Bab 23

1.5K 162 0
                                        

"Sha? Boleh akak masuk?" Suara Kak Ainur memecahkan keheningan dalam bilikku. Sekali lagi ketukan lemah pada pintu kedengaran. "Sha?"

          Aku mengeluh perlahan. "Pintu tak berkunci." Jawabku.

          Kak Ainur menguak pintu bilik. Masuk ke dalam. Membiarkan pintu terkuak sedikit. Pandanganku tertala pada dulang berisi laksa kegemaranku yang ditatang olehnya.

          "Akak bawakan laksa ni. Sha makan ya?" Pujuknya, lemah-lembut saja.

          Aku membalas dengan senyuman. "Sha tak lapar kak."

          Kak Ainur meletakkan dulang tadi ke atas meja belajarku. Dia melabuhkan punggung pada katil. Tangan meraih tanganku.

          "Sha kenapa ni? Makan tak nak. Asyik terperap dalam bilik aje. Dah macam orang putus cinta akak tengok."

          Putus cinta? Aku dengan Aiman boleh kira putus cinta ke?

          "Mana ada. Penat sikit aje."

          "Penat apa sampai seminggu?" Balas Kak Ainur, menggelengkan kepalanya. "Jomlah makan. Akak suap nak?"

          "Isy, akak ni! Sha bukan budak-budak lagilah. Apa pula nak kena suap?"

          "Kalau dah tahu bukan budak-budak, bangunlah!" Mama menolak pintu bilikku. "Pergi makan! Tak payah nak menyusahkan orang! Ke kau sengaja nak cari simpati aku? Nak buat-buat sakit macam ni?"

          Aku mengukirkan senyuman. "Sha tak sakitlah ma. Penat aje." Jawabku. Genggaman Kak Ainur pada tanganku semakin erat. "Betul kak. Sha tak sakit. Sha cuma penat aje."

          Aku tak sakit.

          "Dulu aku suruh kau ambil course law, kau tak nak! At least kalau kau ambil course law, penat-penat pun, masa depan kau tetap cerah. Ini setakat nak ambil bidang bahasa. Berbaloi ke penat kau?" Mama bersuara lagi.

          Bibirku tetap mengukirkan senyuman. Aku tahu, mama cuma risau. Dia tak maksudkan pun apa yang dia cakap. Cuma cara mama nak beritahu dia risau tu... berbeza dengan cara Kak Ainur—berbeza dengan cara mama orang lain.

           "Dah, Ainur! Biar aje budak tu! Suka hati dialah nak makan ke tak, nak hidup ke tak! Kau pergi turun sekarang. Aku bayar gaji kau bukannya nak suruh kau babysit dia ni." Bentak mama, menuding ke arahku.

           "Iya, kak." Kak Ainur akur. "Akak turun dulu. Laksa tu nanti makan tahu?" Sempat lagi dia berpesan sebelum meninggalkan bilikku.

          Bam!

          Pintu bilik dihempas sekuat hati. Rentak jantungku bertambah pantas. Tak apa. Aku dah biasa dah.

          Selimut aku tolak ke tepi. Kaki menjejak lantai yang sejuk dek pendingin hawa. Aku mengatur langkah ke meja belajar, di mana laksa yang Kak Ainur bawa tadi diletakkan. Kerusi aku tarik perlahan, melabuhkan punggung.

           Tangan mencapai garpu. Tiba-tiba terpandang gambar yang aku letak dalam bingkai gambar. Gambar aku masa kecil. Masih berada dalam pangkuan papa. Mata bertentangan dengan pantulanku pada kaca.

Acah-acah SweetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang