Mak aih! Biar betul Acik Google ni? Ini cara yang dia bagi aku? Tak payah nak buat pertimbangan pun. Belum cuba lagi aku dah tahu dah confirm gagal punya!
1. Make yourself prettier (wear make up etc.)
Aku mendongak. Merenung muka sendiri pada cermin. Bersolek? Aduh, aku mana reti nak bersolek! Guna berus make up pun tak pass lagi!
Make up? Out of the list!
2. Shopping and upgrade your wardrobe
Shopping? Beli baju baru, kasut baru, beg tangan baru?
Tangan mencapai dompet yang sudah berkurun lamanya denganku. Dengan lafaz bismillah, aku mencuri lihat ke dalam isi dompet.
"Allahuakhbar!" Dompet di tangan melayang ke katil. "Kontang."
Tak boleh, tak boleh. Jangankan duit, mikroorganisma pun tak ada dalam dompet aku.
Shopping? Out of the list!
3. Make him jealous (meet a new guy)
Cari lelaki lain untuk buat dia cemburu? Dah tu, kena guna khidmat sewa teman lelaki ke ni? Duit nak pergi shopping tak ada. Ada hati nak sewa anak orang.
Nak berkawan dengan lelaki lain—hm, hampeh! Nampak aku aje dari jauh 100m pun diorang dah lari bertempiaran. Inikan lgi bila aku tegur. Kang ada juga yang samak mulut dia sebab bercakap dengan aku.
4. Tell him you still love him
Hampeh! Semua idea tak boleh pakai. Apalah Acik Google ni! Kata pandai, tapi tips semuanya ke laut.
Jariku scroll ke atas semula. Merenung tips ketiga.
"Buat dia cemburu?"
Hm... agak-agak, idea aku ni menjadi tak?
Aku membuka aplikasi Instagram. Selalunya, ada aje mamat handsome yang bertandang kat ruang Explore aku dan hari ini—pun ada.
Jariku berhenti scrolling di gambar seorang lelaki berhud hitam. Dia duduk membelakangkan kamera. Wajahnya tidak kelihatan.
Perfect.
Screenshot.
Pick a photo.
Caption...?
"I miss you already? Tak cliché sangat ke? Ah, lantaklah! Boyfriend pura-pura aje pun. Kisah apa aku?"
Post!
+
"Selamat pagi, Kak Ainur!" Aku memeluk Kak Ainur dari belakang.
YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
Teen FictionNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...