Hujan turun dengan lebat subuh tadi. Lepas aje solat, aku terlelap. Nasib baik bunyi guruh kuat kejutkan aku. Berbekalkan masa setengah jam, aku bersiap untuk hadir ke kelas.
Aku ke hulu ke hilir mencari buku nota dan alatan menulisku yang berteraburan di lantai. Inilah akibatnya bila stres sangat. Minggu ujian dah nak dekat. Masa pun makin suntuk. Tambahan lagi otak ni dah bercelaru, cacamarba sangat. Satu persatu masalah timbul, tapi satu pun tak selesai lagi. Sejak bila hidup aku jadi kucar-kacir macam ni?
Baru saja aku mahu memulas tombol pintu, aku terpandang pantulanku pada cermin dari hujung mata. Perlahan-lahan, aku menoleh ke kiri di mana cermin bersaiz sederhana dengan bingkai putih tergantung kemas pada dinding.
"Tak ada sesiapa yang akan kata awak tak cantik. Not when you're with me."
Kata-kata Aiman Wong kelmarin terngiang-ngiang di telingaku. Keluhanku memecahkan keheningan.
Just because tak ada sesiapa cakap aku hodoh, tak mengubah fakta yang itulah diri aku yang sebenarnya.
Walaupun aku tahu itu hakikatnya, aku tetap rasa... tenang setiap kali terkenangkan janjinya.
Kepala aku gelengkan. Menarik diri sendiri dari terus hanyut dalam fikiran. Langkah aku atur meninggalkan rumah yang terletak di tingkat dua.
Aku sempat mendongak ke sebuah bilik yang berada di tingkat tiga. Dengar kata, dah ada orang yang sewa bilik tu tapi tak pernah pula nampak orangnya. Mungkin dia selalu sibuk sampaikan tak ada masa nak balik rumah kut.
Langkahku menjadi semakin perlahan apabila suara garau tertawa menyapa gegendang telingaku. Di dalam kafe, memang ada ramai orang—tapi cuma seorang aje yang tengah berbual dengan mama.
"Aiman?"
Jejaka bermata sepet itu menoleh ke arahku. Tawanya beransur hilang, digantikan dengan senyuman nipis. Dahiku berkerut seribu. Apa pula dia buat kat Con Café pagi-pagi macam ni?
Dia menoleh semula ke arah mama. "Iesha pun dah siap. Kalau macam tu, kami pergi dulu. Assalamualaikum, aunty." Beritahunya sebelum menarikku pergi dari situ.
Pandangan yang dilontarkan ke arah kami beraneka macam. Ada yang cemburu, ada yang mengejek, ada juga yang merenung hanya disebabkan semua orang tengah merenung kami. Apa jenis pandangan sekali pun, aku tetap rasa tak selesa.
"Lepaslah!" Aku meloloskan diri setelah kami berada di luar kafe. "Awak fikir awak siapa nak sentuh saya sesuka hati awak? Mind your manner. Saya bukan macam perempuan lain yang tergedik-gedik nak dengan awak." Jerkahku, menghadiahkan jelingan tajam ke arahnya.
"Sorry." Dia meminta maaf. "Aku hantar kau. Masuklah."
"Thank you, tapi saya boleh naik bas."
"You only have ten minutes left."
"So?"
"Nak jalan kaki pergi bus stop pun dah ambil masa lima minit. Belum kira jalan jammed lagi." Jelasnya. "Masuklah. I'm not going to—touch you or whatever. Just get in." Pintu tempat duduk penumpang bahagian hadapan dibuka untukku.
Perlu ke aku terima tawaran dia?
+
Ingatkan muka dia aje yang tarik perhatian semua orang, rupanya kereta dia pun tak kurang menarik. Aku tunduk memandang paha. Menggetap bibir. Tak lama ada juga yang jadi mangsa bunuh.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...