Hai. Assalamualaikum.
Ok first or all, I know cerita ni rated mature sebab melibatkan self-harm. Kalau korang perasan penulis lain (bukan nak merendahkan), diorang lebih selesa tulis cerita yang sweet. Kalau sedih pun, more to drama rumahtangga dan sebagainya. Saya rasa bagus jugalah untuk tulis cerita berkenaan rumahtangga. It's a good exposure to those yang nak mulakan hidup baru dengan pasangan.
However, saya masih budak sekolah lagi (okok saya dah graduate high school tapi result spm tak keluar lagi asdfghjkl), saya tak tahu sangat pasal masalah rumahtangga ni. Pada pendapat saya, you write the best when you've been through that thing. So mostly cerita yang saya tulis, it's based on experience sebagai remaja.
Saya rasa isu masalah mental (depression, anorexia, insomnia etc.) perlu dititikberatkan lagi. Saya tahu, ramai remaja yang rasa terkurung, rasa macam nak end everything tapi depan orang lain, diorang gelak macam tak ingat dunia. Disebabkan diorang nampak gembira, akhirnya semua orang tertipu. Fikir yang diorang really okay when the truth is, they're not.
So here, saya nak jelaskan serba sedikit tentang setiap watak dalam cerita ni;
Nurul Iesha
Saya rasa, saya dah sampaikan cerita Iesha dengan sebaik mungkin. Macam yang semua dah tahu, Iesha mengalami masalah buli. Bukan secara fizikal, tetapi mentally. Dari watak Iesha, saya nak sampaikan kat para pembaca; kita selalu bergurau senda dengan kawan kita. Ejek-mengejek, tu dah lumrah. Ya, kawan kita pun gelak. Tapi lama-kelamaan, "gemuk", "pendek" dan sbgnya akan memakan diri dia. This is where masalah muntahkan balik makanan, sanggup tak nak makan semata nak kurus, kemurungan dan sebagainya muncul.
Tbh, saya pun pernah ejek kawan-kawan saya. Which is why if any of you are reading this, sorry. I held this inside for so long sbb kamu pun tahu aku ni hati batu HAHAHAHAHAHAHA sis kennot krai depan org. Takut klau minta maaf ftf, ada yang menangis pula asdfghjkl.
So guys, be careful with your jokes.
Aiman Wong
Bila kita nampak orang yang kacak atau cantik, mesti kita terfikir, kalau diorang tak lulus exam pun takpe. Boleh jadi model. Lebih-lebih lagi kalau orang tu kaya, kita rasa kalau dia tak payah pergi sekolah pun takpe. Parents dah kaya. Mesti duit tu dia punya nanti.
But guys, being handsome or pretty pun bole buat someone sedih. Bila dah ada rupa, orang takkan pandang kualiti lain. Don't judge a book by its cover tak semestinya boleh apply kat orang yang tak handsome or pretty aje.
Imagine, kita dah try sebaik kita, masuk U yang baik. Cebur bidang yang orang kata memang susah nak mampus sebab kita nak buktikan yang kita bukan sekadar ada kelebihan pada muka. Kita ada kualiti lain. But still, orang cuma cakap "cantiknya dia". Sedih tak?
Nina
Saya perasan, ramai yang tak suka dengan Nina sebab penulis (which is me lol) portrayed her sebagai seorang backstabber, ex yang datang balik (oh the cliché). Disebabkan saya tak ceritakan background dia dari awal, semua orang bencikan dia. Kalau saya ceritakan identiti sebenar Nina, mesti ramai yang lebih memahamikan?
Nampak tak the power of words kat situ? Nampak tak macam mana saya twist cerita dia, buat dia nampak macam dia Si Perampas dalam cerita ni?
Never believe the rumors u heard. Lantaklah kawan baik yang beritahu ke, makcik yang beritahu ke, NEVER. Korang percayakan saya bila saya gambarkan Nina sebagai watak jahat—even though she's not. See?
Mama
Mama kepada Iesha portrayed yang bila kita dah masuk alam dewasa, tak bermaksud it's happily ever after. Mama percaya yang dia tak salah. Dia tak pernah rampas jodoh sesiapa. Ditelan dengan dendam, akhirnya dia membenci Iesha. Lama-kelamaan, dia mula sedar yang selama ini, apa yang dia buat salah. Tapi apa yang hentikan dia daripada lupakan dendam?
Ego.
Guys, ego takkan pernah buat kita bahagia. Maafkanlah. Salah dia sekecil kuman ke, seluas lautan ke, maafkanlah. Sebab bila kita ego, the only one that's losing is ourselves.
So maafkanlah ex korang HAHAHAHAHAHA
Catherine
Catherine nampak macam watak kecil aje dalam cerita ni kan? Actually, Catherine cuma muncul dua kali aje dalam cerita ni, tapi impak yang dia bagi kat cerita ni, sangat besar.
Catherine portrayed seorang gadis yang sangat obses dengan seorang jejaka (Aiman). Dia punya obsession memang takleh bawa bincang. Sampaikan kemurungan, kurung diri dalam bilik tidur. Ya, nampak macam berlebihan sangat tapi, ada aje manusia yang macam ni.
Sebab terlalu sayang, jadi obses. Akhirnya memusnahkan diri sendiri.
Kalau nak cerita pasal jodohlahkan—kalau dia yang ke-19, dia mai. Kalau bukan, paksa macam mana pun memang tak boleh. Aura ke-19 tu kuat gaiss. Nanti bila dah jumpa, confirm tahu! So lek ah. Travel dulu, baru kahwin HAHAHAHAHAHA
+
Nak tahu pasal Aina dengan Daenish? Haa, yang dua ni saja aje bagi watak kecil dalam cerita ni. Sebab... adalah sebabnya. Rahsia, mana bole tahu asdfghjkl
Like I said, saya suka menulis melalui pengalaman sendiri. Actually, I've been through some of these mental health issues. Won't say which one sbb it's a bit private. Anyway, it'll pass. Benda tu akan berlalu. Tak cepat, tak lambat. Ramai aje orang yang sedih kat dunia ni dan ramai juga yang survive. If they can, why can't you?
Dalam cerita ni, ada yang berdasarkan kisah benar tahu 😂 contohnya, part Iesha post gambar untuk buat Khai jealous. Gambar lelaki yang the real Iesha post tu, memang random tapi sayangnya, in real life, lelaki tu tak notice pun the real Iesha. but the real Aiman, he's like sangat sangat sangat handsome. like whoa HAHAHAHAHA maaf, saya tak boleh nak dedahkan identiti Aiman yang sebenar. Kang korang stalk ramai-ramai, kantoi pula 🤦🏻♀️
Actually dari situlah saya dapat inspiration untuk tulis Acah-acah Sweet. So, thanks a lot to the real Iesha. Oh, the real Aiman too. Thanks bruh HAHAHAHAHAHAHA
So with this, saya akan letak noktah kepada Acah-acah Sweet. Terima kasih kepada yang sokong saya dan sokong cerita ni. Tak tahulah kalau lepas ni saya boleh menulis sekerap sekarang sebab—rasa macam banyak juga komitmen lain. InsyaAllah, saya akan teruskan menulis.
Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...