Aku terduduk pada lantai dapur. Tangan naik ke dada. Merasai degupan jantung yang laju, tetapi bukan itu yang buat aku kehilangan kata-kata.
"Sha, k-kenapa ni?" Kak Ainur muncul entah dari mana. "Sejak bila Sha masuk? Akak tak nampak pun."
Aku mencodak. Masih tidak percaya apa yang berlaku dalam perjalanan pulang tadi.
Siapa... dia?
"Actually, aku yang kena tanya both of you. Tak malu ke masuk campur love life orang lain?" Dia bersuara lagi.
"Eh, b-bukan nak sibuk! Cu-cuma kitorang nak make sure aje dia tak ada niat jahat."
"So what kalau dia ada niat jahat? She's my girlfriend after all."
Eh, mamat ni! Dia boleh pula nak claim aku jadi awek dia. Sakai punya orang!
"D-dia tak ugut you? I mean, dia tak adalah cantik mana. Tak cantik langsung pun. Takkanlah you pilih dia—"
"Mak bapa kau kat rumah tak ajar pasal manners ke?" Cantasnya.
Marah sangat tu. Aku kenal dia ke? Kalau betul selama ni dia lelaki dalam gambar tu, bukan ke dia sepatutnya marah kat aku? Kenapa dia nak jerkah dua busybody ni?
Jangan-jangan... dia psikopat kut!
Aduh, tak boleh ni! Aku kena lari juga. Aku terlalu muda untuk jadi mangsa dia.
"Dahlah. Jomlah kita balik." Ujar gadis berambut perang tadi.
1... 2...
Jejaka itu berpaling ke belakang. "Kau..."
3! LARI!
"Woi!"
"Kak Ainur..." Rengekku.
Kak Ainur yang terkejut, terus merendahkan badannya agar setara denganku. Pipiku diusapnya. Risau.
"Mampuslah Sha kali ni!" Rengekkanku memenuhi segenap ruang.
Macam mana aku nak hidup lepas ni?
+
Kelas sampai juga ke penghujungnya. Lepas bertembung dengan 'psikopat' semalam, aku ingatkan nak ambil cuti tapi... kalau tak kena bunuh 'psikopat', mungkin pensyarah yang bunuh aku sebab suka-suka aje cuti macam universiti ni bapa aku punya. Dahlah pensyarah garang macam singa kat Safari.
Bisikan-bisikan syaiton aka budak busybody semalam dah tersebar dah. Aku rasa, satu U dah tahu pasal semalam. Rata-rata semua orang terkejut. Ini yang buat aku makin hairan. Kenapa semua kena terkejut beruk? Semua orang kenal dia ke?
"Is it true, pasal kau dengan Aiman?" Nina tiba-tiba muncul di sebelahku.
Aiman? Itu ke nama lelaki tu?
"Tak betulkan?" Sambungnya lagi.
"Tak, sekarang ni, kenapa korang semua try hard sangat nak perkecilkan aku? Mamat tu handsome sangat ke sampaikan aku nak berdamping dia pun buat aku nampak hina sangat?" Balasku tetapi suara sengaja aku perlahankan.

YOU ARE READING
Acah-acah Sweet
أدب المراهقينNurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula memperca...