Terik matahari membakar kulit bagai berada hanya sejengkal di atas kepala. Masa musim tengkujuh, beriya nak cuaca cerah. Bila dah cerah, rasa macam nak musim tengkujuh balik. Kan seronok kalau ada musim luruh.
Hari menghampiri senja. Para penuntut di kampus keluar beriadah. Ada yang duduk di bawah pohon, bergurau senda dengan kawan-kawan yang lain—dan ada juga yang menyusahkan kawan, suruh kawan hantar ini, hantar itu.
"Ah!" Aku terlanggar seorang gadis yang sedang meneguk air dari botol airnya. "Minta maaf. Saya tak nampak awak tadi. S-saya—"
"Tak apa." Dia mencelah. "Awak tak apa-apa ke? Baju awak dah basah tu." Dia memandang baju di bahagian torsoku yang sudah lencun.
"Er, tak apa. Sikit aje ni." Padahal dalam hati dah menyumpah seranah manusia bernama Aiman Wong. "Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu. Sorry."
Gadis bertudung bawal itu menggelengkan kepalanya. Tersenyum manis. Aku terus berlari dari situ, menuju ke arah gelanggang futsal. Mataku melilar, mencari figura setinggi tiang tetapi akhirnya, dia dulu yang menemuiku.
"Lambat!" Jeritnya.
Aku menolak kamus bahasa Sepanyol ke dadanya. Membuatkan dia terbatuk-batuk. Rasa bersalah menyerangku, tetapi menahan diri daripada menunjukkan simpati.
"Lain kali, kalau tak nak bagi orang pinjam, tak payah bagi. Orang baru pinjam seminggu, dah nak minta balik. Siap suruh bagi balik dalam masa lima minit pula tu. Nasib baik aku kat area sini juga." Aku menjelingnya tajam.
Dia tertawa. Menambahkan lagi rasa geramku. Sukalah tu kenakan orang. Tiba-tiba, sekumpulan lelaki lalu di sebelah kami. Penuntut di situ jua. Tapi yang mengejutkan, siulan nakal mereka ditujukan kepadaku.
Aiman memegang bahuku, memalingkan badanku ke arah gelanggang futsal. Renungan tajamnya tidak meninggalkan wajah sekumpulan pelajar tadi. Seram.
"K-kenapa kau—"
"Kenapa baju kau basah?" Cantas Aiman.
Aku tunduk. Baru menyedari bentuk badanku jelas kelihatan. Lantas tangan naik, melindungi 'aset'. Pipi bera. Mana nak letak muka!Tiba-tiba, Aiman menanggalkan jersi yang dia kenakan. Kini tinggal memakai baju dalam tanpa lengan. Para gadis di situ apalagi? Dah macam singa kelaparan dah aku tengok. Aku pula berusaha sangat untuk tak tengok dia—tapi tercuri tengoklah pula.
"Nah, pakai!" Dia menghulurkan jersinya. "Nasib baik aku belum mula main lagi. Pergi kat toilet sana tu. Ganti baju." Sambungnya lagi.
"Dah tu, kau nak main futsal separa bogel macam tu?"
"Biarlah! Sekali-sekala nak jadi seksi—walaupun aku naturally seksi macam Zayn Malik." Balasnya selamba.
Asyik-asyik dengan Zayn Malik dia.
"Cepatlah ganti baju tu. Tak malu ke orang lain dah pandang kau semacam?" Dia menolakku perlahan ke arah tandas yang terletak tidak jauh dari gelanggang futsal.
Pandang aku ke pandang kau?
Aku akur dan mengganti baju. Jersinya yang dua kali ganda dari saizku aku renung pada cermin. Sarung saja di badan, wangiannya terus menusuk ke rongga hidung. Hujung bibir mengulit senyuman.
Aku kembali ke cheer bench. Di mana Aiman menyapaku tadi, tapi dia tidak lagi berada di situ. Sebaliknya sedang menendang bola—dengan jersi berwarna ungu.
Pandangan kami bertemu dan dia terus keluar dari gelanggang. Meminta kawannya untuk menggantikan tempatnya sementara. Aku mengesat peluh di dahi. Sekarang ni musim kemarau ke?
"Kau ada bawa jersi lebih?"
Aiman menjongket bahu selamba.
"Habis tu, kenapa tak bagi aku pinjam aje? Nak juga bagi yang kau dah pakai."
"Saja." Katanya.
Sajalah tu nak buka baju depan semua orang. Nak acah seksi.
"Panas ke?"
"Panaslah! Tak nampak ke orang dah berpeluh ni? Dahlah tadi kena lari." Rungutku, mengipas muka.
Aiman mencapai sesuatu dari begnya. Kunci kereta dihulurkan kepadaku.
"Tunggu aku kat dalam kereta. Aku nak main kejap lagi."
Aku mengambil kunci kereta dari tangannya dengan senang hati. "Care juga kau kat aku, kan?"
"Memang taklah! Aku cuma tak nak kau berpeluh dalam jersi aku." Nafinya. "Aku park kereta aku kat sana. Jangan lupa kunci pintu." Pesannya.
"Tahulah!" Sempat lagi aku menjelingnya sebelum beredar dari situ.
+
Sudah lima belas minit berlalu sejak aku mengurung diri dalam kereta Aiman. Lagu Don't Watch Me Cry oleh Jorja Smith bermain di corong radio. Jari 'scrolling' gambar yang dimuat naik oleh orang yang aku ikuti di media sosial.
Tiba-tiba, jari terhenti. Mata tak ingin meninggalkan skrin walaupun hati meronta, merayu untuk melarikan pandangan.
ItsKhai: Alhamdulillah. Now engaged!
Aku merenung gambar Hazel berlatar belakangkan tiang berlilitkan kain sutera emas dan bungaan yang menjalar di pengadang gazebo. Belakang tapak tangan ditayangkan ke kamera. Menayangkan cincin pertunangan di jarinya.
"Sorry. Aku cari—" Ayat Aiman tergantung. Pintu dia tutup. Mencuri pandang ke arah skrin telefonku. "Oh."
"Kau tahu pasal ni?" Aku mengigit bibir.
"Hm." Balasnya. "Teman aku makan." Sambungnya dengan nada bersahaja.
"Aku tak lapar."
"Tapi aku lapar." Jawabnya pantas. "Seatbelt."
Aku mengeluh kasar tetapi akur jua. Tali pinggang keledar aku ketatkan. Menyumbat telefonku ke dalam tote bag yang aku bawa ke mana-mana. Aiman menekan pedal minyak. Membawaku pergi dari situ.
+
Rasanya citer ni ada dalam 40 bab kut. So, tinggal beberapa bab lagi nak siapkan. Terima kasih sbb sudi baca 🌟
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...