Bab 17

1.4K 190 30
                                    

Lampu kereta yang memasuki perkarangan rumah keluarga Aiman menerobosi langsir yang sudah menutup jendela. Lantas perbualanku dengan Aira terhenti. Kami berdua menoleh ke arah suara garau yang baru sahaja mengucap salam.

"Waalaikumussalam." Aku bingkas bangun dari sofa, serentak dengan Aira.

"Abah!" Aira yang berusia 17 tahun itu berlari anak memeluk lelaki yang dipanggil 'abah' itu. "Lewatnya abah balik!" Omelnya setelah pelukan terlerai, bibir muncung sedepa.

"Abah tu dah besar. Bukan macam Aira." Aiman muncul semula dengan rambut separa basah. Dia terus mencium tangan abahnya, Dato' Irfan. "Lewat juga abah balik. Banyak kerja ke?" Tanya Aiman, nadanya sopan sekali.

"Tak adalah banyak mana. Cuma jalan jammed tadi." Jawab beliau, menepuk bahu anak sulungnya itu. "Eh, ini siapa? Kawan Aira?" Beliau akhirnya menyedari kehadiranku di situ.

Aira berdehem kecil, tersenyum herot. "Taklah. Bakal kakak ipar Aira, bakal menantu Abah." Ujarnya lalu ketawa mengekek.

Habis merah padam muka Aiman. Rahangnya 'popped out', menggetap gigi. Aku sekadar membalas dengan senyuman. Bukan bermaksud aku iyakan apa yang Aira cakap tadi, cuma takkanlah nak menjerit macam beruk depan abah diorang, nafikan yang aku dengan Aiman cuma kawan aje. Nanti tak pasal-pasal aku juga yang malu.

Tapi... yang si Aiman ni pun diam aje, dah kenapa? Tak nak pula nafikan statement Aira tu.

"Oh!" Dato' Irfan mengangguk, tertawa kecil. "Nama siapa?"

"Saya Iesha." Jawabku.

"Oh. Cantik nama, sama macam orangnya. Tak begitu, Aiman?" Ujar beliau.

"Isy, abah ni!" Aiman mengarahkan pandangannya ke arah lain, terkebil-kebil bila diusik begitu.

Tawa Aira dan Dato' Irfan pecah. Beliau kemudian meminta diri untuk menjenguk isteri di dapur sebelum beredar ke tingkat dua untuk membersihkan diri. Aku dan Aira kembali ke tempat duduk kami. Kali ini, Aiman turut ada.

"Isy, abang ni! Duduklah tempat lain! Orang nak sambung gossip pun tak boleh. Potong stim betullah!" Getus Aira, alisnya bertemu.

"Suka hatilah. Orang nak tengok TV, nak tengok Ultraman." Balas Aiman, mencapai alat kawalan jauh televisyen.

Ingatkan dia bergurau. Tiba-tiba, saluran Astro Ceria dipaparkan di kaca televisyen. Ada episod animasi Ultraman telah dirakam.

Biar betul Apek ni layan Ultraman? Dah besar panjang macam ni pun masih layan Ultraman juga?

"Tak payahlah layan dia. Kita sambung cerita kita." Aira menarik tanganku. Aku mengangguk. "Akak rasa, nanti Jukyung nak pilih siapa? Suho atau Seojun? Kalau akak, akak nak pilih siapa?"

"Akak nak pilih... Seojun."

"Seojun? Kenapa pula? Sebab dia kacak?"

Memandangkan aku dan Aiman dipisahkan oleh sebuah meja kecil sahaja, aku dapat menangkap keluhan sinisnya.

Tengah judge akulah tu!

"Taklah. Sebab dia dingin." Aku menjawab pertanyaan Aira tadi.

"Akak suka lelaki yang cold ke? Aira tak sukalah lelaki macam tu. Dia ingat dia tu hebat sangat ke sampai nak layan orang coldly?" Dia menjeling ke arah Aiman.

"Memanglah Seojun tu dingin dengan orang, tapi tengoklah cara dia layan girlfriend dia. Sweet sangat. Cuba Aira fikir, kalau dia cold dengan semua orang tapi sweet dengan Aira aje, Aira tak rasa special ke?" Jelasku.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now