Bab 18

1.4K 183 0
                                    

Sepuluh hari berlalu dalam sekelip mata sejak kali terakhir aku bersua muka dengan Aiman. Firasat aku mengatakan yang dia dah berputus asa untuk buat aku setuju dengan rancangan gila dia aka Operation Acah-Acah Sweet.

Tempoh perkenalan kami, tak sampai sebulan pun. Benda yang aku tahu pasal dia pun tak adalah banyak mana. Selain daripada latar belakang keluarga dia dan jurusan yang dia ambil kat U, aku rasa aku tak tahu apa-apa lagi pasal dia. Sebab itulah aku rasa... tak masuk akal bila aku ternanti-nanti dia setiap pagi kat kaunter Con Café.

Tapi dia tak pernah datang. Tak lagi.

"Sha," Kak Ainur meletakkan noktah padan lamunanku. Aku menoleh ke arahnya dan setelah melihat air mukanya yang berkerut seribu, aku meletakkan penguli doh. "Ada... orang nak jumpa Sha."

"Nak jumpa Sha?"

Mungkin ke... Aiman?

Aku menganggukkan kepalaku. Apron aku tanggalkan kemudian tangan yang bersalut tepung gandum pula aku basuh sebelum melangkah keluar dari dapur. Kafe dipenuhi dengan ramai orang. Lebih kecoh berbanding di dapur.

Perasaan aneh menerpa apabila Kak Ainur menuding jari ke arah sebuah meja dan di meja itu, bukanlah Aiman yang mendudukinya. Sebaliknya, seorang gadis berambut ikal mayang sedang merenung ke luar jendela. Namun, aku cepat-cepat menolak perasaan itu ke tepi.

"Nina?" Aku menyapanya, keliru. "Kau buat apa kat sini? Kalau ini pasal group assignment tu, kau boleh aje WhatsApp aku. Tak payah susah-susah datang sini."

"Aku... aku ada benda nak cakap dengan kau. Pasal Aiman."

Lama aku berdiam diri, akhirnya memutuskan untuk mendengar apa yang bakal dia katakan. Lagi pun, mungkin apa yang nak beritahu aku boleh tolong aku buat keputusan—sama ada aku betul-betul nak tamatkan hubungan palsuku dengan Aiman di alam maya... atau sebaliknya.

"Apa dia yang kau nak cakap?"

+

Langit redup menghantui bandar dengan kepulan awan abu-abu. Usai sahaja kuliah untuk hari itu, aku terus beredar ke pondok perhentian bas sementara mereka yang lain beredar ke kafeteria untuk mengisi perut yang kosong.

Aku ada atau tak ada, rasanya tak bawa apa-apa perubahan pun kat diorang memandangkan aku ni ada kuasa ajaib; kuasa halimunan. Kuasa ajaib yang ramai orang inginkan tanpa mengetahui yang kuasa tu boleh ubah semua memori indah menjadi pahit.

Hon kereta yang nyaring menaikkan kadar denyutan jantungku. Mata membesar dek terperanjat. Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan pondok perhentian bas. Cermin diturunkan, mendedahkan wajah Aira dan Datin Faidah di sebalik cermin yang gelap itu.

"Kak Iesha!" Aira melambaikan tangannya, teruja.

Pertembungan kami di pondok perhentian bas itu membawa aku ke kediaman mereka. Entah macam manalah aku boleh termakan pujuk rayuan anak-beranak itu untuk mengikuti mereka ke kediaman keluarga Wong.

Bila aku tahu Aiman tak ada kat rumah, aku sedar yang aku sepatutnya rasa lega—tapi... kenapa aku rasa yang sebaliknya? Mungkin ke aku rasa bersalah sebab cakap main lepas kali terakhir kami bersua muka?

"Oh. So kena selesaikan guna penyempurnaan kuasa dua dulu lepas tu baru boleh dapat titik maksimum dia?" Soal Aira yang sedang menyelesaikan soalan Matematik Tambahan dalam buku kerjanya.

Aku menganggukkan kepala. Tadi bila dia mula-mula minta tolong ajarkan subjek Matematik Tambahan, kecut juga perut aku. Maklumlah, dah bertahun-tahun tinggalkan dunia kira-kira ni. Tak sangka pula semuanya masih segar dalam ingatan aku.

"Ini soalan terakhirkan? Kalau macam tu, akak keluar dulu. Nak ambil angin kejap."

"Oh, okay!" Aira tersenyum lebar, menampakkan barisan giginya yang tersusun rata.

Aku bingkas bangun dari katilnya dan mengatur langkah keluar dari dalam bilik tidurnya yang bersaiz sebesar dapur Con Café. Dilahirkan di keluarga yang serba cukup dari segi kewangan dan kasih sayang, tapi sedikit pun tak tinggi diri. Bertuahnya siapa yang dapat Aira. Lainlah macam abang dia.

Bum!

Aku menoleh ke sisi, di mana sebuah pintu baru saja dibuka lalu ditutup semula. Mulutku terlopong tatkala terpandang Aiman Wong yang baru sahaja meninggalkan bilik bersebelahan dengan bilik Aira. Berbeza dengan aku, dia mencuba untuk mengawal ekspresinya agar kekal statik. Tak berperasaan.

Untuk beberapa saat pertama, aku mengagak dia akan mengeluarkan kata-kata—atau mungkin, aku cuma berharap nak dengar suara dia. Dengar loghat Cinanya yang tak luntur setiap kali berbahasa Melayu. Namun, harapanku musnah apakala dia mengatur langkah pergi dan mengabaikanku.

"Aiman," Aku berpaling menghadapnya. Dia tidak menoleh, tetapi pegun. "Saya nak cakap something dengan awak."

"Aku tak nak bercakap dengan kau." Dia mengambil selangkah jauh dariku.

"Aiman," sekali lagi suaraku mematikan langkahnya. Nafas aku tarik sedalamnya. Bibir terketar-ketar untuk digerakkan. "Kelmarin Nina datang jumpa aku." Aku dapat melihat bahunya mula tegang, tidak selesa bila aku menyebut nama Nina.

"So?" Balasnya sepatah, berlagak tidak kisah.

"Dia dah beritahu aku—pasal kau dengan dia."

Aiman terus berpusing 180 darjah ke belakang. Alisnya yang tebal bertaup. Mata sepetnya memendam amarah dan aku memandang tepat ke sepasang mata berwarna hazel yang terbakar dengan api kemarahan itu.

+

Ada apa denganmu, woooo~~

selamat berteka-teki. sampai ketemu lagi di chapter seterusnya 🤪

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now