkan aku bersendirian di situ.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...