Siren ambulans memekakkan telinga. Kawasan rooftop hospital kosong tak berpenghuni. Hanya aku di sini. Bersendirian dengan bulan menemani.
"Sha, hati saya—it's never yours."
Pintu ke rooftop terhempas dek tiupan angin kuat. Bunyinya bergaung dalam keheningan malam.
"Aku tak nak khianat kawan sendiri."
Kalau aku tak ada, mesti hidup kau jadi lebih senangkan, Aiman?
"Kau dengan mak kau memang tak ada bezakan? Dua-dua perangai macam pelacur!"
Langkah aku hayun. Semakin rapat ke penghujung lantai. Hanya beberapa langkah lagi dan aku akan terbang bebas. Bebas dari semua hal yang mencengkamku, mengurungku.
"Disebabkan you pentingkan diri sendiri, Nina is in there right now."
Esakan Leena terngiang-ngiang di telingaku. Kalau aku tinggal kat dunia ni untuk sehari lagi, mungkin benda yang sama akan berulang. Leena dengan Zul baik sangat kat aku. Aku tak boleh buat diorang terluka macam malam ni.
"Orang macam you ni, memang layak untuk mati!"
Langkahku terhenti. Aku tunduk, merenung lampu merah yang berkerdip di laluan masuk ke wad kecemasan. Pesakit yang terlibat dalam kemalangan digesa ke dalam wad. Tangisan ahli keluarga mengekori di belakang.
Kalau aku tak ada nanti, ada tak yang akan menangis untuk aku?
Aku menarik nafas dengan dalam. Menggengam erat jariku. Mendongak, mencerap langit malam. Membiarkan angin malam meniup lembut wajahku.
Sha, dah tak ada apa-apa untuk kau kat sini.
Sebelah kaki menyentuh udara. Begitu hampir untuk melepaskan semuanya. Begitu hampir untuk menghembuskan nafas dan keluhan beratku yang terakhir.
Tanganku direntap. Menarikku dari penghujung lantai konkrit yang bakal membawaku pergi jauh dari dunia, dari terus membuat orang lain merana.
"Kau gila ke?!" Aiman menggoncangkan kedua-dua bahuku.
Saat terakhir aku, kenapa dia juga yang datang menerpa fikiran? Sedangkan yang aku dambakan sehingga hari ini ialah Khai. Tapi kenapa Aiman jadi memori terakhir?
Aku dipukul realiti bila jeritan nyaring dari bawah menggegarkan hospital. Aku memandang sekelilingku. Tatkala menyedari aku masih bernyawa, masih bernafas, ada sesuatu perasaan aneh yang menusuk atma. Kecewa. Aku kecewa.
Wajah jejaka di hadapanku aku pandang. Aiman. Aiman berdiri di depanku. Dia realiti, bukan halusinasi. Aku... aku belum mati!
Aku meronta, meloloskan diri dari pegangan Aiman. Menggelengkan kepalaku. Aku sepatutnya sudah menyembah jalan bertar di bawah dengan cecair likat berwarna merah mengalir tapi aku—aku masih di sini. Tanpa secalit luka.
"Aku—aku tak layak hidup. Aku—a-aku kena pergi, Aiman. Aiman, aku kena pergi."
Aku cuba untuk berlari ke penghujung tetapi genggaman Aiman semakin kuat. Aku menolaknya, tetapi setiap kali aku cuba untuk mencipta jarak di antara kami, dia maju selangkah.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...