Aku bangun dari melutut pada lantai. Menekan pam. Langkah longlai aku atur. Pintu stall aku buka.
Hari makin lewat. Orang yang datang ke pusat membeli-belah berkurang. Tandas awam yang disediakan pun hanya ada aku dan seorang lagi wanita yang sedang membaiki solekannya.
Cermin besar berhadapan dengan stall tandas memantulkan imejku. Pili air aku buka, membiarkan air mengalir. Hujung lengan knitted sweater aku gulung sebelum membawa tanganku ke air yang mengalir dari mulut pili air.
"Ah—"
Rasa kantukku hilang apabila kepedihan menyerang buku jariku yang terluka. Nafas tertahan. Merenung cecair merah yang mengalir ke dalam singki.
Keluhan sinis wanita yang berdiri bersebelahan denganku membuatkan aku menoleh ke arahnya. Dia memandangku dari atas ke bawah. Ekspresinya tidak menyenangkan.
"Ada juga orang terdesak sangat nak kurus." Gumamnya, cukup jelas untuk aku dengar.
Gincu dan mascara dia sumbat ke dalam beg tangannya. Tergesa-gesa beredar dari situ. Seakan jijik berkongsi udara yang sama denganku.
Aku menadah air lalu berkumur. Menghilangkan rasa makanan yang aku terpaksa telan kerana Aiman memesan terlalu banyak makanan untuk makan malam.
"Ada juga orang terdesak sangat nak kurus." Kata-kata wanita tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.
Bertuahnya dia—sebab tak payah nak struggle semata-mata nak kurus. Sebab dia memang dah cantik. Dah ramping. Manalah nak faham orang dalam situasi macam ni—orang macam aku.
Air mata aku kesat. Menutup pili air. Lipatan hujung lengan baju aku buka. Menarinya sampai tanganku tidak lagi kelihatan. Sengaja mengenakan baju yang saiznya lebih besar dari badanku.
Nafas aku tarik dengan dalam. Menatap wajah sendiri pada cermin. Memaksakan senyuman untuk terbit di bibir.
Tak apa, Sha. Hold on a bit longer, okay?
"Lamanya kau kat dalam toilet." Rungut Aiman yang menungguku di luar sambil menyandang tote bag milikku. "Kenapa... kau pucat ni? Kau okay ke?" Soalnya, alis bertaup.
"O-okay aje! Cuma... penat sikit sebab semalam aku tak dapat nak tidur." Aku mencipta alasan.
"Kenapa? Kau overthink—"
"Isy, tak adalah!" Aku menggelengkan kepalaku. "Mungkin aku banyak sangat minum coffee kut." Satu lagi alasan.
"Oh." Aiman termenung sejenak, hilang dalam fikiran sendiri.Aku membuka langkah. "Kenapa kau selalu ajak aku keluar makan eh? Kau tak reti nak balik rumah ke? Umi kau masak sedap kut, tapi kau selalu makan kat luar."
Aiman membuka langkah besar. Dengan mudah mengejarku dari belakang. Menyamakan langkah kami.
"Saja." Balasnya singkat.
Tak nak berbual dengan aku ke? Asyik balas pendek-pendek aje.
"Kau... tak takut ke orang salah faham bila kita selalu jalan sama-sama macam ni? Kitakan dah break." Sambungku, berlagak selamba.
"So? Tak tahu pula lepas break, tak boleh nak hangout dengan ex. Trend baru ke?" Kedinginannya membuatkan aku meneguk liur.
Aku bergurau aje. Acai ni serius sangat dah kenapa?

ANDA SEDANG MEMBACA
Acah-acah Sweet
Ficção AdolescenteNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...