Bab 19

1.4K 160 9
                                    

Balkoni rumah agam yang sering aku amati setiap kali melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah menjadi tempat perbincangan kami. Rupanya, balkoni itu terletak di hujung laluan tingkat kedua, selang tiga bilik dari bilik Aiman.

"Cakaplah." Aiman bersuara.

Aku mengamati wajah jejaka itu. Mata sepetnya kuyu, mencerminkan kelelahannya. Rambut hitam pekatnya yang sering disikat rapi jatuh menutup dahinya, tidak digayakan dengan gel rambut. Bibir merah mudanya sedikit merekah. Kulit mulusnya juga lebih pucat berbanding biasa.

Dia... sakit ke?

"Sampai bila kau nak renung aku?" Katanya lagi, bernada serius.

"Sha," Panggil Aiman, matanya melekat pada bait kata karangan pemuisi terkenal itu.

"Hm?"

"Jangan renung." Dia menoleh ke sisi, tersenyum herot. "Aku ni pemalu orangnya." Ujarnya berserta kenyitan mata.

Sungguh, Aiman yang aku kenal sepuluh hari yang lalu sangat berbeza dengan Aiman yang berdiri di hadapanku hari ini. Kepala aku gelengkan. Menghentikan diri dari terus hanyut dalam fikiran sendiri.

Aku melarikan pandanganku. Tunduk memandang lantai. Sempat lagi mengintai keadaan sekeliling kami. Takut-takut ada yang pasang telinga. Setelah pasti tiada sesiapa yang berada dalam lingkungan 10 meter dari kami, aku menghela nafas.

"Kelmarin..."

"Kenapa dengan Aiman?" Soalku kepada Nina, terus ke titik utama.

"Apa yang kau nak tahu?" Soalnya kembali.

"Bukan nak biadap, tapi kau yang datang sini, saying we need to talk."

"Tapi kau yang nakkan jawapan." Balasnya, menyandar pada kerusi dengan lengan bersilang direhatkan pada dadanya. "So, tanyalah."

"Fine." Aku bersetuju. "Apa hubungan kau dengan Aiman?"

Seribu satu kemungkinan jawapan terlintas dalam kotak fikiranku. Kawan? Sepupu? Adik-beradik tiri? Sekadar crush? Kalau aku perlu selesaikan sendiri, aku tak rasa aku mampu. Kemungkinannya terlalu besar.

"Ex."

Jawapannya mengosongkan kotak fikiranku. Alis terangkat.

"Since when?" Soalku.

"We met two years ago. Aiman took a year gap lepas SPM and went to China. Kebetulan pula aku tengah study Chinese kat Beijing. We met there." Jawabnya.

"Kenapa korang break?"

Nina menghela nafas berat. "Long distance relationship didn't work. Dua bulan lepas aku balik Malaysia dan Aiman masih kat sana, kitorang break. Over the phone."

"Oh, so that's why we broke up." Aiman tertawa paksa. Bahunya bergetar. Tawa perlahan-lahan berubah menjadi senyuman sinis. "I guess dia masih tak berubah. Still macam dulu."

"Maksud kau? Kau tak tahu pun sebab korang broke up? Langsung tak tahu?"

Aiman mengetap gigi. Buku jarinya kehilangan warna dek digenggam terlalu erat. Dia mendengus kasar.

"Masa korang break up, kau langsung tak tanya kenapa?" Aku pun tak tahu apa yang merasukiku sehinggakan aku semakin galak mengajukan soalan.

Bahunya tegang. Urat mula kelihatan di tengkuknya. Halkumnya bergerak setiap kali dia meneguk liur.

"Kenapa kau tak tanya? Kenapa kau iyakan aje bila dia cakap nak putus dengan kau?" Aku menggigit bibir. "Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kenapa kau buat macam tu?"

"Dia yang nak sangat tinggalkan aku. Why should I stop her?" Aiman memalingkan badannya menghadapku. "Why? So dia boleh brag dengan kawan-kawan dia, telling them yang aku merayu untuk dia stay dengan aku?" Sambungnya lagi.

"Kau tahu tak these days, it's really hard to find someone who will love you no matter what? Yang akan still tunggu kau even korang dah broke up for years? Someone that broke down every time she's alone sebab dia rindu sangat kat kau? Someone yang rela jadi sekadar kawan dengan kau sebab dia tak boleh nak berjauhan dengan kau and being friends is better than jadi strangers? Someone yang... sanggup jadi pathetic semata-mata nak menang hati kau balik?"

"So what? Tak mengubah fakta yang she's just a selfish person who dumped me."

Tawaku pecah. Jari naik mengesat air mata. "Kalau betul dia selfish, dia akan pilih untuk stay dengan kau because all she ever wanted was to be with you."

Dada Aiman turun dengan perlahan. Dahinya berkerut. Cuba untuk mentafsir makna di sebalik kata-kataku.

"You know sometimes, people dumped you bukan sebab diorang pentingkan diri. Bukan sebab diorang bosan. Bukan sebab diorang dah ada someone else—tapi sebab..." Aku berhenti sejenak dan menarik nafas. "sebab kau takkan boleh handle the truth about them."

"So kenapa dia tak berterus-terang? She could tell me everything, literally everything! Kenapa dia kena tipu and put the blame on me?"

Aku menarik bibir, menguntumkan senyuman. Sayu. Sekilas pandang saja, aku boleh melihat betapa terluka jejaka di hadapanku itu.

Aku memalingkan tumit dari situ. Meninggalkannya dengan soalan yang tidak berjawab.

"Nope. Kau tipu. It's not about distance, is it?" Aku menjerat Nina.

Riak wajahnya berubah apabila aku tidak percaya bulat-bulat dengan alasannya. Perlahan-lahan, tangannya turun ke riba. Membetulkan posisi duduknya. Matanya pula melilar, mengelak dari memandangku.

"Pasal tu... aku beritahu kau next time." Ujarnya.

"No. Sekarang."

"It doesn't matter!" Bentaknya, hilang kawalan. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum meneruskan bicara. "Aku tahu kau dengan dia, tak ada apa-apa pun sebenarnya. Aku tahu kau buat semua tu sebab kau nak buat Khai cemburu. Aku faham. Aku faham perasaan kau."

"Jangan bandingkan perasaan kau dengan perasaan aku—"

"Aku nak kau jauhkan diri dari Aiman."

Nafasku terencat.

Jauhkan diri dari Aiman?

Aku mencuri pandang wajah Aiman melalui pantulannya pada sliding door.

Tak adalah susah mana.

+

Ex yang datang balik, baik ke jahat?

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now