"Abang mana? Tak nak hantar akak pergi airport ke?" Soal Aira, terjongket-jongket melihat ke pintu, mencari kelibat Aiman.
Aku menoleh ke belakang. Aiman—tak ada.
"Oh." Aku kembali memandang Aira. "Dia kata penat sikit, so nak rest."
"Nak rest? Akak dah nak pergi ni, dia masih fikir pasal rest? Nak kena ni!"
"Aira, Aira." Aku menahannya dari masuk ke dalam rumah dan mengganggu lagi fikiran Aiman. "Tak apalah. We said our goodbyes."
Kereta yang aku tempah untuk membawaku ke lapangan terbang sampai. Pemandu kereta melangkah keluar, mengambil bagasiku untuk dimasukkan ke dalam kereta.
"Betul ke akak tak nak abang hantarkan? Kalau akak malu nak tanya, biar Aira tolong."
Aku menggelengkan kepala. "Tak apa."
"Assalamualaikum." Ucap seseorang.
Aina muncul di dalam perkarangan kediaman Wong. Matanya tak habis-habis melirik ke arah kereta di hadapan rumah. Kening dijongketkan tanda hairan.
"Waalaikumussalam." Jawabku dengan Aira.
"Nak pergi mana? Bukan awak tengah menetap kat rumah Aira ke?" Tanya Aina kepadaku.
"Awak pun tahu?"
Aina menguntumkan senyuman. "Aiman yang beritahu. Dia kata awak ada masalah sikit. Lega jugalah bila tahu Aiman bantu awak." Jelasnya.
Dia... tak bersangka buruk pun kat aku?
"Speaking of which, abang Aira mana? Dia kata nak temankan Kak Aina shopping hari ni. Batang hidung dia pun tak nampak lagi ni." Ujar Aina pula, mendongak ke atas. Melihat ke jendela bilik Aiman.
"Abang ada kat atas." Jawab Aira.
"Oh iya ke? Kalau macam tu, Kak Aina nak pergi panggil dia dulu."
"Aina," Panggilku, serta-merta menghentikannya. "Sorry."
Alisnya bertaup. "Sorry? Kenapa?"
Sebab selalu sangat pinjam Aiman dari kau dan sebab... pernah bersangka buruk kat kau.
"In case saya ada tersinggung perasaan awak ke." Balasku.
Aina membalas dengan tawa. "Tak adalah." Katanya.
Aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua. Menarik Aira ke dalam pelukanku buat kali terakhir dan memandang—ke balkoni tempat aku dan Aiman sering berbual buat kali terakhir.
Aku masuk ke dalam kereta dan meminta pemandu tersebut memulakan perjalanan kami. Ada sesuatu yang menggangguku. Yang membuatkan aku merasakan ada hal yang belum selesai.
"Encik. Sebelum kita pergi airport, boleh tak singgah kat hospital dulu?"
+
Bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidung. Jururawat beruniform putih ke hulu, ke hilir untuk memeriksa keadaan pesakit. Langkah aku terus hayun, menuju ke bilik VIP di hujung laluan; bilik yang menempatkan Nina.
Pintu bilik aku buka. Nina yang sedang berbaring pada katilnya sambil membuang pandangan ke luar jendela terkejut. Lantas perhatian dialihkan kepadaku.
"Kau buat apa kat sini? Aku tak nak jumpa sesiapa." Tegasnya.
"Even kawan kau sendiri?" Aku menekup mulut. "Sorry. Lupa nak tanya. Are we friends?"
Nina merenungku. Nampak keliru dengan pertanyaan sarkastikku.
"Kau tahu tak, aku betul-betul anggap kau kawan aku and I thought kau pun anggap aku ni kawan kau."
"Kalau kau datang sini semata nak lecture aku, lebih baik kau blah-lah. Aku malas nak dengar."
"Why did you do it?!"
Nina tergamam. Terbeliak melihatku hilang kawalan. Aku juga sama. Tak pernah dalam seumur hidupku, aku rasakan amarah yang meluap dalam diri.
"Aku tak pernah rampas Aiman dari kau. Tak pernah! Aku tahu mama aku tak pernah anggap aku macam anak dia, but that's okay. Aku boleh hidup dengan kenyataan tu tapi lepas apa yang kau dah buat, suruh mama kau datang jumpa mama aku, buat cerita yang aku rampas tunang kau—" Aku menggigit bibir, mata berkaca. "Kenapa kau sanggup buat macam tu? I thought we're friends."
"Buat cerita?" Tawa Nina meletus. "Aku dah minta elok-elok kat kau, suruh kau jauhkan diri dari Aiman, tapi ada kau dengar? Makin rapat dengan Aiman, adalah! Kalau kau jauhkan diri dari dia sejak awal lagi, none of this would've happened!"
Aku mengangguk faham. Rupanya, dia memang tak pernah ada niat nak berkawan dengan aku. Semua ni, cuma rancangan dia. Tak ada nilai keikhlasan walau secalit.
"So part kau nak tarik nyawa sendiri, is it real or also rancangan kau? Nanti bila kau dah sembuh, kau nak cakap apa dengan semua orang? Yang aku buat kau terlantar kat hospital? Aku buat kau give up nak hidup? So lepas ni, makin ramailah yang benci aku. Itu plan kau, kan?"
Nina mengunci mulut. Kembali memandang ke luar tingkap. Mencerap langit kelabu dengan sinaran terang cahaya kilat. Kemudian diikuti pula dengan guruh berdentuman.
"I'm leaving to Mexico. Aku harap sangat—aku takkan jumpa kau lagi." Aku mengesat air mataku. Menarik nafas dalam. "Aku menyesal kenal dengan kau. Aku menyesal sangat, Nina."
Aku menghayun langkah pantas, meninggalkan bilik itu. Sebaik sahaja pintu di belakangku tertutup rapat, aku terduduk pada kerusi yang disediakan di luar.
Air mata mengalir dengan deras. Muka aku benamkan ke tapak tangan. Menangis semahuku tanpa mempedulikan orang lain di situ.
Kau kawan pertama aku. Kenapa kau buat aku macam ni?
Dan begitulah kisahku berakhir—untuk sekarang.
+
So guys, 3 bab lagi and this story is complete. Sekarang ni saya tengah write bab 39. Esok mungkin, saya akan update 3 bab sekaligus. Stay tune!
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...