Bab 33

1.4K 168 22
                                    

Aira: Aira ada kat bawah ni.

          Aku baru teringatkan janji kami malam itu. Nasib baiklah kat Con Café aje. Pakai aje t-shirt biasa. Tak payah nak fikir lagi nak pakai baju apa.

          Setiap malam Rabu dan Khamis, aku janji nak ajar Aira subjek matematik tambahan. SPM pun dah nak dekat. Aku tak naklah buat dia stres dengan hadap buku Addmath hari-hari. Dua kali seminggu pun tak cukup.

          "Aira dah lama—" Ayatku tergantung.

          Biasanya, Aiman ikut sekali. Benda tu dah biasa dah—tapi kali ni... ada seorang lagi.

          "Aina." Aku memaksa senyuman. "Hai!"

          Aina membalas senyumanku. "Tak apakan kalau Aina join korang sekali? Aina bosanlah kat rumah." Katanya, menyengih.

           "Dia tak kisah pun." Aiman pula yang membalas. Kerusi dia tarik. "Duduklah."

           Aina melabuhkan punggungnya pada kerusi yang ditarik oleh Aiman. "Thank you." Ucapnya, tersenyum manis.

           Wow—gentlemannya.

           Aku menarik kerusiku sendiri. Duduk berhadapan dengan Aiman. Niat aku pun bukannya nak berborak dengan dia, tapi nak ajar Aira. Buat apa nak duduk sebelah dia, kan? Biar ajelah Aina duduk sebelah dia.

           "Aina?" Mama muncul entah dari mana, menyapa Aina. "Anak Datin Rafidah, kan?"

          Anak datin? Kenapa aku tak terkejut?

          Kalau dah berjiran dengan Aiman, tinggal kat kawasan perumahan elit macam tu, confirmlah anak golongan berada. Tak payah nak terkejut sangat.

          "Ha'ah. Aunty apa khabar?" Ainna menyalam tangan mama. "Sihat?"

          "Aunty sihat aje. Aina baru aje balik dari Canada, kan?"

          "Ha'ah, aunty. Baru aje dalam sebulan, macam tu."

          "Oh. Eh, sambunglah berborak! Aunty pun nak naik atas dulu. Nak rehat." Beritahu mama.

          "Ma—" Belum sempat aku memesan kepada mama untuk makan ubat sebelum tidur, mama sudah berlalu pergi.

          Aku menoleh ke hadapan. Aina memandangku. Pandangan kami bertemu. Senyuman kekok terukir di bibir.

          Tak apa, Sha. Kau kena bertahan dua jam aje. Cuma dua jam.

           Selalunya, masa berlalu pantas. Kenapa malam ni masa terasa berlalu begitu perlahan? Satu minit bagaikan satu jam.

           Gelak ketawa, senda gurauan Aiman dan Aina membuatkan aku hilang fokus. Sudah berapa kali aku meminta Aira mengulang soalannya. Semuanya sebab aku terlalu sibuk mencuri dengar perbualan Aiman dan Aina.

            Ring ring!

            "Umi?" Aira memandang nama pemanggil pada skrin. "Aira nak pergi jawab call umi kejap." Beritahunya.

            Aku mengangguk faham. Aira meminta diri, keluar dari kafe sebentar. Tinggal kami bertiga duduk semeja. Kemudian, Aina pula meminta diri untuk ke restroom. Kini tinggal aku dengan Aiman.

           Aku berpura menyibukkan diri dengan membelek buku latihan Aira. Walhal tak habis-habis fikirkan betapa rapatnya Aiman dengan Aira. Dengan orang lain, perempuan lain, bukan main dingin lagi. Dengan Aina, siap usik mengusik pula. Special treatment, nampak.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now