Knock, knock!
Ketukan lemah pada pintu bilik membuatkan aku berpaling ke arah dinding. Menarik selimut sampai ke dagu. Membenamkan wajah di bantal.
Pintu dikuak dan buat seketika, aku terhidu wangian lelaki. Pintu ditutup semula dengan perlahan. Kemudian kedengaran pula suara adik-beradik itu berbisik sesama sendiri.
Lelah mencuba untuk melelapkan mata tetapi gagal, aku lantas bangun. Duduk di hujung katil. Mengamati hiasan dalaman bilik tetamu rumah agam keluarga Wong itu. Meskipun hanya bilik tetamu, hiasannya cukup membuatkan hati seseorang berasa selesa.
"Bangun." Suara garau mengatasi bunyi esakanku. Aku mendongak. "Bangun." Ulangnya lagi.
Aiman, Aiman, Aiman. Dalam ramai manusia kat sini, kenapa kau juga yang kena muncul depan aku sekarang?
"Stop staring and get up." Arahnya, tegas bila bersuara.
Aku menggelengkan kepalaku. Bibir menggeletar. Menahan esakan. Walaupun aku yakin dia dah lama ada kat sini, dengar aku menangis, meraung macam orang gila, aku masih segan untuk teresak-esak di depannya. Dengan mata kami masih bertentangan.
Aiman mengeluh perlahan. Ketegasan di wajahnya luntur. Dia merendahkan badannya. Memegang kedua bahuku, berlapikkan jaket yang Khai pinjamkan. Dia membantuku perlahan-lahan bangun dari tanah yang mengotorkan gaun baldu merahku.
"Kenapa kau boleh sayangkan orang lain tapi tak boleh nak sayangkan diri sendiri?" Gumamnya.
Aku tersentap dengan kata-katanya. Lidah kelu. Sedar, apa yang dia katakan memang benar belaka. Cuma sebelum ni, aku tak nak mengaku.
Tombol pintu aku pulas. Perbualan Aiman dan Aira di luar bilik tetamu terhenti. Aiman sempat mengerling ke arahku sebelum menuruni anak tangga dan menghilangkan diri.
Dia... marah ke dengan aku?
"Akak... lapar tak? Kita turun, jom? Kita sarapan sama-sama." Ajak Aira.
Aku menggelengkan kepalaku. "Tak apalah. Aira pergilah sarapan. Akak tak lapar."
Baru saja aku baru kembali ke perbaringan, Aira bersuara lagi. "Abang—" Aku menoleh. "Abang dah sediakan sarapan." Katanya, tersenyum.
Aiman yang masak? Kalau aku tolak, takut dia terasa pula.
"Hm... okay."
+
"AHHH!" Jeritan garau memeranjatkanku. Cawan di tangan terlepas. Nasib baik jatuh dalam singki. "KE MANA OTAK YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH?! SUKA-SUKA DRIVE KAT LANE ORANG!"
Aku terkebil-kebil mendengar jeritan itu. Masih meragui diri sendiri. Manalah tahu aku khayal, mula membayangkan benda bukan-bukan.
"WOI, WOI! WOI!"
"B-biar betul telinga aku ni?" Aku mencubit cuping telingaku, menariknya. Membuka laluan lebih besar ke salur telinga. "Macam suara Aiman aje. Takkan Aiman kut?"
Aira masuk ke dalam dapur. Meletakkan pinggan kotor ke dalam singki sebelum membasuhnya.
"Akak ni mesti specialkan kat abang?" Katanya.
"Hm?"
Hujung bibir Aira melengkung ke atas. "Abang memang ada ramai kawan perempuan, but only a few ever came here. Itu pun untuk siapkan assigment and that was years ago—tapi akak," Aira meletakkan pinggan terakhir di rak sebelum menoleh ke arahku. "—rasa macam, abang saja-saja aje bawa akak datang sini. Like for no reason at all."
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Roman pour AdolescentsNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...