Dalam banyak-banyak tempat untuk isi perut, aku paling suka makan kat kafeteria U. Iyalah, satu, memang sebab dia dekat sikit kalau nak pergi kelas habis makan nanti. Satu lagi sebab dia ada outdoor table.
Aku tak suka sangat duduk sebilik dengan ramai orang. Sebab itu aku selalu cari restoran yang ada ruang terbuka. Kalau tak pun, beli aje makanan lepas tu cari tempat lain untuk duduk. Biasanya, aku pergi duduk kat taman.
Ah, cantiknya langit hari ni!
Senyuman terukir di bibir melihat awan gebu yang terapung-apung di langit. Tanpa aku sedar, tangan dah capai telefon. Tangkap gambar awan.
"Boleh stop tak?"
Aku mengalihkan pandangan dari skrin telefon bila ditegur Khai. Alisku hampir bertaup.
"Awak tangkap-tangkap gambar ni, bising tahu tak?" Sambungnya.Aku menurunkan telefonku. Meletakkannya pada meja.
"Dah awak yang asyik main game, tak layan saya. Ajak saya keluar, tapi tak layan saya pun." Aduku, memandang tepat ke wajahnya.
"Kan saya tengah busy ni. Tak nampak ke?""Then why are you talking to me? Kalau busy, mesti bercakap dengan saya pun is a waste of time, right?"
"Bisinglah awak ni! Dahlah!"
Dia menyumbat komputer riba dan telefon pintarnya ke dalam beg. Jelingan tajam ditalakan ke arahku sebelum dia mengangkat kaki dari situ.
"Khai! Khai! Khai, tunggulah!"
Gambar awan biru pada skrin aku renung. Keluhan aku lepaskan.
"Awak selalu suruh saya stop tangkap gambar awan, tapi awak tak pernah tanya kenapa saya selalu tangkap gambar awan."
Macam mana awak nak sayangkan saya sedangkan awak tak pernah nak kenal saya?
"Eh, hari tu girlfriend aku ada tunjuk Instagram seorang perempuan ni. Dia ada post gambar kau. Siap caption sweet lagi."
Alamak! Diorang tengah cakap pasal aku ke? Takkanlah kut?
"Kalau ikutkan hati, aku memang dah report dah account dia tu. Adakah patut post gambar orang lain suka hati dia aje?"
Aduh, mampus aku! Betul ke diorang tengah cakap pasal aku ni?
"Username Instagram dia..."
Aduh, mampus kau Sha! Belum sampai seminggu pun, takkan dah kantoi?
Kalau aku tahu jadi macam ni, baik aku curi guna gambar pelakon-pelakon Cina kat Pinterest aje. Ada berlambak lagi yang handsome! Satu lagi, gambar-gambar yang aku muat naik tu pun, satu pun dia tak ada tunjuk muka dia tapi senang-senang aje orang cam muka dia?
Dia ni, popular sangat ke? Manalah tahu dia ni salah satu daripada budak-budak Generasi Tik Tok. Manalah tahu, kan?
Nak menoleh tengok muka dia, tak boleh juga. Kenapalah dia duduk betul-betul kat belakang aku? Kalau tadi duduk kat meja hadapan aku ni, senang sikit nak curi pandang.
Nak lari ke tak eh?
"Aduh, aku lupalah username dia! Tak apa. Biar aku tanya girlfriend aku jap."
"Tak apa."
Eh, itu suara dia ke?
"Kau sure ke? Takkan kau nak biar aje stranger post gambar kau macam ni? Tak ke nanti orang salah faham?"
"Stranger?" Dia tertawa kecil. "Taklah. Dia girlfriend aku." Sambungnya.
Aku mengeluh nafas lega. Aku yakin dan pasti, itu bukan aku. Sia-sia aje aku gementar. Awek dia rupanya.
Telefon dalam tangan bergetar.
Alamak, kelas dah nak mula!
Aku menyandang begku. Bingkas bangun dan beredar dari situ secepat yang mungkin.
+
"Alah, kaulah tanya dia!"
"Kenapa aku pula? Kau yang beriya sangat nak tahu! Kaulah pergi tanya dia!"
Budak berdua ni dah kenapa? Selama ni duduk sekelas, tak pernah pun nak tegur aku. Sekarang ni, duk main suruh-suruh pergi tegur aku pula. Buat tabiat ke apa?
"Sha!"
Langkah aku hentikan. Menoleh ke belakang, di mana mereka berdua berada. Aku perasan juga yang sejak dari kelas lagi, diorang berdua asyik ikut aku.
"Nak apa?" Tanyaku.
"Er," Salah seorang maju ke hadapan. "Pasal gambar lelaki yang kau post Instagram tu kan,"
Aku menelan liur. "K-kenapa?"
"B-boyfriend kau ke?" Soalnya.
"K-kenapa kau nak tahu?"
Gadis berambut perang dengan potongan bahu mengeluh sinis. Berpeluk tubuh. Dari cara dia pandang aku aje, nampak sangat yang dia tengah memperkecilkan aku. Aku tahulah aku pendek, tapi tak adalah kerdil sangat sampai dia kena pandang macam tu.
"Sebab kitorang rasa, mustahillah dia nak jadi boyfriend kau." Jawabnya lalu disokong pula oleh anggukan gadis yang mula-mula menegurku tadi.
"Kenapa pula?" Balasku.
Tak, bukan nak acah dingin atau sinis. Cuma aku betul-betul nak tahu kenapa dia cakap macam tu. Jawapan dia pun dah jadi bukti yang dia kenal lelaki tu. Sebelum aku muat naik lebih banyak lagi gambar dia, aku kena tahu selamat ke tak untuk teruskan plan aku.
"Aku rasa jawapan untuk soalan kau tu obvious sangat." Katanya. "But, sekarang ni, it's either memang kau dengan dia are dating atau kau saja aje post gambar dia sesuka hati kau. Which one is it? Of course the latter, right?"
"Tak malu ke post gambar orang then claim him as your boyfriend?" Sokong gadis di sebelahnya lagi.
"Kenapa pula dia kena malu?"
Tiba-tiba, bahuku disentuh oleh seorang jejaka bertopi hitam. Dia menolakku perlahan ke belakangnya. Aku terkebil-kebil. Keliru.
Dia mendongakkan kepalanya. Mungkin dua orang gadis tadi dah nampak muka dia. Dua-dua kini bermuka pucat.
Siapa... dia?
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Fiksi RemajaNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...