I know saya selalu letak author note kat hujung bab, but not this time. Bab ni agak sensitif sikit sebab sentuh pasal mental and eating disorder. Just think I should let you know. Kalau ada yang go through masalah macam ni, please seek for help. Boleh jadi kawan, parents, cikgu atau professional helper like doctors. In fact, you can dm me or send a personal message. I'm willing to help.
+
Aiman menghantarku pulang ke rumah. Selepas kelas, dia mengajak aku dan Aira jalan-jalan. Nak tolong Aira lepaskan tekanan katanya. Aku pun tak ada kerja lain nak buat, ikut ajelah. Bila dia ajak, ingatkan 'tunang' dia tu ada sekali. Tapi tak nampak pun batang hidung dia.
Kereta Audi yang dipandu Aiman hari itu diparkir di hadapan Con Café. Sebelum hantar aku balik, dia dah hantar Aira balik rumah dulu. Ada janji nak lepak dengan kawan-kawan dia.
"Thank you hantar aku balik." Ucapku.
"Hm."
Eh, tiber pula badmood dah kenapa?
"Aku balik dulu."
"Hm."
"Bye?"
Aiman menghembus nafas panjang. Membalas dengan anggukkan. Dalam kereta dahlah sejuk. Dia lagi acah-acah dingin. Nak beku aku dalam kereta dia.
Aku membuka pintu dan meninggalkan perut kereta. Deruman enjin kereta dipandu pergi mengejutkanku. Bila aku menoleh, kereta dia dah tak ada.
Biasanya, dia tunggu sampai aku masuk dalam baru hilang. Tergesa-gesa sangat, nak jumpa kawan ke atau nak jumpa 'tunang'?
"Kau dari mana?" Mama menyambut kepulanganku.
"Sha jalan dengan kawan Sha tadi." Aku terpandang bagasi beserta kotak diletakkan di hadapan pintu kafe. "Kenapa barang-barang Sha ada kat sini?"
"Tak cukup mak kau malukan aku masa dia hidup, kau pun nak ikut jejak langkah dia?"
Dahiku berkerut. "Sha tak faham. S-Sha buat apa?"
"Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa kau nak juga tunang orang?! Kenapa nak lelaki yang dah sah-sah milik orang lain?!" Jerkah mama.
T-tunang?
"Kau dengan mak kau memang tak ada bezakan? Dua-dua perangai macam pelacur!"
"Ma!" Aku menggenggam erat jariku. "Arwah mak Sha bukan perempuan macam tu. Mama nak benci Sha, nak caci maki Sha, silakan. Sha boleh tahan semua tu—tapi jangan libatkan arwah mak Sha."
"Kenapa tak boleh? Kau tak suka sebab itu kenyataannya?" Mama tertawa sinis. "Kau tahu tak, aku benci sangat hadap muka kau? Setiap kali aku tengok muka kau, aku teringatkan macam mana mak kau musnahkan rumahtangga aku, rampas laki aku!"
"Arwah mak Sha tak rampas sesiapa. Mak cuma ambil balik hak dia! Hak dia yang mama rampas!" Suaraku bergaung. "Mama tahu arwah parents Sha suka each other, tapi terpaksa berpisah sebab arwah ayah Sha kena kahwin dengan mama. Ma, sejak awal lagi, ayah bukan milik mama."
"Tutup mulut kau."
"Mama tak dapat bagi ayah zuriat. Ayah jumpa mak Sha balik. Perempuan yang dia sayang sangat and decided untuk kahwin dengan dia. Salah ke ma?" Aku mengesat air mata yang jatuh. "Mak tak musnahkan rumahtangga mama sebab ayah tak pernah bahagia dengan mama. Kenapa susah sangat mama nak terima kenyataan yang ayah takkan boleh sayang mama sama macam ayah sayang mak?"
"Kau diamlah!"
"Ma, cukuplah ma! Tak boleh ke kita lupakan masa lalu? Bina hidup baru?"
"Kau keluar sekarang."
"Ma, Sha minta maaf kalau Sha kurang ajar—"
"Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Mama memalingkan badannya dari terus menghadapku. "Aku tak nak bela perempuan murahan macam kau."
Derapan tapak kaki mama bunyi terakhir yang aku dengar. Kafe berubah hening. Aku tunduk, mencapai gambar berbingkai dalam kotak berisi buku-buku milikku. Gambar arwah mak.
Lepas kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapaku, meninggalkan aku jadi anak yatim piatu, mama bawa aku balik rumah dia. Dia tak pernah bagi aku kasih sayang seorang ibu, tapi kebajikan aku terjaga.
Hampir setiap malam aku dengar mama menangis. Aku tahu dia sedih tapi aku tak boleh nak salahkan mak aku sendiri. Di mata orang lain, mungkin mak aku orang ketiga tapi aku lebih tahu. Mak aku bukan orang macam tu.
Gambar ni, satu-satunya gambar mak yang aku ada. Yang lain, mama dah bakar semuanya. Satu aje yang aku dapat selamatkan dari dijilat api.
"Bangun."
A-Aiman?
"Kau buat apa kat sini?"
"Stay kat rumah aku. Umi dengan abah tak kisah pun."
"Sampai mana kau dengar?" Aku merenungnya. "Berapa lama kau berdiri kat sini?"
"Doesn't matter. Jom." Aiman menarik bagasiku.
Aku merampasnya semula. "Aku tak nak pergi mana-mana."
"Kau tak dengar ke apa dia cakap tadi? Dia nak kau keluar. Dia tak nak tengok muka kau lagi. Buat apa kau nak tinggal kat sini?"
"Aiman, aku okay." Aku mengetap bibir. "Betul. Aku okay."
Aiman tertawa sinis. "Okay? Kau okay?"
Aiman merentap kasar lenganku. Aku mulai panik. Hujung lengan sweater dia tarik, mendedahkan kesan torehan. Luka-luka yang lama dan masih baru.
"Kau okay?" Ulangnya, sarkastik.
"Sejak bila kau perasan—"
"Kau selalu tanya kenapa aku suka sangat ajak kau keluar makan. Order makanan banyak-banyak and then suruh kau habiskan."
Aiman menarik tanganku. Kali ini memperlihatkan luka pada buku jariku. Luka yang tak pernah sembuh. Aku tergamam.
"Sebab aku tahu kau muntahkan balik semua yang kau makan semata-mata nak kurus. Semata-mata nak puaskan orang lain. Nak hidup ikut standard society."
Aku menarik tanganku. "Pernah tak orang cakap kau hodoh, gemuk, pendek? Pernah?"
Aiman membisu. Tak perlu kata-kata. Aku dan dia tahu jawapannya.
"At first aku tak pedulikan pun apa yang diorang cakap. I told myself I'm more than that, but you see, Aiman. After a while, hadap benda yang sama hari-hari, those words start to hurt. Aku cuba untuk tak kisah—but I can only hold on for so long."
"But benda ni salah! You're hurting yourself!"
"Aku tahu! Aku tahu benda ni salah. I know it more than anyone. They don't say it, tapi diorang harap aku tak ada. Mama aku, Khai, budak kat U, kawan-kawan kau—diorang harap sangat aku tak ada kat sini. And—I started to think I deserve this."
"Sha, let me help you. Please." Suara Aiman bergetar—takut.
Aiman... kenapa kau baik sangat dengan aku?
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...