Bab 10

1.5K 170 2
                                    

Terang lampu menganggu lenaku. Aku mengangkat kepala dari atas meja belajar. Dada berombak, naik turun dengan laju. Mencari nafas bila terasa seperti aku terperangkap dalam ruang vakum.

          Mulut tidak henti beristighfar. Tangan pula mengurut perlahan dada. Mencari ketenangan dalam ruang luas yang terasa sempit dan sesak.

           Ding ding!

           Skrin telefon bercahaya. Dari jauh, anak mataku menangkap pengingatan yang aku tetapkan di kalendar setahun yang lalu. Tepat pukul 12. Senyuman lebar terukir di bibirku.

           Setelah sekian lama aku menunggu, duduk bersila di atas katil, kini hari istimewaku akhirnya tiba. Gembira. Gembira sangat.

           "Happy birthday, Sha." Bisikku sendirian dan serentak dengan itu—

           Ding ding!

           Sekali lagi telefon pintar milikku berbunyi. Sepantas kilat tangan mencapainya. Senyuman melebar sampai ke telinga apakala membaca pesanan ringkas daripada Khai muncul di ruang pemberitahuan.

Khai: Sha, saya kat bawah ni. Kita jumpa kejap, boleh? Ada benda penting saya nak cakap.

          12 tengah malam mahupun 12 tengahari, aku tetap berlari ke arahnya. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari Con Café, kelibat Khai kelihatan berdiri membelakangi kafe.

          "Khai!" Aku mencuit bahunya, ketawa mengekek. Gembira sangat sampaikan tak boleh nak berhenti senyum—tapi bukan untuk selamanya. Tawaku mati setelah melihat wajahnya yang lesu. "K-kenapa ni? Awak sakit ke?"

           "Sha... I can't do this anymore."

           Aku berundur setapak ke belakang. Terkejut. Terkebil-kebil melihatnya. Dia... berguraukan?

           "M-maksud awak?"

           "Saya tak bahagia dengan awak."

           Berkecai. Hati aku berkecai. Mimpi ngeriku selama ini akhirnya datang menghantuiku.

            Tak, tak mungkin! Ini—ini mimpikan?

            "No. Awak tipu. This is a prank, right?"

            "Saya serius. Saya dengan awak, kita..."

            "Khai! Jangan nak buat lawaklah! This is not funny, okay?" Cantasku, air mata bertakung di tubir mata.

            "Saya tak sayangkan awak." Tuturnya perlahan.

            "Tapi saya sayangkan awak. Rasa sayang saya cukup untuk kita berdua. Just—just stay, Khai. Just stay with me." Aku mengesat air mata yang jatuh ke pipi. "Please."

           Rayuanku bagaikan kata-kata kosong kepadanya. Tatkala dia merenungku, aku sedar, setiap bait bicaranya tiada dusta. Buat pertama kali, dia jujur—tapi aku rela 'makan' semua janji palsu kalau itu... kalau itu boleh buat dia stay dengan aku.

            Sekali lagi, dia berpaling dari aku—dan aku hanya mampu melihat.

           Kaki aku naikkan ke atas kerusi. Memeluk lutut. Muka aku benamkan di antara patela. Esakan tenggelam dek bunyi hujan lebat menimpa bumi.

Acah-acah SweetWhere stories live. Discover now