Bab 11

1.4K 172 7
                                    

Alamat di tangan aku renung bersilih ganti dengan rumah agam yang tersergam indah di depan mataku. Setelah hampir lima minit berdiri di bawah sinar ultraungu, aku menyumbat telefonku ke poket yang terletak di bahagian seluar jeans yang aku kenakan. Dalam hati masih lagi memuji saiz rumah agam itu.

Sebelah tangan memegang pesanan pelanggan istimewa Con Café hari itu, sebelah tangan lagi membunyikan loceng. Ingatkan bunyi loceng dia lagu Señorita nyanyian Shawn Mendes dengan Camila Cabello, rupanya bunyi klasik aje. Ding dong.

Kalau aku kaya, aku nak letak lagu cumi cumi. Baru seronok bila orang bunyikan loceng. Tak adalah frust menonggeng sebab nak kena buka pintu, tengok siapa yang datang.

"Siapa?" Suara garau menyapaku dari mesin interkom.

"Er, saya dari Con Café." Jawabku teragak-agak.

Lama juga dia diam. Macamlah maklumat yang aku bagi tadi susah sangat nak ditafsir. Lama bebenor nak buka pintunya. Dahlah cuaca panas terik, tak ada awan. Tak bertimbang rasa langsunglah.

"Masuk."

Aku melompat setempat bila pagar kecil bersebelahan dengan loceng pintu terbuka dengan sendirinya. Orang kaya memang tak suka bersenam eh? Semua benda nak kawal guna alat kawalan jauh. Bukan ke lebih elok kalau keluar dari rumah, buka pagar guna tangan sendiri? Sambil nak ambil pesanan, sambil bakar lemak. Sambil menyelam, minum H2O.

Melangkah masuk saja ke dalam perkarangan rumah agam tiga tingkat itu, aku disapa dengan lantai pejalan kaki yang diperbuat daripada batu bundar. Di tepi laluan, pokok bunga Bougainvillea merah jambu berkembang mekar bak pokok bunga Sakura di Jepun.

Hujung bibirku terjongket ke atas. Tak sangka masih ada rumah dengan hiasan yang seakan dalam dunia kisah dongeng. Cahaya matahari pun tak sampai ke tanah. Terlindung oleh bunga Bougainvillea.

Laluan kisah dongeng itu tiba di penghujungnya. Jalanku dihalang dengan anjung rumah agam. Rasanya, ini bukan pintu masuk utama tapi kalau pemilik dia bagi aku masuk ikut pagar kecil tu, maknanya dia nak aku sampai sinilah, kan?

"Ass—"

Pintu dibuka. Dek terkejut, ayatku tergantung di udara.

Jejaka berjaket Adidas berwarna hitam berdiri di hadapanku. Dari titisan peluh di dahi dan pakaiannya, aku simpulkan dia tengah bersenam sebelum sampai sini. Bukan tu yang buat aku terkejut, tapi... rupa dia.

"Did you just call me... ass?"

Dia memeluk tubuh. Bahu dia sandarkan pada rangka pintu. Kaki disilangkan dengan kaki kanan berada di sebelah hadapan.

"T-tak. S-saya nak bagi salam tadi, t-tapi—"

"Masuk." Cantasnya dingin.

Dia berganjak dari tempat dia berdiri dan memberi ruang untukku masuk ke dalam rumah. Hiasan dalam rumah dia, memanglah nampak mewah tapi... takkanlah aku kena masuk semata-mata nak teliti hiasan dalaman rumah dia aje?

Lebih-lebih lagi bila... aku tahu dia bukan orang sebarangan.

"Aku nak ambil duit kat atas. Masuklah. Adik aku ada kat dalam—tapi kalau kau nak berdiri kat luar, panas macam ni, suka hati kaulah."

Agak-agak dia cam muka aku tak? Aduh, macam ni? Dia sengaja ke suruh mama hantar aku datang sini? Takkanlah kut? Tengok muka dia, confirm ramai peminat. Mesti semua benda yang aku buat tu dah kira normal dah untuk dia. Takkanlah dia buat semua ni... sebab nak kenakan aku?

"Nak masuk ke tak nak ni?" Pelat Cinanya menyentap aku dari lamunanku.

"Er... o-okey." Aku mengangguk.

Dengan lafaz basmalah, aku melangkah masuk ke dalam dengan kaki kanan. Belum sempat aku bagi salam, dia menutup pintu di belakangku. Dek kelakuannya, jarak antara kami tinggal beberapa jengkal saja.

"E-encik buat apa ni?"

Aku panik bila apa yang dia katakan tadi, bohong belaka. Rumah agam itu sunyi dan rasanya, hanya ada kami berdua saja.

"Aku," Dia maju selangkah ke hadapan dan aku berundur setapak ke belakang. "kenal kau." Sambungnya.

Aku menelan liur. Pertama, sebab kata-katanya. Kedua, sebab aku tahu aku dah tak ada tempat nak lari bila permukaan keras pintu menyentuh belakangku.

Aku mendongak. Pandangan mata kami bertemu. Dia tersenyum herot. Hatiku berdebar bagai nak meletup. Bukan kerana ciri wajahnya yang menawan, tetapi kerana aku sedar aku sedang dijadikan tawanan. Tawanan di dalam rumah agam itu.

Kalau aku menjerit, agak-agak ada orang dengar tak?

"M-maksud encik? S-saya tak rasa kita pernah jumpa sebelum ni. Orang kata kita ada tujuh orang kembar dalam dunia ni. Mungkin encik terjumpa kembar saya kut." Bila dah panik, mulalah melalut.

Tawa sinisnya pecah. "Aku tak bodoh. Aku yakin perempuan tu kau."

"P-perempuan? S-siapa?"

Dia menarik keluar telefonnya dari poket. Menaip sesuatu pada skrin. Dengan setiap abjad ditekan, degupan jantungku naik satu degupan per saat.

Dia menayangkan skrin telefonnya kepadaku dengan senyuman herot masih bermain di bibir. Pandangan aku alihkan dari terus memandang wajahnya. Kini beralih kepada akaun media sosial yang terpampang di skrin telefonnya.

T-tak mungkin! Tak mungkin!

"Nurul Iesha." Sebutannya jelas.

Aku mencodak. Ya Allah, pengen tercopot jantung gue!

"Itu... nama kaukan?"

Rest In Peace, Nurul Iesha.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now