Bab 20

1.4K 197 1
                                    

"Iesha!"

          Langkahku terencat. Memeluk buku di tangan dengan lebih erat, lebih rapat ke dada. Aku menarik nafas. Masih curiga dengan suara yang aku dengar, memanggil namaku dari jauh.

           Aku... tak mimpikan?

          "Iesha!" Panggil suara yang sama sekali lagi.

           Aku akhirnya menoleh ke belakang. Benarlah sangkaanku. Memang Khai empunya suara itu. Suara yang sudah lama tak menyapa gegendang telinga sehinggakan aku hampir terlupa betapa lunaknya suara itu terhadapku. Senyuman lantas terukir di bibir. Tatkala memandang wajahnya, rasa gembira menyerap ke atma.

            Dia hentikan langkahnya benar-benar di hadapanku dengan nafas yang tidak stabil. Dia memegang lutut, tercungap-cungap. Aku memerhatikannya, tidak dapat menahan tawa. Dia mendongak dan menegakkan badannya, turut tertawa.

            "Awak ni, kaki pendek tapi jalan bukan main laju lagi! Penat saya kejar!" Rungutnya.

"Siapa suruh awak kejar?" Balasku, menjelir lidah.

Dia tertawa kecil. "Baru habis kelas ke?"

"Ha'ah. Awak?"

"Samalah. Saya tengah cari—"

"Hai!" Perbualan kami diganggu oleh seorang jejaka bermata sepet. Dia memakai kemeja berbutang dengan hujung lengan dilipat kemas. "Iesha, right?"

"Ya, saya. Awak ni—"

"Jamie." Dia memperkenalkan dirinya.

Jamie? Aku tak pernah dengar pun nama dia.

"Jamie Wong." Sambungnya.

Wong?

"Cousin Aiman." Katanya lagi, mentertawakan wajahku yang dilanda kekeliruan. Aku tersengih. "You girlfriend Aiman, kan?"

Setelah nama Aiman diungkit, aku terus mencuri pandang wajah Khai. Entah apa yang aku harapkan, tetapi dia kekal bersahaja. Langsung tidak terkesan. Aku memandang semula sepupu Aiman, Jamie. Dengan niat mahu menafikan apa yang baru dia katakan.

Sebenarnya, semua foto Aiman yang pernah aku muat naik, semuanya sudah terhapus dari akaun media sosial dan telefonku. Aku ingatkan bila aku dah padam semuanya, orang akan berhenti buat spekulasi. Sangkaan aku meleset pula.

"Actually, Aiman dengan saya—"

"Sorry! I'm in a hurry. Boleh you pass ni dengan Aiman?" Dia memberiku beg berwarna hitam. "I dah cari dia, tak jumpa. Call, tak angkat."

"S-saya—"

"I kena pergi sekarang. Next time, kita jumpa lagi, okay? Bye! Thank you!" Katanya dalam nafas yang sama sebelum berlari ke arah van hitam dengan cermin yang gelap.

Aku memandang beg di tanganku. Dahi berkerut seribu. Alis bertaup.

Kenapa misteri sangat van Jamie tu? Jangan-jangan, dalam beg ni dadah kut? Aiman terlibat dengan dadah?!

"Hello?" Khai menyentapku dari lamunan. "Jauhnya termenung."

Aku menyengih. Menggaru kepala yang tak gatal. Meskipun sudah kembali berpijak ke dunia yang nyata, aku masih tertanya-tanya apa isi kandungan beg hitam itu. Bila tengok saiz beg, mesti isi dia pun besar juga tapi kenapa tak adalah berat mana?

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now