Aiman POV 5

1.9K 174 7
                                    

Sejak kebelakangan ni, aku perasan dia tak kuat makan macam dulu. Bukan tak ada selera, nampak macam dia tahan diri. Bila nampak luka kat buku jari dia, aku faham apa yang bermain dalam fikirannya.

Aku nak tolong dia tapi kalau aku buat dengan ketara, mesti dia makin menjauh sebab Nurul Iesha tak pernah mengharapkan belas kasihan orang lain. Aku pun buat rancangan. Tak lelap sampai pukul tiga pagi.

Akhirnya, setiap kali kitorang berjumpa, aku buat alasan. Minta dia temankan aku makan. Pesan makanan banyak-banyak. Lepas tu, suruh dia habiskan.

Rancangan aku tak adalah hebat mana, cuma... cukuplah untuk buat dia jamah makanan walau sikit. Kalau aku tak ajak keluar makan, mungkin dia tak sentuh pun makanan yang Kak Ainur belikan.

Aku pun selalu juga suruh kafe, restoran, hantar kupon makanan percuma kat dia. Tapi gagal sebab setakat ni, dia cuma pergi satu kafe aje. Terpaksalah paksa dia makan.

Aku boleh jaga dia macam ni. Aku tak kisah. Sikit pun tak. Cuma... aku harap suatu hari nanti, dia akan mula hargai diri dia. Sedar yang dia cantik. Jauh lebih sempurna dari yang dia fikirkan.

Aku harap... dia pun akan sedar—aku suka dia.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now