Bab 30

1.4K 189 41
                                    

Ding ding!

Telefonku berbunyi. Skrin menyala. Nama Nina tertera di ruang pemberitahuan. Ada pesanan ringkas yang ditinggalkan.

Aku menghabiskan ayat terakhirku kepada Aira, menjelaskan masalah pengiraan yang kompleks itu sebelum beralih kepada telefonku. Aku dapat merasakan mata Aiman meneliti gerak-geri dari hujung matanya.

Seingat aku, aku ajar Aira seorang aje lepak kat Con Café. Sekali-sekala nak buat kelas di luar rumah. Barulah rasa bersemangat sikit bila keadaaan sekeliling berubah. Lagi pun, malam ni tak ramai sangat pelanggan yang datang. Kafe pun sunyi. Sesuai untuk aktiviti pembelajaran.

Nina: Aku ni Nina

Dia ingat phone aku ni tak ada fungsi nak save contact ke?

Nina: Esok, aku ada blind date

Blind date? Biar betul? Dia dah move on dari Aiman ke?

Aku mengerling ke arah Aiman yang fokus pada skrin komputer ribanya. Matanya tak berkerdip. Sekala-sekala menghirup secawan kopi suam di sisi komputer ribanya.

Nina: Which outfit is better?

Nina sent 2 photos

Aku membuka gambar yang dihantar oleh Nina. Meneliti kedua-dua pakaian sebelum membuat keputusan. Aku menaip balasan, memilih pakaian pada gambar kedua. Blaus putih dan sepasang seluar bercorak denim. Ringkas dan nampak effortless.

Nina: Gracias

Aira mencuit lenganku dengan pensel sebelum menuding ke arah tandas. Aku mengangkat tangan. Menunjukkan isyarat 'okay'.

"Sejak bila kau rapat dengan Nina?" Aiman bersuara buat kali pertama setelah lebih sejam kami duduk semeja.

"Seminggu yang lepas, I think?"

"Be careful."

"Maksud kau?"

"Mungkin kau nampak dia baik tapi—"

"Whoa, whoa! Kejap." Aku mencelah. "Encik Aiman, saya tahu dia tu ex awak tapi dia kawan saya. Don't badmouth her."

Aiman mendengus kasar. Naik jengkel bila aku menolak nasihatnya. Ya, memang Nina boleh jadi kejam tapi itu dulu. Sebelum aku kenal dia lagi. Semua orang boleh berubah jadi lebih baik kalau diberi peluang.

Aira kembali ke meja. Tergesa-gesa menyumbat barangnya ke dalam beg yang dia bawa. Aiman terus memerhatikan adiknya.

"Nak pergi mana?" Tanya Aiman.

"Er, kawan Aira accident! Aira nak kena pergi hospital."

"Abang hantar."

"Tak payahlah! Kawan Aira dah tunggu kat luar. Abang—" Aira memandang aku dengan Aiman bersilih ganti. "Abang duduk diam-diam ajelah kat sini. Temankan Kak Sha." Katanya.

Aiman mengerling sejenak ke arahku. "Nanti kalau dah nak balik, call abang. Abang jemput Aira."

"Okay!" Aira meraih tangan Aiman, menyalamnya. "Aira pergi dulu. Love you!"

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now