Bab 16

1.4K 194 4
                                    

Moonlight, nyanyian Ali Gatie bergema di corong radio. Hujan turun lagi membasahi bumi. Kedinginan dari hawa pendingin memeluk tubuhku, membuatkan aku menggetap gigi daripada menggigil.

          Pandangan aku lontar ke luar tingkap. Masa hujan lebat jugalah jalan kat KL ni sesak. Aku rasa macam dah nak mati kesejukan dah.

          Titisan hujan pada tingkap menjadi hiburanku. Retina fokus pada dua titisan air hujan yang berlumba untuk sampai ke garisan penamat, penghujung cermin. Dalam hati, aku dah bersorak macam dalam stadium tapi sebenarnya, suasana dalam kereta hening mengalahkan Gurun Sahara.

          "Kau nak aku explain ke?" Aiman tiba-tiba bersuara.

          "Hah?" Perhatianku terganggu dek suaranya.

          "Aku boleh explain." Nyatanya.

          "Explain apa?" Aku menggigit bibir. "No need. Saya... tak nak tahu."

          "Aku—"

          Suara Aiman tenggelam tatkala pandanganku jatuh pada kereta di lorong sebelah. Lebih tepat lagi, pemandu dan penumpang kereta berwarna kelabu berkilat itu.

          Aiman sepertinya sedar aku sudah tersasar dari perbualan kami. Dia menoleh ke arah kereta yang sama. Keningnya terjongket, seakan mengenali pemandu itu.

          Aiman mendengus kasar. Tiba-tiba, dia memusingkan stereng dan mengubah haluan kereta. Kereta kelabu berkilat tadi perlahan-lahan hilang dari pandangan mata, tetapi rasa sakit dalam hati masih ada.

          "Kita... nak pergi mana?"

          "Rumah aku."

          Aku mengerutkan dahi. Rumah dia?

+

Aiman membeku di tempatnya. Aku merapatkan jarak di antara kami. Terkejut apakala dia berpaling ke belakang dan aku hampir terlanggar dadanya. Dengan kekok, dia mengurut tengkuknya. Mulut dibuka, kemudian ditutup semula.

Kenapa budak ni pelik semacam aje?

"Awak—"

"Aiman." Panggil satu suara yang ayu tak terkata.

Aku tersentak mendengar suara itu. Aira, adik Aiman pun agak feminin, tapi tak adalah ayu sangat. Tipikal budak sekolah menengah. Masih ada sifat kasar. Aku dulu pun macam tu juga.

"Er," Aiman menggigit bibir dan kembali menoleh ke arah ruang tamu. "Yes?" Sahutnya.

"Siapa tu?" Soal suara yang sama.

Dilanda tanda tanya, aku pun memberanikan diri untuk menjenguk dari belakang Aiman. Mahu melihat gerangan yang mempersoalkan siapa aku.

Seorang wanita bermata sepet, bertudung labuh warna lembayung, seiras dengan wajah Aira menumpukan kanta matanya ke arahku. Alisnya sedikit terangkat. Tak menduga kedatanganku agaknya.

"Siapa..." Wanita itu menutup mulutnya. Berhenti berbicara sejenak untuk mengukirkan senyuman penuh makna. Pandangannya ditalakan semula ke arah Aiman. "Siapa kawan Aiman ni? Kenalkanlah dengan Umi." Katanya, setiap bait bicara penuh dengan lemah-lembut ditutur.

Umi Aiman rupanya.

Aku terpandang Aira yang sudah ketawa mengekek di samping wanita itu. Suka sangat melihat Aiman tersangkut dalam keadaan itu. Maklumlah, dah nama pun adik-beradik.

"Ini..." Lidah Aiman seakan kelu.

Aku menarik nafas sedalamnya. Akhirnya, melangkah keluar dari tempat persembunyianku. Aku berdiri menghadap wanita anggun itu dan Aira.

"Saya Iesha. Kawan... Aiman."

Kawan? Iya ke kawan? Sejak bila pula dia setuju nak berkawan dengan aku?

"Minta maaflah aunty. Saya datang sini mengejut." Aku memohon maaf.

"Mengejut?" Beliau memandang Aiman dengan pandangan yang mempunyai makna tersirat. "Memang terkejut pun tengok Aiman ajak kawan dia datang rumah." Ujarnya lagi, membuatkan Aiman tersipu malu.

Aku melirik ke arah Aiman.

Dia tak pernah ajak kawan datang rumah dia ke sebelum ni?

"Buat apa tercegat kat situ? Marilah duduk sekali." Pelawa Umi, Datin Faidah kepada Aiman,

Aku mengangguk. Menerima pelawaan Datin Faidah dan terus melabuhkan punggung pada sofa yang kosong di situ.

"Iesha dengan Aiman dan Aira berboraklah dulu. Aunty nak siapkan makan malam sebelum uncle balik. Iesha pun kena makan malam kat sini, tahu?" Kata Datin Faidah.

Tanpa perlu berfikir dua kali, aku terus mengangguk. Senyuman Datin Faidah melebar setelah melihat reaksiku. Setelah itu, beliau meminta diri untuk pergi ke dapur. Sebaik sahaja aku menoleh semula ke hadapan, secawan teh hangat sudah terhidang di hadapan mataku.

Atmosfera di ruang tamu agak janggal dengan kepergian Datin Faidah. Aiman jangan cakaplah. Memang pendiam dan serius orangnya. Nak harapkan dia buat lawak bodoh, sampai kiamat pun hajat nak mendengar tak sampailah jawabnya.

Tiba-tiba...

"Buat apa lagi kat sini?" Aira bersuara. "Shoo! Orang nak berboraklah." Sambungnya, menghalau Si Abang.

Aiman menahan diri daripada membuat riak jengkelnya. Dia melepaskan keluhan dan bingkas bangun dari sofa. Sebelum pergi, dia sempat tunduk melihatku.

"Aku pergi mandi kejap. Lepas dinner, aku hantar kau pulang." Katanya.

Walaupun dia guna 'kau aku' dengan aku, gelaran tu buat aku rasa selesa. Tak adanya nak label dia kurang ajar. Ya, memanglah 'kau aku' tu kasar kalau nak guna dengan orang yang kita baru kenal, tapi nada dia, suara dia, semuanya gabungan mantap! Hal yang pada mulanya dianggap tidak beradab pun kedengaran lebih indah datang dari mulutnya.

           Patutlah hati Nina terusik.

+

Anyways—WHY ARE YOU PEOPLE SO AMAZING?! Sebulan pun tak sampai lagi since I published AAS kat wattpad tapi dah ada 600+ reads. Like omaigad! Thank you so much sbb sudi baca 😭❤️

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now