Bab 1

3.1K 222 9
                                    

Semester 3 mula hari ni. Lama mereput dalam bilik, rasa malas pula nak hadap muka orang lain. Bila terkenang macam mana susahnya aku nak buat mama setuju untuk aku sambung belajar kat U dalam bidang bahasa asing, terus melompat dari katil macam Bruce Lee.

Habis sahaja mandi, aku terus berbungkus dengan tuala. Berdiri di hadapan cermin tandas berkabus. Aku merenung pantulan wajahku yang kabur pada cermin. Yang jelas hanya warna kulitku saja.

Mana aku pergi, selalu sangat nampak perempuan lain tengok cermin. Kadang fix make up, kadang saja-saja. Mesti senangkan—bila nampak muka sendiri kat cermin, masih boleh senyum. Bukan macam aku.

"No. Iesha, it's still early. No, kau tak boleh fikir pasal benda-benda negatif ni." Tangan aku rehatkan pada sinki, menarik nafas dengan dalam. "You can do this."

Pakaian yang aku kenakan simple sangat. Seluar denim dengan oversized hoodie. Dah siap. Tak perlu nak bersolek lebih-lebih. Nak pergi tuntut ilmu aje pun. Bukannya nak buat UM fashion show.

Aku turun ke bawah. Bangunan ni ada tiga tingkat sebenarnya. Paling bawah sekali, Con Café. Kafe milik mama aku. Tingkat dua, rumah aku dengan mama. Tingkat tiga pula... dengar kata ada rumah sewa tapi rasanya masih kosong lagi kut sebab aku pun tak pernah nampak sesiapa keluar dari bilik kat atas.

"Selamat pagi." Aku menyapa pekerja di kaunter pesanan. Kak Ainur nama panggilannya. "Nak Sha tolong tak?"

"Eh, tak apa ke? Nanti lambat pula nak pergi kelas." Ujar Kak Ainur, risau.

"Tak apa. Meh sini Sha tolong ganti Kak Ainur kejap. Kelas pun start pukul 11.30. Lama lagi." Nyataku kemudian mengambil alih tempatnya.

"Kalau macam tu, akak nak bersihkan meja-meja tu dululah. Terima kasih, Sha."

Loceng yang digantung pada tombol pintu bergemerincing. Seorang jejaka berjaket hitam melangkah masuk ke dalam. Semua gadis di dalam kafe menoleh ke arahnya. Dia pula membalas pandangan mereka dengan senyuman manis bak gula miliknya.

Api cemburu meresap ke dalam diri. Menjegil ke arah mereka tapi langsung tidak diendahkan. Hanya dengusan kasar kedengaran daripadaku.

"Khai." Panggilku.

Keningnya terjongket. Seakan baru sedar dari mimpi. Entah mimpi apa tah sambil tengok perempuan lain. Cucuk biji mata tu kang, baru tahu.

"Hai Sha." Sapanya.

"Buat apa datang sini?" Soalku.

"Nak jumpa awaklah." Jawabnya berserta kenyitan mata.

Manis. Kata-kata yang dia ucapkan semuanya manis belaka. Sayang seribu kali sayang, semuanya kosong. Nol. Tiada maknanya.

Aku tahu, dia tak pernah ikhlas dengan aku. Dah lama aku tahu. Terkadang, gelaran 'teman wanita' pun terasa seperti untuk sebutan bibirnya saja. Bukan untuk disemat dalam hati dan fikiran.

"Sha," panggilnya manja. "rasa macam nak minum blended honeydew pula."

Aku mengeluh perlahan tetapi berpaling jua dari kaunter untuk menyiapkan pesanannya. Sedang honeydew dikisar, aku kembali semula ke kaunter. Kali itu, bukan hanya Khai saja yang berdiri di hadapan kaunter—tetapi ada seorang lagi jejaka.

Orangnya tinggi lampai. Jauh lebih tinggi daripada Khai. Matanya sepet. Kulitnya agak cerah. Apa yang nak dihairankan? Sekali imbas muka, dah tahu dia orang Cina. Memanglah mata sepet, kulit putih.

"May I have your order?" Tanyaku, sopan.

"One Iced Americano." Balasnya ringkas.

Aku mengangguk faham lalu menyiapkan minuman yang dipesan oleh pelanggan berbangsa Cina itu pula. Pesanan mereka berdua siap dalam masa yang sama. Aku kembali semula ke kaunter.

"Iced Americano for you. That'd be RM4.50." Kataku kepada pelanggan tersebut sebelum beralih kepada Khai pula. "Blended honeydew for you. RM6."

"Eh, bukan awak kata nak belanja ke tadi?" Kata Khai kepadaku, sudah menyambar minumannya.

Bila masa pula aku kata aku nak belanja dia ni?

Sumpah, aku dah masak dengan perangai setan dia yang satu ni. Ajak shopping, beli barang banyak-banyak, alih-alih aku yang kena bayar semuanya. Ayat dia pula, tak pernah berubah. 'Bukan awak kata nak belanja ke?'. 'Dengan boyfriend sendiri pun nak berkira ke?'.

"Bila—"

"Bayar sekali." Jejaka Cina tadi menyampuk.

Dua keping not RM10 dia hulurkan kepadaku. Aku memandangnya dengan kening berkerut. Kenapa pula dia yang kena bayar sedangkan boyfriend aku yang perangai macam setan ni yang order blended honeydew?

"Tak nak ke?" Jejaka Cina itu menjongketkan sebelah keningnya.

"Oh—o-okay."

Tergagap-gagap, aku menyambut juga hulurannya. Cepat-cepat menyumbat wang yang dibayarnya ke dalam mesin sebelum mengembalikan baki duit tadi.

"Can you write my name?" Katanya, masih lagi di tempat yang sama.

"Boleh." Aku mengambil semula Iced Americano miliknya lalu mencapai marker pen berwarna hitam. "Nama?"

Seribu satu nama orang Cina yang aku tahu terlintas dalam fikiran. Bruce Lee, Jackie Chan—harap-harap nama dia tak adalah susah mana nak eja. Jangan dia suruh aku tulis dalam Bahasa Cina, sudah.

"Aiman." Jawabnya sepatah.

Sekali lagi, keningku terjongket. Terkejut sebenarnya. Iyalah, muka sebijik macam muka Orang Cina tapi nama macam nama Orang Melayu.

'Aiman' aku tulis pada cawan plastik Iced Americanonya. Kemudian, aku mengembalikan semula kepadanya. Tidak lupa juga untuk senyum. Senyumankan satu sedekah. Lagi pun dia dah tolong bayarkan minuman Khai. Selamat duit aku.

"Thanks bro, tolong bayarkan." Ucap Khai, berlagak macho.

Jejaka bermata sepet itu memandang Khai. Keluhan sinis berbaur sarkastik dia hembuskan sebelum meneruskan langkah pergi dari Con Café.

"Amboi, bukan main sombong lagi!" Getus Khai, geram.

"Awak tu sepatutnya bersyukur sebab dia dah tolong bayarkan minuman awak. Bukannya mengutuk dia." Tegurku, menggelengkan kepala.

"Alah, kalau awak dah bayar untuk saya tadi, tak adalah dia nak bayarkan."

"Awak ingat saya ni bank awak ke? Hari-hari nak keluar duit, belanja awak."

"Baru itu aje, dah nak berkira." Khai menjeling tajam ke arahku. "Dahlah! Malaslah nak layan awak. Pandai-pandailah awak pergi kelas sendiri. Saya malas nak pergi dengan awak." Begitu saja, dia terus meninggalkan kafe.

Aku terpinga. Tak terkira sudah berapa kali dia mengulangi benda yang sama tetapi setiap kali, pasti lidahku menjadi kelu. Senangnya dia tinggalkan aku macam tu aje. Padahal sebelum bercinta, segala janji dia tabur. Sekarang, satu pun tak termakbul.

Kurang asam punya manusia.

+

Heyyo! Yes, SPM is literally 8 days away tapi rasa macam nak republish juga cerita ni. Lagi pun, drafts yg dah siap, dah banyak dah. Tinggal publish aje. I'll update 2 bab on weekend. Kalau bukan hari Sabtu, hari Ahad.

Hope korang suka ❤️

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now